التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Kasut Sekolah Pallas Hitam Kini Dengan Cengkaman Yang Lebih Kuat

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Aku harap semua sihat-sihat sahaja.

Sebelum kita cakap pasal topik utama kita, aku cuma nak cakap yang Selamat kembali ke sekolah pada semua! Adik-adik aku pun dah sibuk siapkan peralatan dan cari semula buku-buku sekolah. 
Ada yang bersemangat, ada juga yang rasa masih belum puas “bercuti” kan? Apapun, semoga lepas ni, anak-anak dapat pergi sekolah seperti dahulu kala lagi.

Baiklah, hari ni aku nak bagi review pasal kasut sekolah Pallas. Bagi aku, kasut jenama ni adalah yang paling bagus setakat ni. Kalau tengok semua ciri-cirinya, memang sangat selesa untuk dipakai sehari suntuk.



Kebaikan Kasut Pallas

Kasut Pallas ni sememangnya ada banyak sangat kebaikan. Aku sendiri memang sangat berminat dengan kasut ni. Bukan saja sebab keselesaannya, tapi juga ringan dan senang nak cari kat mana-mana kedai. Beli secara online pun ada! 

Jom tengok kebaikannya satu-satu:

  • Cepat Kering - Kasut Pallas sangat terkenal dengan Ventilation System yang baik. Kasut ni cepat kering jadi kalau masa tu hujan, tak perlu tunggu lama untuk keringkan semula.

  • Sistem Pengudaraan yang Baik - Sistem pengudaraannya juga baik untuk pastikan kaki kanak-kanak tu senang nak bernafas. Lebih-lebih lagi kalau dah sehari suntuk duduk di sekolah.

  • Lantunan yang Lebih Baik dan Selesa - Ia dapat memberikan perlindungan yang lebih baik pada sendi korang. Jadi tak perlu risau sangat kalau nak gunakan kasut ni sepanjang hari ataupun semasa nak bersukan.




  • Melegakan ketegangan pada kaki - Kalau anak korang jenis suka bergerak dan bersukan, kasut ni paling sesuai untuk mereka. Sebab kasut ni dapat melegakan kejang otot pada kaki semasa berjalan dan berdiri lama.

  • Lebih Ringan -  Kasut ni juga terkenal sebab ia lebih ringan daripada kasut-kasut yang lain. Jadi ia dapat mengurangkan kanak-kanak dari membawa beban yang banyak ke sekolah. Lebih ringan dan lebih selesa untuk dipakai!

  • Sesuai untuk growing kids -  Kasut ni ada ciri yang sangat penting dimana ia dapat memberikan keselesaan yang sangat tinggi untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Kasut ni mempunyai tapak luar getah (Rubber Outsole) dan juga cengkaman yang lebih baik.

Banyak kan kebaikkannya? Kalau korang belum pernah beli, cuba beli dan pakai dahulu. Siapa tahu korang akan jadi pembeli dan pengguna setia kasut Pallas ni.

Review Kasut Pallas PX37-104 ABK

Model kasut Pallas ni ada beberapa ciri yang sangat baik untuk si pemakai. Salah satunya ialah cepat kering dan ada Ventilation system yang baik. Dengan adanya pengudaraan yang baik, kaki kanak-kanak akan rasa lebih selesa untuk pakai. 

Walaupun pakai dari waktu pagi sampai petang, tetap akan rasa selesa. Lagi satu, kasut ni cepat kering. Jadi tak perlu susah-susah lagi fikir cara nak keringkan kalau hari tu dah hujan. Cuba keringkan depan kipas sahaja atau cari tempat yang sesuai untuk keringkan.

Kasut Pallas ni juga ada ciri Better Rebound dan More Comfort! Dengan ciri ini, ia dapat kurangkan kejutan berimpak tinggi semasa berjalan ataupun berlari. 




Selain itu, kasut ni dapat memberikan perlindungan yang lebih baik pada sendi-sendi kaki korang. Nak guna lama-lama pun tetap akan rasa selesa sebab ada ciri ni.

Seterusnya, kasut Pallas ni dapat melegakan ketegangan pada otot kaki. Kasut ni memang dicipta khas untuk memberikan sokongan pada kaki korang. Ia dapat pastikan kaki korang mendapat keselesaan yang optimum, walau apa jua bentuk kaki korang. 

Kasut ni juga dapat melegakan ketegangan pada kaki semasa berjalan ataupun semasa berdiri dengan lama.

Kasut ni juga ada ciri X-Light ataupun Extra Lightweight! Dengan adanya ciri ini, kasut menjadi lebih ringan dan memang sangat sesuai untuk dipakai oleh kanak-kanak yang selalu berlari dan aktif di sekolah. Dengan ciri ini juga, ia dapat membantu kanak-kanak untuk membesar dengan kaki yang sihat.

Sporty and Energetic. Kalau korang nak tau, kasut Pallas ni merupakan satu-satunya kasut sekolah dengan tapak luar X-Tone dimana ia akan menjadikan si pemakai lebih bertenaga dan bersemangat di sekolah. Kalau nak bersukan guna kasut ni pun, memang sangat sesuai dan selasa!

Cakap tentang bersukan, kasut Pallas ni juga ada Rubber Outsole dan cengkaman yang lebih baik. Dengan tapak luar getah kasut ini, si pemakai akan rasa lebih selesa dan seronok ketika memakainya. 

Jangan risau kalau nak bermain sukan yang lasak. Sebab kasut ni ada cengkaman yang lebih baik. Jadi kanak-kanak boleh bermain dengan sepuas hati dan selamat.

Kasut Pallas ni juga ada ciri breathable and more comfort. Bahagian atasnya yang jenis fabrik berjaring sangat berkesan untuk menarik lembapan dan peluh dari kulit dengan cepat. 

Ia akan meluaskan kawasan permukaan fabrik yang basah jauh lebih luas daripada fabrik umum. Ini untuk membolehkan peluh menyejat dengan lebih cepat agar kaki tetap rasa selesa walaupun banyak berpeluh.



Untuk keselesaan dan keselamatan anak-anak masa kat sekolah, korang sebagai ibu bapa juga mesti peka dengan benda macam ni. Mungkin ada yang berpendapat, benda ni remeh sahaja. Tapi, kalau kita sendiri yang jadi budak, mesti kita pun nak yang elok dan bagus juga kan untuk digunakan masa pergi sekolah.

Sebab tu aku galakkan sangat kalau ibu bapa di luar sana tu beli kasut jenama Pallas ni. Kalau kita tengok dari segi kebaikan, kasut jenama Pallas ni sememangnya merangkumi pelbagai kebaikan. Sebab tu kalau korang baca pendapat atau review tentang kasut ni, kebanyakkannya baik-baik sahaja. Bukan sahaja tahan lama, kasut ni juga ringan dan sesuai dipakai oleh kanak-kanak yang sedang membesar.

Selain mempunyai sistem pengudaraan yang bagus, ia juga cepat kering. Jadi ibu bapa tak perlu risau sangat jika cuaca asyik hujan sahaja. Korang boleh keringkan guna tradisional sahaja. Jemur depan kipas atau letak kat belakang peti sejuk. Kat sana kan kawasan yang hangat. 

Lagi satu, kalau anak-anak korang jenis yang banyak bergerak ataupun aktif dalam bersukan, membuat pilihan untuk beli kasut jenama Pallas adalah yang paling baik! Nak tahu kenapa? Sebab salah satu kebaikan kasut ni ialah, dapat melegakan kekejangan pada kaki. 

Jadi, anak-anak boleh bermain dengan seronok sebab dengan ciri ini, ia dapat memberikan perlindungan yang lebih baik pada sendi anak-anak korang.



Kesimpulannya

Jadi, apa pendapat korang tentang kasut Pallas PX37-104 ABK ni? Kasut ni sememangnya sesuai digunakan oleh kanak-kanak sebab ia memberikan keselesaan terutamanya kepada kanak-kanak yang sedang membesar. 

Ibu bapa perlu peka dengan aspek ni tau. Keselesaan pada kaki sangat penting sebab ia boleh menggangu aktiviti harian kanak-kanak jika memakai kasut yang tidak sesuai ataupun tidak selesa. 

Elakkan dari membeli kasut tanpa perhatikan ciri-cirinya dahulu. Kena pastikan kasut tu sesuai dengan saiz kaki, selesa walaupun lama dipakai dan mempunyai pengudaraan yang baik!

Sebelum tu, aku nak tambah sikit lagi. Kebanyakkan ibubapa dan anak suka dengan kasut janama Pallas ni bukan sahaja sebab kualitinya, tapi juga sebab reka bentuk kasut yang baik dan banyak jenis. 

Harga kasut juga turut menjadi salah satu sebab kenapa kasut ni sangat popular dalam kalangan ibu-ibu. Memang sangat berpatutan dengan gandingan reka bentuk dan kualiti yang tinggi!

Dan semua ciri-ciri ni sememangnya ada pada kasut Pallas. Lagi satu, kasut ni senang nak cari dan beli. Kalau tak jumpa di kedai berdekatan, korang boleh dapatkannya secara online di www.wow2wee.com

Harga kasut ni mampu milik dan berpatutan untuk kebanyakan keluarga jadi korang tak perlu risau sangat. Demi keselesaan kanak-kanak korang, cuba belikan kasut ni untuk mereka. Bukan sahaja selesa tapi juga sesuai untuk kaki kanak-kanak yang sedang membesar!

تعليقات

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...