التخطي إلى المحتوى الرئيسي

المشاركات

عرض المشاركات من مارس, 2021

Kerja Sosial Gerontologi Lawatan Ke Comfort Aged Centre, Likas

LATAR BELAKANG AGENSI AGED COMFORT CARE CENTRE LIKAS Agensi Comfort Aged Care diasaskan oleh Encik Kent. Sebelum ini beliau merupakan pelajar yang mengambil jurusan Kimia Perindustrian di Singapura dan telah melanjutkan pelajaran pada tahun 1985.  Agensi Comfort Aged Care Centre merupakan pusat jagaan harian kepada golongan yang berusia dimana ia terletak di kawasan Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Agensi Comfort Aged Care Centre telah ditubuhkan sejak Julai 2016 di mana ia merupakan perkhidmatan pertama yang disediakan kepada klien atau pesakit yang mempunyai masalah demensia serta Alzheimer. Encik Kent juga menyediakan perkhidmatan kepada warga tua yang mempunyai masalah kecacatan dari segi fizikal dan masalah neurologikal yang lain seperti warga berusia lanjut yang mempunyai masalah strok, dan penyakit Parkinson.  Menurut Encik Kent semasa sesi lawatan, agensi ini merupakan pusat jagaan warga tua yang satu-satunya ditubuhkan khas kepada warga tua yang mengalami demensia. Penu...

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

  klik banner untuk join Perasaan dalam menyambut bulan Ramadhan & Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi  Perasaan tahun ini menyambut Ramadan & Syawal lain dari yang lain. Sejujurnya sambutan ramadan dan syawal kami sekeluarga biasa-biasa sahaja. Kami tak balik kampung pun setiap tahun memang di rumah saja, sebab atuk dan nenek pun dah meninggal dunia. I mean , orang lain mungkin rasa bestnya dapat balik kampung rumah datuk atau nenek. Seronok dapat jumpa ibu bapa gitu. Tetapi kami pula memang tinggal sekeluarga juga. Jadi meraihkan bulan Ramadan yang mulia bersama keluarga di rumah. InsyaAllah, Raya pun macam tu juga. Tak pergi mana-mana pun. Apapun aku sangat bersyukur kerana dapat menyambut bulan Ramadan & syawal bersama keluarga tersayang. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur. Ada orang yang langsung tak dapat balik. Adik aku hari tu terkandas kat hostel di Labuan pun aku sedih. huhu Persediaan untuk bulan Ramadan kali ini, aku usaha untuk ganti puasa. Selain i...

Daftar MyASNB Secara Online Dan Semak Akaun ASB

Assalamualikum Bismillah Daftar MyASNB Secara Online di  https://www.myasnb.com.my/   dan   Semak Akaun ASB tanpa perlu berbaris di kaunter. Urusan berkaitan ASB tidak akan menggunakan buku simpanan sebaliknya boleh menggunakan perkhidmatan secara online atau di kaunter cawangan atau ejen ASNB. Berikut adalah Cara Untuk Membuat Pendaftaran MyASNB Secara Online. 1. Anda dikehendaki untuk mengemas kini no telefon di bank ataupun pejabat pos asnb yang berdekatan. 2. Sekiranya anda telah mengemas kini no telefon, anda boleh terus ke laman  https://www.myasnb.com.my/ 3. Klik butang CONTINUE 4. Tandakan pada kotak terma & syarat bahawa anda bersetuju dengan T&C. Dan klik butang SETUJU. 5. Isikan maklumat peribadi (pemenang unit) seperti No Kad Pengenalan beserta Jenis Kad Pengenalan. Pilih produck ASNB. Contohnya ASB. 6. Seterusnya anda harus mengesahkan no telefon dengan klik butang permintaan TAC. SMS kod TAC akan dihan...

Penderaan Fizikal Terhadap Kanak-Kanak

Assalamualaikum Bismillah Mana-mana kanak-kanak yang mempunyai kesan lebam, luka, lecur atau retakan tanpa penjelasan yang munasabah mungkin sedang mengalami penderaan fizikal terutama apabila terdapat beberapa kecederaan yang berulang. Terdapat banyak lagi keratan akhbar yang menceritakan tentang penderitaan kanak-kanak yang didera secara fizikal ini. Tindakan berikut adalah satu bentuk penderaan dan sama sekali tidak boleh digunakan sebagai cara untuk mendisiplin kanak-kanak: • Sebarang pukulan yang menyebabkan kecederaan seperti lebam dan pendarahan • Memukul bayi atau kanak-kanak petatih yang terlalu kecil untuk memahami apa yang betul dan apa yang salah • Menendang dan menumbuk • Menolak seorang kanak-kanak pada sesuatu yang keras atau sehingga dia terjatuh • Membengkok atau memusingkan tangan atau kaki seorang kanak-kanak • Meletakkan objek panas, cecair panas atau bahan lain yang menyebabkan lecur contohnya menggosok cili pada kulit, bibir a...

