التخطي إلى المحتوى الرئيسي

المشاركات

عرض المشاركات من أبريل, 2021

Resepi Tart Nenas Sukatan Cawan Paling Mudah

Assalamualaikum Bismillah Hai semua, korang mungkin tak percaya ini kali pertama aku buat biskut raya tart nenas. Selalunya mak yang buatkan. Kali ini aku nak belajar buat sendiri. Dan alhamdulillah menjadi buat beginners macam aku hehe.  Bahan-bahannya 250g Butter (boleh juga pakai majerin tetapi kalau guna butter lagi wangi dan berlemak) 1/2 Cawan susu  1 sb esen vanila 1 sk pewarna kuning lemon 2 Biji telur kuning sahaja 1/2 Cawan Tepung Susu (nespray atau apa2 sahaja brand) 1/2 Cawan Tepung Jagung 1/4 Cawan Tepung Kastad 4 1/2 Cawan Tepung Gandum Bahan Sapuan Tart Nenas 1/4 cawan susu segar 3 biji kuning telur pewarna kuning Cara-Cara Membuatnya : 1. Masukkan butter, susu, esen vanila dan pewarna kuning. Kacau dengan senduk saja sehingga butter jadi sebati dan tidak berketul. Kalau korang nak guna mixer boleh tapi mata padle yang macam sauh kapal tu ya. 2. Masukkan kuning telur dan kacau sebati. Masukkan tepung susu, tepung jagung, tepung kastad dan kacau sehingga sebati....

5 Menu Simple Untuk Berbuka Puasa & Sahur

5 Menu Simple Untuk Berbuka Puasa & Sahur Terima kasih sangat kepada tuan punya resepi. Aku simpan kat blog untuk rujukan dan bila-bila masa boleh tengok balik kalau nak masak.  1. Resepi Ayam Madu Sos Tiram BAHAN-BAHAN 1/2 ekor ayam - potong kecil 4 ulas bawang putih - tumbuk kasar 1 inci halia - tumbuk kasar 1 labu bawang besar holland - hiris 1 sudu besar madu 3 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil serbuk kunyit Garam CARA MEMASAKNYA  1. 1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. 2. Goreng ayam sehingga masak. 3. Ambil sedikit minyak gorengan ayam, tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan bawang besar sehingga layu. 4. Masukkan sos tiram dan madu. Tumiskan seketika, kalau nak berkuah tambahkan sedikit air. Bagi khadijah suka kering jadi tak tambah air, suka sos tu melekat pada ayam. 5. Kemudian masukkan ayam dan gaulkan dengan sos sehingga sebati. Siap. Boleh hiaskan dengan potongan tomato dan cili hijau. 2. Resepi Nasi Beriyani Ayam Simple  BA...

Tips Bangkitkan Selera Makan Ketika Sahur

Assalamualaikum Bismillah Tips Bangkitkan Selera Makan Ketika Sahur Bukan kanak-kanak sahaja yang kurang selera makan ketika bersahur. Orang dewasa pun ada juga yang kurang berselera semasa bersahur. Ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk bangkitkan selera makan korang ketika bersahur.  1. Elakkan Terlalu Kenyang Ketika Berbuka Aku tahulah dah puasa sehari kan, jadi nampak makanan je semua pun nak sumbat dalam mulut semasa berbuka. Sebenarnya kalau berbuka puasa ni tak perlu pun nak makan banuak sampai kenyang.  Nanti dah kenyang perut, badan pun jadi lesu dan malas.  Nak solat Maghrib pun senak perut macam orang mengandung. So makan biar berpada-pada.  Salah satu faktor kurang selera makan sewaktu sahur inilah sebab dah terlalu kenyang. Apabila dah kenyang, diri pun malas nak bangun sahur. Sedangkan kita digalakkan bangun bersahur. Jadi, elakkan terlampau kenyang sewaktu berbuka puasa supaya dapat membangkitkan selera makan ketik...

