التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Azam Baru Blogging 2020 [Part 2]

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH kerana masih diberikan kesempatan untuk mencoret di ruangan blog ini. Setelah beberapa minggu senyap dengan task blog akhirnya aku dapat mencuri sedikit masa untuk menulis di sini. 

Sejak Covid-19 melanda dunia, kehidupan kita berubah 360' darjah terus kan. Ada yang hilang punca pendapatan, diberhentikan, tidak dapat bercuti, tidak dapat pergi sekolah dan sebagainya. 

Walaupun kerajaan dah bagi kelonggaran sedikit tetapi semakin lama kes pun semakin meningkat juga dari 1 kepada 2 angka. Aku kalau boleh kan, tak nak lagi hadap PKP. 

Ya, aku blogger. Takda masalah buat kerja dari rumah tetapi aku juga buat bisnes kecil-kecilan di luar untuk menampung kos sara hidup diri dan belanja keluarga. Sekiranya PKP dikuatkuasakan kembali, sejujurnya sangat menjejaskan juga pendapatan sampingan aku. 

Malah ibu bapa aku sendiri tak dapat keluarga bekerja. So, kita pandai-pandailah ya jaga diri dan keluarga. Malas nak bebel panjang benda ni. Dah besar panjang kan. Ada akal fikiran yang sihat & waras untuk berfikir mana baik dan buruk.

Okay stop cerita pasal tu.


Aku sebenarnya nak kongsi dengan korang ni bahawa aku dah buat azam blogging yang baru untuk 2020 memandangkan azam aku dah tercapai pada pertengahan bulan Mei tahun ni.  Boleh baca Things I Must Do In 2020

Aku kena buat azam juga sebab susah gila takda azam. Hahaha

Aku rasa macam hura-hara hidup tiada matlamat ni. Dapat duit lebih melabur ke tempat yang tak berfaedah. So, nak tak nak kena buat juga supaya aku lebih fokus dan ada tujuan. Aku tak pastilah kalau orang lain. 

Azam Baru Blogging 2020 [Part 2]

1. Publish 200 entri Untuk Tahun 2020

Azam kali ini berbeza daripada sebelum ini. Dulu nak target 15 entri setiap bulan. Tapi tak juga tercapai sebab menulis pun ikut mood punya pasal kan. 

Jadi buat azam yang realistik sikit lah ikut kemampuan. Bila target 200 entri ini senang sebab bulan ni mungkin tak banyak nak post, tetapi manalah tau bulan depan ilham datang mencurah-curah kan. 

So, by the end of this year aku harap berjaya capai lah target ni. Nanti kita tengok macam mana. 

2. Target 200k Pageview Setiap Bulan di Google Analytics

Seperti yang korang sedia maklum, pageview di blog dan Google Analytics tak sama kan. Google analytics lagi tepat dan kebanyakkan klien pun minta statistik di GA saja. Alhamdulillah, so far aku berjaya capai 150k setiap bulan.

Aku tahu ada ramai lagi blogger yang hebat belaka. Cuma tak menunjuk. Aku pula memang tak sembunyi sangat benda macam ni sebab apabila aku buat azam yang jelas macam ni buat aku lagi bersemangat untuk menulis. 

Kadang-kala kalau nampak performance blog kawan yang hebat, aku rasa terinspirasi juga nak jadi macam mereka. Tak boleh dengki atau cemburu sebab kita tak tahu kan orang tu mungkin struggle gila nak naikkan pageviews ke. 

Aku cemburu juga. Tetapi cemburu dengan usaha dan kerajinan mereka. Dorang boleh, kenapa aku tak boleh buat kan? Kalau setakat tunggu pageview mencanak tanpa usaha memang ajaib tu. 

Apabila nampak kejayaan orang kita cuba belajar macam mana mereka boleh berjaya. Bukan kritik dan menjatuhkan ya. 

3. Capai 3.5 Juta Pageview

Bila target tinggi macam ni rasa meremang pun ada, takut nanti tak mampu. InsyaAllah kalau aku mampu kot sebab sebelum ni pernah juga target tinggi. Alhamdulillah tak sampai pun hujung tahun dah tercapai. So memang tak mustahil lah.

Bagi aku kunci untuk berjaya capai azam adalah 'Usaha, Tindakan, Konsisten & Doa'. Kalau setakat buat azam saja semua orang pun boleh buat. Jadi aku memang selalu cabar diri sendiri untuk buat macam ni. Siap tampal sticky note di laptop, dinding dan buku nota. Hahaha

Jadi hari-hari aku sentiasa nampak dan ingat. Bukan aku saja, semua orang dalam rumah kalau masuk bilik aku boleh baca apa azam aku. Haha~

4. Cashout Adsense 5 kali

Tahun ini aku nak target cashout adsense 5 kali. Sebenarnya apabila dah dapat adsense ini memang happy sangatlah. Tetapi kalau tak cuba kekalkan prestasi blog, sama juga tunggu 2 tahun baru dapat cashout. 

Apatah lagi yang memang fulltime blogger macam aku ni mestilah nak masuk gaji blog setiap bulan kan. Siapa lagi yang nak bagi duit kat aku. Tengok orang lain macam best je dapat payment setiap bulan kan. 

5. Dapatkan Job Menulis Setiap Bulan

Bagi aku nak dapatkan job menulis ini sangatlah mencabar. Selain berharap kepada adsense semata aku juga setiap bulan promote diri sendiri haha. Gigih benar mencari. Dalam sehari hantar email kat mana-mana brand sampai 3 -5 kali sehari.