5 Cara Kawal Anak Daripada Ketagihan Gadget

Assalamualaikum Bismillah Zaman sekarang merupakan zaman moden di mana kanak-kanak awal usia mula didedahkan dengan pelbagai teknologi canggih seperti TAB dan IPad. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak mula ketagihan dan sukar untuk mengawal penggunaan gadget mereka. photo kredit to :  http://www.cikgushare.com   Namun, di sini aku akan kongsikan 5 Cara Kawal Anak Daripada Ketagihan Gadget. Ibu bapa perlu mengawal pengunaan gadget terhadap anak mereka kerana kanak-kanak awal usia belum mampu untuk mengawal diri sendiri. Sedangkan makan dan minum mereka pun perlu dikawal, inikan pula nak bagi 100% kebebasan menggunakan gadget tanpa sebarang kawalan? 1. Elakkan Daripada Caj 100% Bateri Penuh Elakkan daripada cas iPad/Tab sehingga penuh. Sekurang-kurangnya tinggalkan 15%-20% sahaja untuk sekali pakai. Hal ini akan dapat hadkan penggunaan gadget anak itu sendiri.   Bateri yang penuh akan menyukarkan anak kita untuk melepaskan iPad ataupun Tab....

Cabaran 15 Hari Menulis Blog Hanya Tinggal Cabaran

Assalamualaikum Bismillah Ya Allah, aku tak tahu apa dah jadi dengan mood berblog aku ini. Aku buat cabaran ini end up gagal dengan cabaran sendiri hahaha. Hari ke-6 aku dah stop menulis pasal cabaran ni. Aduhai. Mula-mula bukan main excited. Sekalinya laptop pula buat masalah. Terus mood menulis pun ke laut. (Ahh alasan tu bhaa) haha Kalau korang berminat boleh lah baca  Cabaran 15 Hari Menulis  Sekiranya korang tiada idea dan nak pinjam idea ini pun boleh juga. At least blog ber'update jugalah sikit kan hehe.  Walaupun cabaran menulis blog aku hanya tinggal cabaran, aku memang plan nak habiskan juga cabaran ini. Cuma tak tahu bila haha~ Ya Allah malasnya sii nurul nie.  By the way, walaupun aku tak habis menulis cabaran ini. Aku sangat excited tengok sahabat blogger yang lain buat juga cabaran ni. Jangan lupa baca Cabaran 15 Hari Menulis Blog dorang juga tau. Aku dah senaraikan di bawah. Jemputlah blogwalking ya :) Ombak Bergigi Muhammad Naim Abdullah thejagungsp...

Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online (Daftar Melalui KIOSK)

Assalamualaikum Bismillah Sebenarnya aku dah give up nak  Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email  dari tahun 2020 lagi tapi sampai sekarang takda respon pun dari pihak KWSP. Jadi cara paling senang sekali pergi ja lah kiosk KWSP yang terdekat.  Cara Register i-Akaun Melalui Kiosk KWSP 1. Sila hadir ke KIOSK KWSP berdekatan dengan korang 2. Masukan kad pengenalan ke dalam Kiosk KWSP 3. Sila imbas ibu jari bagi tujuan pengecaman Cap Ibu Jari. 4. Kemudian, sila pilih Pengaktifan i-Akaun (ahli) dan masukkan NO TELEFON. 5. Cetak untuk dapatkan ID pengguna. Kata laluan sementara pula akan dihantar melalui SMS ke no telefon yang telah korang daftarkan. (Lihat contoh gambar di bawah) Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online (Daftar Melalui KIOSK) 1. Login i-Akaun KWSP 2. Masukkan USER ID (EPF NO) & PASSWORD yang dihantar melalui SMS. 3. Setelah itu, tekan pada petak kecil [ / ] untuk terma & syarat. Dan tekan NEXT.   4. Isi maklumat yang diperlukan seperti y...

Macam Mana Nak Jadi Blogger Sepenuh Masa

Assalamualaikum Bismillah Hai semua, hari ini aku nak kongsi sedikit berkenaan kerjaya sebagai blogger sepenuh masa ini. Ada beberapa pembaca yang bertanya apakah persediaan aku sebelum aku decide mahu jadi blogger sepenuh masa.  Jadi aku cerita sedikitlah ya. Mungkin ada yang merancang mahu jadi blogger sepenuh masa tapi tak tahu mahu mula dari mana.  1. PERANCANGAN Sebelum korang decide untuk menjadi blogger sepenuh masa pertama sekali yang paling penting adalah apakah perancangan korang berkenaan blog? Dan paling penting sekali macam mana mahu jana pendapatan dari blog? Sebab apabila korang dah tetapkan untuk menjadi blogger sepenuh masa, ini bermaksud blog korang bukan lagi menulis yang sekadar untuk suka-suka tetapi haruslah mempunyai hasil (income) dari blog.  Ada banyak cara untuk jana pendapatan melalui blog antaranya ialah ghostwriter, affiliate, google adsense , penulisan artikel review dan lain-lain. Contohnya macam aku sendiri, sebelum decide mahu jadi full...