التخطي إلى المحتوى الرئيسي

المشاركات

عرض المشاركات من يونيو, 2020

Innate Lactea Untuk Para Ibu Yang Ingin Menambah Susu Badan

Penyusuan ibu adalah suatu proses semulajadi. Penyusuan ibu dalam dua minggu yang pertama agak sukar khususnya buat para ibu yang baru pertama kali mendapatkan cahaya mata. Dalam penyusuan ibu setiap ibu harus berusaha dan berfikiran positif untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun. Dalam susu ibu terdapat banyak kandungan yang sangat baik bagi petumbesaran si anak. Terdapat beberapa masalah yang sering dialami oleh sesetengah ibu seperti bengkak payu dara, puting melecet dan kekurangan susu (tidak cukup susu).  Untuk memastikan bahawa bayi mendapat cukup susu, para ibu hendaklah memerhati tanda-tanda seperti : Bayi menyusu sekurang -kurangnya 8 kali dalam masa 24 jam. Corak penyusuan bayi berubah-ubah, ibu boleh mendengar atau melihat bayi menelan. Bayi mempunyai otot yang pejal dan kulit yang sihat. Bayi membuang air kecil sebanyak 6 kali atau lebih, air kecil berwarna kekuningan dan membuang air besar berwarna kekuningan 3 ke 8 kali dalam masa 24 jam. Berat...

Keputusan Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19 Gagal Lagi

Assalamualaikum Bismillah Ada yang curious dan balik-balik tanya macam mana dengan result temuduga aku hari tu. So, aku ingin mengumumkan bahawa keputusan temuduga aku pada tahun lalu adalah GAGAL. Semakan boleh dibuat di laman SPP. Aku dah kongsikan semuanya pada entri aku sebelum dari macam mahu memohon jawatan ini, persediaan temuduga, apa contoh soalan. So, aku harap pengalaman yang aku lalui ini sedikit sebanyak membantu korang.  Aku sangat bersyukur kerana dapat menjalani sesi temuduga ini sebanyak 2 kali. Cuma memang bukan rezeki aku untuk dapat pekerjaan ini. Dengan ini semakin jelaslah matlamat aku bahawa aku akan teruskan dengan kerjaya aku sebagai blogger sepenuh masa.  Baca Sini :  Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19 Memandangkan aku gagal sesi temuduga ini. Aku tak bolehlah kongsikan apa jawapan aku. Hehe~ Benda yang tidak membantu buat apa nak kongsi betul tak. Tahniah yang berjaya temuduga. Semoga dipermudahkan ...

Rindu Mahu Menulis Macam Dulu

Assalamualaikum Bismillah Aku rindu mahu menulis dari hati ke hati. Beberapa hari ini, bukan juga hari tapi minggu aku tiada update apa-apa kat blog. Tiba-tiba aku hilang semangat mahu menulis. Kalau nampak aku update pun just republish balik entri lama. Aku bukan takda idea. Idea tu banyak kat draf. Cuma entahlah, aku jadi rindu mahu menulis macam dulu. Being a fulltime blogger is hard. Blog nak kena update. Nak kena selalu tengok statistik. Nak kena kejar pageviews dan income. Bukannya tak boleh update macam dulu cuma entahlah. Aku tidak mahu menulis sebab income semata-mata.  Alhamdulillah. Bulan ini ALLAH murahkan rezeki buat aku. Pertama kali aku dapat hasil RM2000 lebih untuk bulan ini sahaja. Syukur sangat.  Kawan-kawan tanya macam mana aku boleh dapat hasil sampai macam tu? Aku tak buat apa-apa. Aku cuma menulis macam biasa juga. Dan kebanyakkan entri lama yang banyak membantu untuk kekalkan pageviews aku walaupun aku tak update blog bebe...

Cara Bayar PTPTN Dengan e-Wallet Touch n Go

Assalamualaikum Bismillah Pertama sekali kalau korang nak bayar pinjaman PTPTN melalui e-Wallet tak kisah lah Touch n Go ke ataupun Boost. Korang kena dapatkan Nombor Akaun PTPTN dahulu.  Cara Dapatkan Nombor Akaun Pinjaman PTPTN 1. Login PTPTN i-Online 2. Pilih PENYATA BAKI.   3. Klik  SEMAK NO PINJAMAN  (Rujuk gambar)  Dah dapat kan nnombor pinjaman PTPTN. Langkah seterusnya ialah korang login lah e-Wallet Touch n Go. Kalau nak bayar menggunakan Boost pun boleh juga. Sebab caranya sama sahaja yang penting no pinjaman ptptn korang dah tahu.  4. Sila pilih PAY BILLS untuk bayar PTPTN. (Rujuk gambar dibawah) 5. Klik PTPTN Ujrah. Aku kurang pasti PTPTN Konvensional nie macam mana. Tapi kalau aku biasanya pilih Ujrah ja.  6. Masukkan NO AKAUN (No pinjaman korang) dan AMAUN yang korang nak bayar. Aku bayar RM40 ja.  Baca Sini :  Cara Semak Baki Hutang PTPTN Secara Online ...

Resepi Bomboloni Nutella Sukatan Cawan

Assalamualaikum Bismillah Bahan-bahannya : 500 gmTepung gandum/high protein - pemilik resepi guna high protein 1 paket Yis mauripan (11gm) 1/2 sk Serbuk penaik 1 sudu makan majerin 1 Biji telur Gred B 3 sb makan gula 2 sb makan tepung Sedikit garam 1 cawan susu segar 1/2 cawan air Cara-cara penyediaan: 1. Campur kesemua bahan sekali termasuk yis. 2. Kalau korang uli guna tangan, uli selama 15 sehingga 20 minit. Jika menggunakan mixer, uli selama 10 minit. Uli sampai dia jadi elastik. Tak terlalu lembik. 3. Rehatkan adunan selama 30 minit. 4. Buang angin. Kemudian, bentukkan doh secara rounding. 5. Biarkan adunan naik kembang 2 kali ganda. Selepas itu, sudah boleh goreng menggunakan api sederhana. 6. Gaulkan donat yang telah digoreng tadi dengan snow sugar. Kemudian, susun donat tu. Snow sugar boleh dicari di kedai bakeri. 7. Gunting-gunting bahagian tengah atas ke dalam. Jangan sehingga tembus pula. 8. Akhir sekali, boleh leta...

HADIAH TERBAIK UNTUK BAYI BARU LAHIR DARI PREMIUM BAMBOO BABY GIFT & ESSENTIALS - RAPH & REMY

Assalamualaikum Bismillah Korang pernah tak nak beli hadiah untuk kawan atau saudara-mara yang baru melahirkan anak? Tetapi bingung tak tahu nak beli hadiah yang macam mana. Jangan risau, kini orang boleh tengok produk-produk baby keluaran Raph & Remy dengan personalized gift, nampak ekslusif dan istimewa gitu. RAPH & REMY merupakan laman web Personalised Premium Bamboo untuk Keperluan Bayi & Hadiah Bayi.  RAPH & REMY dari Singapura ini merupakan laman web yang memberikan perkhidmatan menjual produk barangan bayi berupa personalised gift. Setiap barangan yang dijual, kita boleh meletakkan nama bayi di atas hadiah tersebut. Kebanyakan material sangat esklusif, kemas, warna pastel yang menarik dan lembut. Jom tengok apa yang menarik!  Personalised Baby Gifts Organic Bamboo Baby Blanket Hadiah yang selalu menjadi pilihan untuk bayi yang baru lahir ialah selimut. Pemilihan bahan yang sesuai untuk selimut ini sangat penting kerana k...

Printcious Melancarkan T-shirt Terbaru & Unik Untuk Menyokong Pencegahan COVID-19

Assalamualaikum Bismillah Pernah dengar tak PRINTCIOUS? Yang mana tak tahu lagi, Printcious ini ada menjual pelbagai jenis hadiah seperti T-shirt, tote bag, canvas, keychain, cushion, mug dan lain-lain lagi yang korang nak pilih untuk dihadiahkan kepada orang tersayang.   Siapa yang berminat dengan custom made gift, Printcious ini adalah pilihan terbaik untuk korang design hadiah sendiri. Ini bukan sekali tau aku tempah hadiah di printcious, dah 2 kali Cuma belum pernah update kat blog je. Harga serta barangan yang ditawarkan pun berpatutan, mampu milik dan berkualiti. Printcious Melancarkan T-shirt Terbaru & Unik Untuk Menyokong Pencegahan COVID-19 Kalau nak tahu bulan Jun ini adalah hari istimewa buat aku sebab tak lama lagi birthday girl dah tiba. Jadi, aku pun cubalah cuci mata di Printcious untuk tengok hadiah. Rupa-rupanya Printcious telah melancarkan T-shirt terbaru & unik untuk menyokong pencegahan COVID-19. Memang terbaiklah! Kalau nak...

Cara Memohon Skim Perumahan Belia Untuk Beli Rumah Pertama

Assalamualaikum Bismillah BSN MyHome (Skim Perumahan Belia) Siapa di sini yang bujang ataupun baru berkahwin tetapi ada angan-angan nak beli rumah sendiri? Ada berita baik untuk golongan belia yang berumur antara 21 - 45 tahun korang boleh  memohon BSN MyHome iaitu Skim Perumahan Belia Skim ini adalah untuk membantu golongan belia yang masih bujang (macam aku) ataupun sudah berkahwin memiliki rumah pertama dengan mudah. Yang menariknya,  kerajaan akan memberi abntuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan  yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual. Siapa yang layak memohon BSN MyHome ini? Antara syarat-syarat kelayakan untuk memohon : Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 45 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan). Bujang atau telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,0...