Cara Buat Janji Temu (Appointment) Online KWSP

Assalamualaikum Bismillah Aku baru tahu yang KWSP sekarang kena buat appointment untuk apa sahaja urusan. Melalui Janji Temu Online, korang boleh membuat janji temu secara dalam talian dengan lebih awal untuk berurusan di kaunter KWSP untuk perkhidmatan yang disediakan. Sebelum ini aku pergi KWSP untuk daftar i-Akaun saja. Boleh baca  Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online (Daftar Melalui KIOSK) Hanya ahli yang telah membuat temujanji / appointment sahaja yang dapat berurusan di bahagian kaunter KWSP. Jadi kepada korang yang ingin berurusan menerusi kaunter, perlu membuat temujanji terlebih dahulu. Permohonan janji temu yang boleh dibuat melalui:  Laman Web KWSP www.kwsp.gov.my dengan mengklik pada pautan Janji Temu Online; atau Menghubungi Pusat Panggilan Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk membuat permohonan janji temu. Cara Buat Janji Temu (Appointment) Online KWSP  1. Login Janji Temu Online KWSP 2. Pilih NEGERI / CAWANGAN KWSP kora...

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Sabah 2021

Zon 1 Sabah (Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam) Zon 2 Sabah (Bahagian Sandakan (Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod Dan Pinangah) Zon 3 Sabah (Bahagian Tawau (Timur) Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak dan Lahad Datu) Zon 4 Sabah (Bahagian Tawau (Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan) Zon 5 Sabah (Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Bandar Kudat) Zon 6 Sabah (Gunung Kinabalu – Ketinggian (4101M) Zon 7 Sabah (Bahagian Pantai Barat) Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar) Zon 8 Sabah (Bahagian Pedalaman (Atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau) Zon 9 Sabah (Bahagian Pedalaman (Bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang) Sumber : My Sumber Download JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1442 H / 2021 M BAGI SELURUH MALAYSIA dalam bentuk...

Jadual Harian Sebagai Blogger Sepenuh Masa

Assalamualaikum Bismillah Dah lama aku nak kongsikan Jadual Harian Sebagai Blogger Sepenuh Masa. Ada beberapa pembaca yang tertanya-tanya macam mana pengurusan masa aku sebagai blogger tambahan pula dengan adanya blog kedua aku lagi iaitu www.inspirasikami.com  Lain lagi kalau dapat job menulis, urus task biters, kerja-kerja design blog, urus team untuk blog kedua dan Alhamdulillah baru-baru ini dapat kerja sebagai content writer  untuk salah satu company media. Penat tu memang penat sangat guys. Tetapi itulah namanya kerja kan.  Sebelum ini aku pernah kongsikan tentang  Rutin Harian Sebagai Blogger Sepenuh Masa  iaitu apa rutin yang aku buat setiap kali berblog. Tetapi kali ini pula aku kongsikan jadual harian aku di rumah sebagai blogger sepenuh masa dan bagaimana aku mengurus masa dengan blogging dengan kerja-kerja lain di rumah.  Secara kasarnya jadual yang aku buat ini tidaklah sepenuhnya aku ikut masa macam tu. Cuma memang begitulah jadual harian...

Inpirasi : Jenama Terkenal Pizzeria Neapolitan Bermula Dengan Oven Kayu Binaan Sendiri

Kisah inspirasi sudah sering kita dengar. Bagus sebenarnya untuk tahu kisah insparasi kerana ia dapat memberi kita semangat untuk terus harungi susah senang hingga berjaya. Sama seperti BentukBentuk di mana pengasasnya berasal dari latar belakang IT dan kini menjalankan perniagaan hiasan rumah yang berjaya, seorang pemuda bernama Ikmal turut mempunyai kisah yang sama. Berasal daripada karier selama satu dekad dalam industri IT, Ikmal memilih seni yang tepat untuk membuat pizza Neapolitan untuk isterinya menggunakan oven dengan api kayu yang dia buat sendiri olehnya. Industri pizza berbahan bakar kayu di Malaysia bukanlah perkara baru, tetapi menerusi artikel yang dikongsikan melalui Vulcan Post, Ikmal memaklumkan bahawa pizza Neapolitan ini adalah yang pertama, ketika pertama kali beliau memulakan WOP Pizzerria pada 5 tahun yang lalu. Tetapi sebelum pizza-nya menjadi versi yang dijual pada hari ini, pizza-nya telah melalui beberapa evolusi. Lihat pada menu pizza ini yang dikongsikan m...