26 Years Old | 23.06.2021

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah~ Syukur kerana masih diberikan pinjaman oleh ALLAH untuk hidup sehingga umur 26 Tahun. Sebelum ini aku pernah kongsikan apa yang ada dalam fikiran aku semasa umur aku 24 Tahun. Boleh baca entri INI Apabila umur menjangkau 25 Tahun pula aku tak kongsikan apa yang aku fikir di blog. Tetapi aku masih simpan dalam draft. So here is what I thoughts :

~ ~ ~

25 Years Old | 23.06.2020

For me 25 years old is not considered as young anymore. Hal ini demikian sebab aku sendiri tidak tahu sampai bila akan diberi nikmat untuk hidup. Ya betul banyak perkara yang boleh dibuat sementara masih muda ni kan. Tetapi hidup ini bukan untuk memenuhi kehendak nafsu duniawi sahaja. 

Sementara masih diberi peluang untuk bernafas, saban hari aku memikirkan apa yang aku dah buat dengan umur aku sepanjang 25 tahun? 25 tahun itu masih muda tetapi ibu bapa juga semakin hari semakin berusia. 

Persoalan ini sentiasa bermain dalam minda aku :
  • Apa yang aku dah buat untuk bahagiakan ibu bapa aku? 
  • Adakah aku berjaya untuk jadi seorang anak yang baik untuk mereka? 
  • Adakah aku sudah cukup memainkan peranan sebagai seorang kakak? 
  • Berapa banyak lagi hutang yang aku belum langsaikan?
  • Berapa banyak lagi ilmu yang harus aku kongsikan agar ia menjadi sebuah bekalan yang cukup untuk aku?
  • Apa sumbangan aku untuk masyarakat?
  • Apa yang aku dah buat agar boleh bantu lebih ramai orang yang memerlukan?
Sampai macam tu sekali ya aku fikir. Bagi aku umur macam inilah peluang untuk aku lebih banyak memberi masa dan tenaga untuk membuat lebih banyak kebaikan. Berkongsi manfaat~

~ ~ ~

26 Years Old | 23.06.2021

Tak sangka ya. Dalam masa setahun sahaja banyak yang berubah dalam hidup. Betullah, kita tak tahu apa yang ada di masa hadapan. Kita hanya merancang, tetapi ALLAH yang tentukan semuanya. 

Terlalu banyak yang berlaku sepanjang setahun ini. Dari segi kerjaya, perhubungan, keluarga, dan perubahan diri sendiri yang bagi aku terlalu ketara. Tidak dinafikan, masa umur 25 tahun tu banyak benda yang aku fikir. Aku rasa apa yang aku buat belum cukup. Sebenarnya bukan tidak cukup tetapi, kurang bersyukur. 

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim Ayat 7)

Kerjaya yang tidak stabil. Risau tentang hutang dan kewangan. Dalam masa yang sama ingin balas jasa ibu bapa yang selama ini dah besarkan aku, berikan pendidikan kepada aku. Aku juga ingin menjadi seorang role model as a sister kepada adik-beradik aku. 

Aku juga ingin menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Mungkin ilmu pengetahuan dan juga pengalaman. Dan paling penting, apa yang aku mahukan dalam hidup. Apa tujuan hidup aku sebenarnya. 


Adakah aku sudah capai apa yang aku mahu? 

You know what, I'm just grateful with my life. Alhamdulillah. Hidup ini yang penting bukan hasil tetapi apa yang kita belajar sepanjang dalam perjalanan. Kalau dulu risaunya tiada kerja, macam manalah aku nak bantu family. Alhamdulillah, aku masih hidup. Rezeki ALLAH bagi sentiasa cukup. Tidak pernah kurang. 

Memang kerjaya sebagai blogger tidak mendatangkan hasil ribuan, pangkat, ataupun gaji besar. Tetapi ALLAH dah bagi apa yang aku nak selama ini. Apa yang aku cari-cari selama ini. Ketenangan dan kepuasan yang tidak terungkap. Kerjaya sebagai seorang blogger sepenuh masa menjawab semua persoalan aku selama ini. 

Aku dapat habiskan masa dengan keluarga dan adik-beradik. Aku dapat bantu ibu bapa aku dengan kerja-kerja di rumah. Aku boleh buat kerja blog bila-bila masa yang aku mahu. Selain itu, aku juga dapat rehat yang cukup memandangkan kesihatan aku memang tidak baik. Tiada bos yang marah. 

Aku juga dapat side income walaupun mungkin tidaklah sebanyak orang yang bergaji tetap tetapi Alhamdulillah sentiasa cukup. Malah selalu dapat lebih. Aku juga dapat menyumbang kepada masyarakat dengan berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman di blog ini. 

Dan paling penting, aku dapat beribadah, memperbanyak amalan dan sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Nikmat mana lagi yang kurang Nurul? Tiada satupun yang kurang. Apa yang aku peroleh sekarang mungkin itulah apa yang orang lain idamkan. 

Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (Surah Ibrahim Ayat 34)

Alhamdulillah‘alaa kuli haal. Syukur sangat-sangat aku juga dipertemukan dengan seseorang yang sangat memahami dan mempunyai tujuan hidup yang sama dengan aku. Tak terkata sebenarnya. When you met the right one, rasa mahu menangis pun ada. ALLAH bukan tidak mahu kabulkan doa kita. Cuma belum masanya. 

"..boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah Ayat 216)

Tiada kata selain rasa syukur, 26 tahun banyak mengajar erti hidup. Apa yang aku harapkan sekarang apa sahaja yang aku lakukan buat diri, keluarga mahupun orang sekeliling. Aku cuma mahu buat yang terbaik dan sesuatu yang InsyaAllah bermanfaat dalam hidup aku. 

Semoga Allah redha~