التخطي إلى المحتوى الرئيسي

المشاركات

عرض المشاركات من مايو, 2021

Resepi Sayur Sawi Goreng Telur Sesuai Untuk PKP

Assalamualaikum Bismillah Like I said before, masakan aku guys semuanya simple, mudah dan sangat bajet. Tapi belum tentu sesuai dengan tekak semua orang. Nak buat lain dari lain pun tak kisah. What I want to say is resepi ini untuk yang memang mau bajet dan tak guna banyak bahan. InsyaAllah sangat sesuai waktu pkp nie haha.  Bahan-Bahan 1 mangkuk sawi 3 ulas bawang merah - hiris 2 ulas bawang putih - hiris 1 biji telur Garam secukup rasa Sos tiram Cara Memasak 1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah. Setelah bawang kekuningan dan wangi, masukkan telur. Masak macam korang masak telur dadar tau. Dah ada rupa macam telur dadar sikit baru korang hancurkan. 2. Masukkan sayur sawi dan kacau seketika. 3. Masukkan sos tiram, serbuk perasa dan garam. Kalau nak ada kuah boleh tambah air. 4. Gaul sehingga sayur sedikit layu. Siap untuk dihidang. Note : Resepi ini korang boleh letak bahan lain ikut suka nak tambah ayam, udang, fishcake ke tak kisah.  Resepi lain : 5 M...

Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 | Cabaran Cikgu Dahlia Sebagai Guru Pra Sekolah Di Pedalaman

Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 : Cabaran Cikgu Dahlia Sebagai Guru Pra Sekolah Di Pedalaman | Dah baca kisah inspirasi dua orang guru iaitu Cikgu Eva dan Cikgu Mohd Hasnizan yang aku kongsikan sebelum ini yang telah dicalonkan untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021?  Kisah yang aku rasa sangat menyentuh hati dan memberikan inspirasi kepada guru-guru yang lain. Kisah calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 pada kali ini yang aku nak kongsikan adalah mengenai seorang guru pra sekolah iaitu Cikgu Dahlia.  Jika nak dibandingkan kisah di antara Cikgu Dahlia dengan Cikgu Eva dan Cikgu Mohd Hasnizan, pengalaman Cikgu Dahlia agak berbeza sedikit cabarannya kerana Cikgu Dahlia merupakan seorang guru pra sekolah SK Kaingaran Tambunan, Sabah yang terletak di pedalaman. Latar Belakang Cikgu Dahlia Nama penuh Cikgu Dahlia ialah Dahlia binti Ali. Cikgu Dahlia dilahirkan pada 22 Disember 1993. Usia Cikgu Dahlia sudah mencecah 28 tahun pada tahun ini. Cikgu Dahlia mempu...

Cuba Ujian Personaliti Ini | Adakah Ia Benar-Benar Melambangkan Diri Anda

Assalamualaikum Bismillah UJIAN PERSONALITI Ambil sedikit masa untuk jawab soalan ini untuk melihat adakah ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya.  Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan. Jawapan analisis nya selepas ini. Untuk makluman korang ini sekadar ramalan sahaja. Tiada jawapan yang betul dan salah.  Situasi: Anda berada di dalam hutan (1) nyatakan dengan siapa anda berjalan? Sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan (2) nyatakan apakah haiwan itu? (3) tindakan anda terhadap haiwan itu biarkan dan pandang ja lari dari haiwan itu dapatkan haiwan itu Anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci (4) nyatakan bilangan kunci itu Pilih dari 1-10 anak kunci Anda teruskan perjalanan, tiba-tiba anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan pada fikiran anda (5) adakah rumah itu berpagar? (6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup? Anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja. (7) apakah bentu...

Penyebab Gangguan Tidur

Assalamualaikum Bismillah Gangguan tidur adalah gangguan yang berlaku semasa tidur dan dialami oleh segelintir individu. Masalah tidur berlebihan atau hipersomnia merupakan tabiat seseorang yang tidur secara berlebihan dan bercanggah dengan pola waktu tidur yang normal iaitu lingkungan 6-8 jam sehari.  Biasanya individu yang menghidap hipersomnia akan tidur melebihi 12 jam sehari Faktor yang menjejaskan kualiti tidur seseorang adalah disebabkan oleh pelbagai jenis gangguan tidur seperti insomnia, narkolepsi, sleep apnea dan perubahan gaya hidup. Insomnia. Insomnia adalah gangguan tidur yang paling biasa berlaku yang merujuk kepada masalah kronik dalam mendapatkan tidur yang cukup. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan insomnia iaitu faktor psikologi dan fisiologi.  Faktor psikologi seperti kebimbangan dan kerisauan tentang masalah akedemik, masalah hubungan dengan orang lain, atau kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan. Manakala faktor fisologi pula meru...

Lirik Lagu Aku Tanpa CintaMu 2021 - Faizal Tahir & Mirwana

Lirik Lagu Aku Tanpa CintaMu 2021 - Faizal Tahir & Mirwana Telah ku mungkiri janjiku lagi Walau seribu kali Ku ulang sendiri Aku takkan tempuh lagi Apakah kau terima cintaku lagi Setelah ku berpaling Dari pandanganMu Yang kabur kerna jahilnya aku Mengapa cintamu tak pernah hadir Subur dalam jiwaku Agarku tetap bahagia Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana Aku tanpa cintamu Bagai layang-layang terputus talinya Telah ku mungkiri janjiku lagi Walau seribu kali Ku ulang sendiri Aku takkan tempuh lagi Apakah kau terima cintaku lagi Setelah ku berpaling Dari pandanganMu Yang kabur kerna jahilnya aku Masihkah ada sekelumit belas Mengemis kasihmu Tuhan Untukku berpaut dan bersandar Aku di sini kan tetap terus mencuba Untuk beroleh cintamu Walau ranjaunya menusuk pedih

Cara Mengisi Manage Tax Info Google Adsense di Blog

Assalamualaikum Bismillah Hai ada yang baru isi ka info tax google adsense ni? Aku baru ja isi tadi hahaha. Hari tu aku tahu juga pasal tax ni. Cuma tu lah baahh lambat-lambat lagi mau mengisi kan. Tanpa melengahkan masa, mari lihat langkah-langkah di bawah : Cara Mengisi Manage Tax Info Google Adsense di Blog 1. Pertama sekali korang login ke akaun Google Adsense.   2. Klik bahagian "payment" . Selepas itu pilih "manage setting" . Rujuk gambar di bawah ya. 3. Pada bahagian ini klik  United States Tax dan klik Manage Tax Info. 4. Seterusnya klik Add Tax Info. Nanti korang masukkan email dan password.  5. Korang pilih mana yang mewakili akaun korang. Macam aku pilih "Individual". Kalau akaun korang jenis bisnes bolehlah pilih "Non-Individual / entity".    Dah tick, klik next.  Lepastu soalan seterusnya samada korang warganegara US atau bukan, mestilah bukan kan, jadi tick No, dan klik Next 6. Seterusnya pada bahagian ini korang dikehendaki untuk...

Cara Paling Mudah Dapatkan Idea Menulis Blog

Assalamualaikum Bismillah Hai semua, lama dah kan aku tidak berkongsi tips blogging. Bulan ini jadual aku agak padat dengan job menulis. Alhamdulillah atas rezeki Allah yang tak terhingga walaupun dalam keadaan pandemik sekarang. Tadi semasa tengah blogwalking dan baca entri kawan-kawan tiba-tiba sahaja aku dapat idea ni. Iya, idea tentang cara paling mudah dapatkan idea menulis blog. Just simple saja guys! Semua orang pun boleh cuba. Caranya mudah sahaja, iaitu dengan menjawab pertanyaan pembaca.  Cuba korang tengok entri mana yang pembaca selalu komen di blog korang. Kadang tak perlu pun jawab satu persatu soalan kat komen. Kalau rajin boleh saja jawab. Tetapi aku pasti ramai juga yang takda masa nak balas komen.  Aku paling suka buat artikel yang dapat jawab soalan-soalan pembaca aku.  Kenapa Perlu Buat Artikel Untuk Jawab Pertanyaan Pembaca? 1. Jimat Masa Bayangkan dalam 1 entri tu pembaca tanya soalan yang sama sahaja. Aku ni sebenarnya bingung dorang ni baca ka jaw...

Pengalaman Scalling & Cabut Gigi di Klinik Pergigian Swasta

Assalamualaikum Bismillah Tak sangka pula akhirnya aku akan tulis entri ini di blog. Sejujurnya aku dah lama teringin nak buat entri berkenaan scalling gigi di klinik pergigian swasta untuk pengalaman aku dulu lah tahun 2014.  Aku memang ada merancang nak scalling gigi balik kat klinik pergigian swasta sebelum ini. Tetapi aku tak sangka pula minggu lepas aku sakit gigi di bahagian geraham dan bergoyang. Memang ada tanda-tanda mahu dicabut.  (Actually entri ini dah lama dalam draft, cuma baru hari ni rasa nak habiskan cerita dia) Klinik Pergigian Dr Patricia, Inanam Taipan Hampir 3 hari juga aku tak dapat tidur. Sakit gigi nak makan pun susah, nak bercakap pun susah. Mood pun tak baik. Dan aku tak fokus langsung sepanjang aku sakit gigi.   Ya Allah nikmat sihat gigi inilah yang sangat tidak dihargai. Masa gigi sihat makan manis je memanjang, bila dah sakit huhu azab sangat. Padan muka sendiri.  Memandangkan aku dah pernah scaling aku tak risau sangat. Yang aku risau t...

Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 Kisah Cikgu Mohd Hasnizan Menyentuh Hati Guru dan Pelajar

Calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021, Cikgu Mohd Hasnizan Menyentuh Hati Guru dan Pelajar Apabila Membelanjakan Duitnya Sendiri Berjumlah RM6,000 Membeli Tiket Peserta Pertandingan Majlis Tadarus Al Quran yang Terlepas Penerbangan! | Sebelum ini aku ada kongsikan mengenai kisah calon Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 iaitu Cikgu Eva yang menyatakan hasratnya untuk mewujudkan STEM Centre di SK Sipinong supaya pelajar di pulau tidak ketinggalan dalam kepesatan teknologi.  Lain pula dengan kisah Cikgu Mohd Hasnizan dari Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (SMA MAIWPL) yang digelar "Ayahanda" di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah ini.  Kali ini aku nak kongsikan kisah Cikgu Mohd Hasnizan menyentuh hati guru dan pelajar apabila membelanjakan duitnya sendiri berjumlah RM6,000 membeli tiket peserta Pertandingan Majlis Tadarus Al Quran yang terlepas penerbangan!  "Banyak kekangan dan rintangan semasa mengajar termasuk...