التخطي إلى المحتوى الرئيسي

المشاركات

عرض المشاركات من يوليو, 2021

Giveaway Road To 3M Mamapp

Assalamualaikum Bismillah Hai rakan bloggers semua, aku ingin menjemput korang semua untuk menyertai segmen Mamapp. Kalau korang nak tahu, aku merupakan salah seorang pembaca blog yang setia dari mula berblog lagi. Mungkin aku jarang blogwalking, tetapi aku suka sangat dengan konten dalam blog Mamapp. Banyak yang aku belajar dari blog ini. Jadi jomlah memeriahkan segmen ini. Hadiah berupa wang tunai dan Inpods. InsyaAllah kalau ada rezeki mungkin rezeki korang dapat hadiah!  Klik banner untuk join Syarat-syarat penyertaan GA Road To 3M Mamapp Terbuka lepada blogger yang menetap di Malaysia. Buat blog post bertajuk "Giveaway Road To 3M Mamapp". Tepek banner di atas beserta link ke post ini. Wajib Follow blog mama: http://www.mamapipie.com Wajib letak blog http://www.mamapipie.com dalam bloglist korang Jemput Follow Media Social Mama || Instagram | Youtube | Twitter | FB Page| | Tinggalkan link pernyertaan korang  Selamat bersegmen semua~

Beza Taska Dan Tadika Ibu Bapa Perlu Tahu

Assalamualaikum Bismillah Beza Taska Dan Tadika Ibu Bapa Perlu Tahu | Istilah Taska dan Tadika sering kali menjadi perbualan para ibu bapa terutama dari segi perbezaannya. memang masih ramai yang masih keliru.  Kita sedia maklum bahawa semua kanak-kanak perlu menjalani pendidikan awal kanak-kanak. Tujuannya adalah untuk membekalkan kanak-kanak dengan pengetahuan asas sebelum masuk ke Tahun 1 di sekolah. Apa sebenarnya beza Taska dan Tadika? 1. Taska – Taska sebenarnya singkatan untuk Taman Asuhan Kanak-Kanak. Juga dipanggil Nursery atau Pusat Penjagaan Kanak-kanak. • Ciri-ciri: Taska adalah tempat yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak. Suasana di Taska adalah berunsurkan Ceria, Selesa dan Selamat. • Aktiviti/ Pembelajaran: Taska menyediakan aktiviti atau program yang sesuai untuk kanak-kanak. Sambil melakukan aktiviti, mereka akan menjalankan tugas menjaga seperti biasa. • Taska di rumah/ Sekolah: Selalunya, jika taska dibuat di rumah, bilangan...

Cara Memohon i-Citra Online KWSP

Assalamualaikum Bismillah Cara Mudah Memohon i-Citra Online Kwsp 2021 | Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka. Syarat untuk memohon i-Citra; Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.  Bayaran minimum adalah RM50. Korang hendaklah meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada) Permohonan i-Citra Online 1. Permohonan ini hanya boleh dike...

McDonald’s Malaysia Bagi Makanan Percuma kepada 65,000 Rider Sempena #LekLuMcDBelanja

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia, sudah pastinya memberi kesan kepada seluruh rakyat. Termasuk mereka yang bergelar ‘rider’. Mereka juga antara frontliners kita sepanjang pandemik ini. Kadang kala tengok para rider seperti FoodPanda, atau grab Grab ke memang kesian sangat. Sibuk hantar makanan tidak kira cuaca panas mahupun hujan. Ada yang naik basikal lagi hantar makanan. Tetapi apakan daya, demi sesuap nasi untuk kelangsungan hidup, terpaksa redah juga. Tambahan pula sewaktu PKP ini, semakin ramai yang duduk di rumah, semakin banyak jugalah permintaan daripada pelanggan. Ingat lagi tak artikel lepas yang aku tulis di blog? Kalau nak cakap pasal kempen McDonald’s, memang dah macam-macam kempen yang McDonald's dah buat. Baru-baru ni, kempen baharu mereka ialah #LekLuMcDBelanja. McDonald’s Malaysia Rai 65,000 Penghantar Makanan  Baca nama kempen pun dah rasa terharu. Kempen ini dijalankan sebagai tanda terima kasih McDonald’s kepada semua penghantar ma...

Berapakah Income Blogger Sepenuh Masa?

Assalamualaikum Bismillah Hai, hari kita tulis topik yang hangat sikit. Agak lama juga aku fikir nak buat tajuk ni ka atau tidak? Ada orang dia tak suka berkongsi tentang income sebab terlalu privacy.  Nak tunjuk nanti katanya kita riak pula, tak tunjuk pula katanya kita tak nak kongsi tips. Nak simpan rahsia sendiri-sendiri saja.  So, semuanya terpulang kepada individu. Bagi aku tak kisah income dia banyak mana.  Yang penting apa yang aku boleh belajar dari seseorang yang dah berjaya. Apa yang dia buat sampai income dia begitu banyak? Apa yang perlu diperbaiki lagi dalam blog? Inilah yang aku cuba aplikasikan sendiri dalam blog.  Bukan senang nak senang sebenarnya.  Apabila sebut saja blogger sepenuh masa ini kan, pasti ada terdetik dalam fikiran "agaknya berapalah income dia dalam sebulan". So di sini, aku kongsikan dengan korang berapa income blogger sepenuh masa. Dalam erti kata lain, berapa income aku sebenarnya? Baca Sini :  Jadual Harian Sebagai...

Cara Membuat Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0)

Assalamualaikum Bismillah Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0 Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri di dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sempena PKP 3.0, PTPTN menyediakan kemudahan penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam yang terkesan selama 3 bulan di antara Jun hingga Oktober 2021. Permohonan boleh dilakukan mulai 10 Jun hingga 31 Ogos 2021. Peminjam yang memenuhi kriteria berikut layak memohon: Peminjam kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19 Peminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurang dalam tempoh pandemik COVID-19. Peminjam hanya dibenarkan menghantar permohonan sekali sahaja. Penangguhan tidak diberikan secara automatik ya. Peminjam yang layak perlu membuat permohonan dan pengesahan kendiri (self-declaration) secara dalam talian juga untuk penangguhan bayaran balik PTPTN.  Tiada sebarang dokumen yang perlu disediakan oleh peminjam untuk memoho...

Bantuan Susu Formula (BSF) by Portal Malaysia

Assalamualaikum Bismillah Dalam keadaan rakyat tengah darurat sepanjang pandemik, Pihak Portal Malaysia telah melakukan insiatif dengan memberi bantuan susu formula. Pihak Portal Malaysia akan hubungi penerima yang layak dalam masa terdekat.  Bantuan akan diberikan dalam bentuk produk dan akan diposkan selepas memproses permohonan. Bantuan Susu Formula (BSF) by Portal Malaysia Untuk permulaan, bantuan susu formula untuk sebulan akan difokuskan kepada beberapa kategori bayi-bayi dan kanak-kanak seperti berikut: Bayi berusia 0 bulan – 6 bulan Bayi berusia 6 bulan – 12 bulan Bayi berusia 1 tahun – 3 tahun Cara Memohon Bantuan Susu Formula (BSF)  Untuk bantuan Susu Formula by Portal Malaysia, sila isi borang maklumat di bawah dengan LENGKAP & TEPAT. Name Penuh Alamat (Address) No Fon (Phone number) Nama Penuh Anak Susu Yang Diperlukan KLIK → Bantuan Susu Formula BSF Portal Malaysia Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan buat Portal Malaysia. Aku terharu sebenarnya....

Sila Tinggalkan Link Blog, Nak Add di Bloglist Sii Nurul

Assalamualaikum Bismillah Hai korang, sebenarnya aku plan nak buat Giveaway. Kali terakhir aku buat giveaway pada awal Januari hari tu. Cuma aku rasa hutang nak buat review blog pun belum lagi selesai. huhu~  Alhamdulillah, syukur atas nikmat Allah. Aku ingin berkongsi kegembiraan dengan mengajak korang semua yang belum ada dalam senarai bloglist aku di bawah, sila tinggalkan link blog, nak add di bloglist Sii Nurul.  Tiada syarat. Terbuka kepada semua blogger ya. Korang nak letak link blog aku kat senarai bloglist korang pun boleh. Tak letak pun boleh ya.  Blogger baru atau lama ka. Tak kisah. Aku cuma nak lebih mengenali rakan blogger yang lain. Walaupun aku jarang blogwalking, komen blog korang. Bila ada masa aku usaha juga untuk jenguk blog korang ya.  Aku nak buat senarai bloglist di pages baru. InsyaAllah kalau senarai ramailah. Manalah tau tak boleh letak ramai sangat di bloglist tu haha~ Niat memang nak buat review semua blogger juga. InsyaAllah doakanlah s...

McDonald’s Malaysia Taja Makanan Untuk Hospital Sungai Buloh Sebagai Tanda Sokongan & Penghargaan

Sejak dari awal berlaku pandemik di negara ini, kita dapat melihat sebenarnya petugas barisan hadapan sudah penat, tetapi mereka masih gagahi demi menyelamatkan nyawa pesakit yang dijangkiti Covid-19  Menyedari kesukaran yang dihadapi barisan petugas hospital ketika ini, lebih daripada 10,000 pek makanan telah ditaja ke Hospital Sungai Buloh sejak pandemik melanda negara Malaysia.  Sebagai tanda sokongan dan penghargaan dari McDonald's Malaysia kepada petugas barisan hadapan kesihatan dalam memastikan warga Malaysia selamat sewaktu pandemik. Restoran khidmat segera atau quick service restaurant itu terus menerus menyalurkan tajaan makanan kepada petugas-petugas barisan hadapan kesihatan di Hospital Sungai Buloh. McDonald’s Malaysia bergiat aktif menyumbang makanan sejak daripada awal PKP pada Mac tahun lau. Hospital Sungai Buloh dapat tajaan makanan McDonald’s Hospital Sungai Buloh merupakan pusat rawatan utama pesakit-pesakit yang dijangkiti Covid-19. Petugas-petugasnya juga...

Cara Dapatkan Penyata Akaun (Bank Statement) BSN Melalui myBSN Secara Online

Assalamualaikum Bismillah Hai semua, hari tu aku dah pernah kongsi cara dapatkan bank statement RHB dan CIMB Bank. So hari ini aku ingin berkongsi pula cara dapatkan penyata akaun (Bank Statement) BSN melalui myBSN secara online. Tutorial ini aku buat di laptop ya. Aku tak buat melalui apps BSN.  Cara Dapatkan Penyata Akaun (Bank Statement) BSN Melalui myBSN Secara Online 1. Pertama sekali korang login dulu di laman myBSN Sekiranya korang belum register lagi. Jangan lupa update dulu nombor fon korang di cawangan BSN yang terdekat ya. Baru boleh daftar myBSN.  2. Masukan USERNAME. Pastikan SECRET WORD korang betul tau. Then, masukkan PASSWORD. Klik LOGIN. 3. Seterusnya, Korang klik 'account overview' seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.  4. Seterusnya, korang klik E-Statements (rujuk gambar) untuk lihat penyata akaun BSN. 5. Kemudian akan terpapar penyata untuk bulan berapa korang nak download / print. Pada bahagian E-Statements ni korang pilihlah bulan berap...

Cara Menarik Minat Anak Ke Taska / Prasekolah

Assalamualaikum Bismillah Mungkin ada di antara anda yang pernah hadapi masalah ni kan? Nak hantar anak ke taska, tapi mereka merengek dan menangis tak henti-henti. Ada sesetengah kanak-kanak yang suka dengan suasana baru tapi ada juga yang tidak. Sebab itu, ibu bapa perlu mainkan peranan penting di sini.  Sebagai ibu bapa, kita perlu ambil tahu beberapa aspek penting sebelum hantar mereka ke Taska atau Prasekolah. Terutama sekali kanak-kanak yang ada masalah dari segi percakapan dan pergaulan. Oleh itu, sebelum hantar anak ke taska, kita mesti peka dengan perkara ni dan berikan info awal dengan para guru dan pengasuh.   Baiklah, mari kita tengok cara-cara untuk tarik minat anak ke taska atau prasekolah kat bawah ni. 1. Kongsi cerita tentang taska/ prasekolah Jadikan ini sebagai cerita harian bila berbual dengan anak-anak. Mungkin anda boleh sediakan senarai yang perlu dibuat sepanjang berada di taska. Ceritakan juga tentang suasana taska yang mereka akan pergi nanti. Jangan f...