Kenapa Telur Terapung Dalam Air Garam

2
Assalamualaikum
Bismillah

Aktiviti ini dijalankan untuk menunjukkan bagaimana faktor jisim dan isipadu mempengaruhi ketumpatan sesuatu bahan. 

Bahan yang diperlukan ialah :

1. Telur rebus (tidak rebus pun boleh)
2. Dua cawan / gelas berisi air
3. Garam

Cara menjalankan eksperimen ini :

1. Masukkan telur di dalam gelas yang berisi air suam sahaja. Perhatikan telur tersebut akan tenggelam. 

2. Larutkan 3-4 sudu garam ke dalam gelas kedua. Masukkan telur ke dalam air yang berisi garam. Perhatikan telur tersebut akan terapung. 

egg-float

Kenapa telur boleh terapung dengan air garam?

Air yang berisi garam itu mempunyai ketumpatan (density) yang lebih tinggi berbanding air biasa.

Semakin tumpat cecair tersebut maka semakin senang objek akan terapung di atasnya. Telur lebih tumpat daripada air. Jadi, telur akan tenggelam dalam air biasa.

Apabila garam ditambah ke dalam air, jisim bertambah menjadikan ketumpatan air garam lebih tinggi daripada air biasa. 

Jadi, telur terapung di atas air garam. Apabila air ditambah ke dalam air garam, isipadu air bertambah menjadikan ketumpatan air berkurang. Jadi, telur akan kembali tenggelam.

Nota : hanya ketumpatan air yang berubah, ketumpatan telur tidak berubah. 

Semoga bermanfaat~

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Sebab tu kita senang terapung apabila mandi laut berbanding mandi sungai.

    BalasPadam
  2. benda belajar dekat sekolah tapi tak ingat dah haha nice!

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !