Cara Dapatkan Bank Statement CIMB Bank Melalui CIMBClicks (Updated 2021)

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku kongsi Cara Dapatkan Bank Statement CIMB Bank melalui CIMBClicks. Penyata bank lain aku tak tahu. Aku dapat idea nak tulis pasal ini sebab salah satu senarai dokumen untuk Daftar i-Akaun KWSP memerlukan bank statement. 


Setahu aku untuk dapatkan bank statement korang dikehendaki untuk pergi ke bank dan meminta pihak bank korang untuk print bank statement tersebut untuk 3 bulan atau 6 bulan. 

Tetapi sekarang semua urusan semudah dihujung jari sahaja. Yang penting rajin google lah. Macam tak biasa kan. 

Cara Dapatkan Bank Statement CIMB Bank Melalui CIMBClicks

1. Korang login CIMBClicks macam biasa. 

2. Seterusnya klik SERVICES seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. 


3. Seterusnya klik VIEW STATEMENT untuk lihat penyata bank. 

Cara Dapatkan Bank Statement CIMB Bank Melalui CIMBClicks (Updated 2021)

Untuk menghentikan penyata bank ke alamat rumah boleh klik pada STOP/RESUME PAPER STATEMENT. Dan untuk menghentikan penyata bank melalui email pula klik pada EMAIL STATEMENT DELIVERY.

4. Setelah itu, pada bahagian View eStatement, korang klik Deposit, Loan/Financing, Investment.


5. Boleh pilih korang nak eStatement cimb bulan ke berapa. Contohnya macam aku pilih untuk bulan September 2021. 


6. Untuk download penyata bank korang hendaklah menggunakan laptop ya. Bukan menggunakan apps cimb clicks tu. Dan pastikan korang mempunyai Adobe Reader Software untuk view penyata bank cimb.
contoh bank statement cimb

Contoh Penyata Bank Cimb Bank (Bank Statement)


Zaman sekarang segala urusan berkenaan transaksi, pendaftaran mahupun permohonan kebanyakkan secara online. Nak tak nak kena belajar jugalah. Apatah lagi apabila dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini, lagilah tak dapat nak keluar. 

Macam-macam korang boleh buat dengan CIMBClicks nak bayar bil elektrik pun boleh. Aku ada kongsi di entry sebelum ini. 

Semoga info ini memberi manfaat dan membantu korang.


UPDATE :
  • Maaf hanya ada download dalam bentuk PDF sahaja. (Excel takda)
  • Tutorial ini dibuat di laptop/computer.