Ada yang balas. Ada yang tak balas langsung. Ada yang bertanya. Macam-macam ragamlah. Haha Alhamdulillah, syukur sangat. Tahun ini aku dapat lebih dari 10 job menulis artikel. Kadang tulis review di blog sendiri. 

Ada juga menulis sebagai ghostwriter. Ada yang di upah untuk tulis di blog orang. Dan beberapa job lain seperti servis buat blog, pasangkan domain dan design template blog. 

Kesimpulan

Sejujurnya, jadi fulltime blogger berkali-kali ganda lagi penat berbanding kerja di luar. Apabila ada task kadang sampai tak ingat makan dan tidur. Syukurlah aku masih bujang. Kalau dah ada anak Ya Allah kasihan anak aku nanti tak dilayan.

That's why aku sangat respect dengan blogger yang dah berkahwin dan ada anak. Dahlah penat kerja di luar, sempat lagi update entri. Nak urus rumah dan anak lagi, MasyaAllah memang hebat sangat korang!


Alhamdulillah perjalanan hidup dan rezeki kita dah diatur oleh ALLAH dengan sangat cantik. Walaupun secara fizikal aku tidak sihat, aku bersyukur sangat kerana dikurniakan keluarga dan sahabat yang sangat memahami dengan kerjaya aku sekarang. 

Aku selalu minta restu ibu bapa apabila buat sesuatu perkara. Minta dipermudahkan apabila ada task. Adik-adik aku, abang aku, sepupu serta sahabat aku sangat supportive. Dorang faham betul lah kalau aku tetiba posing sendiri dalam bilik selfie dengan produk-produk hahaha~ Adik akulah selalu jadi sasaran photographer (upah KFC).

Tidak lupa juga dengan TEAM BITE MEDIA CONSULTANT yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat berkenaan blogging. Tak rugi join, ilmu yang sangat mahal dan tidak dapat dibeli dengan duit. Ada duit boleh habis, tetapi ada ilmu boleh gunakan untuk dapatkan income. 

Sekiranya korang berminat nak jadi ahli BITERS juga. Boleh dapatkan maklumat lanjut di :
Website : https://www.bitemediaconsultants.com
Facebook : Bite Media Consultants @bitewithyou
Email : bitemediaconsultants@gmail.com


Mana yang baik korang boleh jadikan teladan. Yang mana tak baik boleh komen untuk aku perbaiki. Yang tak suka dengan apa yang aku tulis pun boleh saja komen takda masalah. Pendapat setiap orang itu tidak sama, jadi aku memang hargai sangat. 

Semoga azam ini, bukan sekadar azam. Doakan aku supaya sentiasa diberikan ilham yang baik untuk terus berkongsi manfaat buat kalian semua. Aku tak minta banyak. Aku cuma minta supaya apa sahaja yang aku kongsi dapat bagi inspirasi untuk semua. 


تعليقات

  1. Hai kak nurul . Lama rabia tak singgah ke sini. Teruskan menulis blog ya dan harap dapat capai cita2 kak

    ردحذف
    الردود
    1. Terima kasih Rabia sbb rajin sgat blogwalking ..
      InsyaAllah Aaminn.. semoga dimurahkan rezeki buat Rabia juga ..

      حذف
  2. Aamin..begitulah harapan sy dlm dunia blogging tpi setakat ni buat secara suku time je hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Hehe.. Takpe cikguzim..
      Semoga dimurahkan rezeki, diberikan ilham dan dipermudahkan urusan.. Keep it up!

      حذف
  3. Semoga semua azam Nurul untuk tahun 2020 ni tercapai.

    ردحذف
    الردود
    1. InsyaAllah aaminn.. Semoga Jannah dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan dunia akhirat ^^

      حذف
  4. Semoga setiap impaian anda menjadi kenyataan :)

    ردحذف
  5. Hebat Nurul. Semoga terus success.

    ردحذف
    الردود
    1. Semuanya dengan Izin Allah.. terima kasih kak wawa.. semoga dimurahkan rezeki selalu

      حذف
  6. baguslah nurul ... k.azni pun terus bersemangat nak menulis lepas baca ni. hahaha skrg setakat 4 artikel je sebulan

    ردحذف
    الردود
    1. haha InsyaAllah kak azni pun boleh juga.. semoga dipermudahkan dan sukses dlm berblog juga ^^

      حذف
  7. Semoga azam tahun 2020 tercapai dan terus sukses..

    ردحذف
    الردود
    1. InsyaAllah.. Aaminn.. Terima kasih atas doanya.. semoga Allah murahkan rezeki buat Khairul juga..

      حذف
  8. الردود
    1. Alhamdulillah rezeki.. Thanks for always support sis!

      حذف
  9. الردود
    1. Terima kasih kak Sheila.. semoga dimurahkan rezeki buat akak juga..

      حذف
  10. الردود
    1. terima kasih Hawa.. keep it up as well sis.. semoga dimurahkan rezeki & sukses

      حذف
  11. wah..bukan senang ya nak jadi blogger...penat tu..

    apa2 pun all the best sis..
    jemput singgah! saya follow ya


    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html

    ردحذف
  12. laa..dah lama follow,,maybe saya yang banyak terlepas..hehe

    ردحذف
  13. Semoga banyak dapat job..dapat capai apa yang nurul azamkan tu.

    ردحذف
  14. Akk doakan segala Azam Nurul menjadi kenyataan. Dimurahkan rezeki & Diberikan kekuatan dan terus tabah menambah nilai insan lain melalui tulisan ajaib Nurul :)

    ردحذف
  15. Betul tu kak Diana.. terima kasih kerana sentiasa bagi kata-kata motivasi & semangat..

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...