التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Cara Dapatkan 1USD Adsense Setiap Hari

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku nak kongsi sedikit pengalaman aku berkenaan Google Adsense. Ada banyak cara yang aku buat untuk tingkatkan pendapatan adsense setiap bulan. Ada yang berjaya, tidak kurang kurang ada yang tidak berjaya langsung. 

Cara Dapatkan 1USD Adsense Setiap Hari

1. Trafik Tinggi Punca Pendapatan Adsense Tinggi

Trafik blog yang tinggi sangat membantu meningkatkan pendapatan adsense. Ini adalah pengalaman aku sendiri. Aku perasan semakin tinggi pageviews probability untuk earning adsense kita meningkat juga semakin tinggi. Mula-mula tu memang tak perasan pun. Daripada sen sahaja lama-lama korang akan dapat 1~3 USD setiap hari. Yang penting rajin update blog. 

2. Niche Blog

Berbanding blog personal, blog yang mempunyai niche tertentu lebih berpeluang untuk mendapat earning yang tinggi dalam adsense kerana kandungan niche blog lebih berfokus. Kalau macam blog aku ini memang blog rojak. Kejap cerita pasal tips, reviews, blogging dan macam-macam lagi.

Kalau yang blog personal mostly bergantung dengan trafik dan kandungan artikel yang kita tulis. Jadi rajin-rajinlah menulis entri yang gempak dan ada kemampuan untuk berada di halaman pertama enjin carian google. 

3. Google Adsense Auto Ads

Cuba gunakan Auto Ads kerana adsense sendiri yang akan tentukan dimanakah yang paling sesuai sesuatu iklan itu dipaparkan di blog korang. Kedudukan iklan yang betul akan memudahkan pembaca untuk klik iklan kita. Selain itu, kandungan artikel kita juga mempengaruhi jenis iklan yang akan dipaparkan. 



4. Template Yang Mesra Mobile

Sebaik-baiknya korang pasang template blog yang mesra mobile. Pembaca sekarang mengakses sesuatu maklumat mostly daripada handphone. Sekarang yang pakai PC atau laptop pun kebanyakkan pelajar sahaja. Jadi pastikan template blog korang yang mesra mobile ya. 

Tutorial Cara Pasang Template Mesra Mobile 


 Simple saja nak buat. 

5. Jangan Letak Iklan Sesuka Hati

Please kalau boleh letak iklan tersebut biarlah sedap mata memandang. Jangan letak iklan banyak sangat. Elakkan menggunakan iklan yang berbentuk pop-up kerana ia sangat mengganggu pembaca. Dan kalau boleh biarlah iklan tersebut tidak menutup kandungan blog kita. Kalau macam bingung tak tahu nak letak iklan tu macam mana. Just guna je auto ads. Simple as that. 

Selepas aku buat tips di atas ada peningkatan sedikit earning adsense aku.. Alhamdulillah..

Aku pun try and error juga google adsense ini. Ada orang tak suka letak iklan. Ada orang suka. Terpulang dengan diri sendiri. Macam aku yang kerja sebagai fulltime blogger ini memang perlu sangat income melalui adsense. 

Jadi kalau ada pembaca yang lari dari blog ini disebabkan iklan nak buat macam mana kan. haha~


تعليقات

  1. menarik. kaella punya adsense pun segan silu je nak naik huhuh

    ردحذف
  2. bestnya dah dapat.. doakan Aien pulak dapat Adsense ni. ^^

    ردحذف
    الردود
    1. InsyaAllah semoga d'murahkan rezeki adsense utk Aien.. Nti sy singgah..

      حذف
  3. blh try.. kene kerah otak cr idea utk update blog..
    skrg blog sy mcm suram je..
    ptotla earning xnaik.. haha

    ردحذف
    الردود
    1. Haha yea.. Sy pun berabis juga perah idea nak tulis apa..

      حذف
  4. Huiyoo bestnya earnings in usd masyukkkk, alhamdulillah rezeki!

    ردحذف
  5. terima kasih. nak cuba jugalah. setakat ni pendapatan dok kat 0.05 je. huhuhu

    ردحذف
  6. Nice tips Cik. Kerenlah earningnya terus meningkat

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah.. rezeki..
      semoga dimurahkan rezeki juga buat blogger yg lain :)

      حذف
  7. i already give up dgn google ads hahahhaa

    ردحذف
  8. Lagi satu blogger sesama-sama blogger bila nampak iklan masa blog walking tu jangan kedekut klik iklan. Lets support each other.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu.. sambil blogwalking boleh klik iklan kengkawan juga..

      حذف
  9. uishh best tgok earning sis naik, thanks for sharing the tips..

    ردحذف
  10. Ajar bah macam mana mau dapat adsense tu..

    ردحذف
    الردود
    1. Boleh cuba daftar adsense di dashboard blog bahagian earning Elly..

      حذف
  11. tahniah, suka tengok pencapaian blog sis

    ردحذف
  12. Tengah berusaha keras nak naikkan trafik blog. Hopefully adsense naiklah lepas ni. Hehe

    Syaza | www.syazaraihanah.com

    ردحذف
    الردود
    1. InsyaAllah, smoga d'murahkan rezeki. Nti sy singgah support adsense 😘

      حذف
  13. Lama sudah saya tidak akti blogging, sekarang baru mau up balik semangat...apapun, blogging memang favourite kepada blogger yang suka menulis dan berkarya!

    ردحذف
  14. Alhamdulillah, terima kasih berkongsi tips ni Nurul. Bermanfaat untuk Ruby. Tadi Ruby google2, jumpa entry ni kat blog nurul.

    Masih baru lagi dunia google ads ni. Hahaha. Ayat skema macam budak sekolah.

    Bestnya tengok earning Nurul tiap hari 💰💰💰🥰🥰

    Kalau $3 sehari, sebulan lebih sikit, dah boleh cashout. Syoknyaaaa.

    Ruby paling tinggi pernah dapat $1 lebih sehari. Belum pernah cecah $2 laa.

    ردحذف
    الردود
    1. Ruby lah tu tulis ayat skema. Kiki. Done klik juga ads sini

      حذف
    2. Haha terima kasih Ruby.. Semoga d'murahkan rezeki selalu..

      حذف
  15. Sekarang ni adsense akan pilih based on niche blog.. artikel apa yg boleh diorang paparkan lebih iklan,,,

    ردحذف
  16. tq for sharing.
    aida br sekali withdraw adsense.
    alhamdulillah.
    trying hard utk withdraw kali kedua ni :)

    ردحذف
  17. kita pun niche carca marba haha.
    nak kena buat blog baru nie :/

    ردحذف
  18. Info berguna nurul.baru nak bljr ni..Rasa payah juga ya..semoga murah rezeki slalu

    ردحذف
  19. Alhamdulillah.. seronoknya tengok Beringgis ringgit USD sehari. Tahniah tau..

    ردحذف
  20. semangat bila tengok blog lain dah semakin meningkat. harapnya dapat lakukan benda yang sama. Tahniah tau 😊

    ردحذف
  21. Terima kasih perkongsian blh dimanfaatkan...

    ردحذف
  22. Terima kasih diatas perkongsian sangat2 bermanfaat

    ردحذف
  23. Adsense ini bagus untuk jana pendapatan sebagai nilai dalam ringgit lebih tinggi.

    Jika kita ikhlas menulis konten berkualiti, iklan yang bersesuaian, insyAllah akan dapat traffic yang tinggi.

    ردحذف
  24. Terima kasih di atas perkongsian ini.... salam kenal....

    ردحذف
  25. tqq atas share nya. nak share jugak lah tips ni di blog hehe.

    ردحذف
  26. Hebatnya Nurul. Terima kasih berkongsi.

    ردحذف
  27. singgah.. btw, jemput join segmen kita.

    ردحذف
  28. Terima kasih atas tipsnya. