Syarat & Cara Daftar Kursus Praperkahwinan Online di Sabah

8
Assalamualaikum
Bismillah

Aku tak tahulah macam mana boleh terdetik hati mahu daftar kursus praperkahwinan ini. Lama dah mahu daftar cuma tiada kesempatan dan bajet. Entah macam mana hari ini Allah gerakkan hati pula untuk aku search kat google tentang kursus kahwin ini. 

Dalam hati, kan bagus buat kursus praperkahwinan online. And guess what memang ada online rupanya. hahaha~ Tanpa berlengah aku pun apa lagi, daftar lah sementara diberi kemudahan macam ni. 


Syarat Untuk Daftar Kursus Kahwin Online

1. Penyertaan terbuka kepada WARGANEGARA / BUKAN WARGANEGARA yang pemegang DOKUMEN SAH & TINGGAL DI SABAH sahaja.

2. Kursus diadakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah sahaja.

3. Bayaran dikenakan sebanyak RM70.00 bagi setiap peserta. 

4. GAMBAR DOKUMEN PENGENALAN DIRI (berwarna) & SLIP PEMBAYARAN (bukti bayaran) dilampirkan dalam permohonan (dalam bentuk PDF) - Aku guna ilovepdf untuk convert. 

5. Peserta yang layak akan dimaklumkan melalui whatsapp.

Cara Daftar Kursus Kahwin Online di Sabah

1. Permohonan boleh dibuat di dengan menghubungi urusetia untuk Kursus Kahwin Online melalui whatsapp sahaja.

Contact Urusetia (whatsapp) :

  • 012-8221665
  • 011-39912118
  • 011-63967387

2. Kursus kahwin online hanya diadakan pada setiap hari Sabtu & Ahad sahaja. 

3. Selepas tu, tunggu sahaja lah. Korang akan dimaklumkan melalui whatsapp tarikh kursus pra-perkahwinan. 

Peserta yang LAYAK adalah DIWAJIBKAN mengikuti setiap arahan berikut. Kegagalan mematuhi arahan akan menyebabkan peserta gagal dalam kursus ini. 


  1. Mengesahkan KEHADIRAN LIMA (5) MINIT sebelum kursus dijalankan.
  2. Memasang kamera bagi tujuan paparan wajah.
  3. Berpakaian kemas & MENUTUP AURAT.
  4. Sentiasa memberi sepenuh perhatian dalam setiap slot kursus.


2. Kursus ini mengandungi 4 tajuk utama dengan jumlah masa 5 jam sahaja.

3. Peserta yang berjaya sahaja akan diberikan SIJIL KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM melalui aplikasi whatsapp. Sijil asal boleh dituntut di PEJABAT BAHAGIAN PENTADBIRANSYARIAH JHEAINS di alamat berikut :


Bahagian Pentadbiran Syariah, 
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),
Tingkat 10, Blok A, Wisma Muis


UPDATE : Untuk yang terkini, difahamkan tiada lagi kursus kahwin secara online. Kursus perlu dijalankan secara bersemuka sebab pandemik sudah berakhir.

Catat Ulasan

8Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. boleh share ni heheh sama kekawan yg ingin mndirikan rumahtangga

    BalasPadam
  2. Saya nak daftar kursus kahwin online

    BalasPadam
  3. Tak update link tu sejak bulan 12 tahun lepas..ada sesiapa tahu ke cara daftar online

    BalasPadam
    Balasan
    1. No fon tu masih aktif. Mmg no fon dr jheains sabah.

      Padam
  4. assalamualaikum.. tumpang tanya bila ada lagi kekosongan untuk kursus praperkahwinan bagi sesi 2021 ni ataupun sesi secara online utk kursus perkahwinan ni masih ada lagi kah? ..terima kasih sila maklumkan

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum wbt tumpang tanya .bila ada lagi kursus kahwin untuk sesi 2022 .

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !