Assalamualaikum Bismillah Beberapa hari ini aku tidak bersemangat nak berblog sebab line internet yang tak berapa nak laju. Bukan itu sahaja, loading blog aku belakangan ini sangat teruk. Pageview memang jatuh teruk. Kalau korang perasan, semalam 3 kali aku tukar template blog. Susah nak cari template yang aku suka. Aku tu sebenarnya tak nak dah tukar template sebab dah selesa dengan template lama. Tetapi aku terpaksa juga tukar sebab memang teruk sangat dah. Aku nak view blog sendiri pun lambat betul. Kalau view dari mobile lagilah teruk. Akhirnya, dengan berat hati aku pun tukar template baru. Biasanya aku selalu guna template kat Gooyaabi Template . Kali ini aku cuba beli template berbayar. Selepas beberapa jam survey, akhirnya aku memilih template dari Themeindie . RisenMagz - Responsive and Mobile Friendly for Magazine Blogger Template Template yang aku gunakan sekarang ialah template dari RisenMagz . Template yang mesra mobile dan responsive. ...
I just love to write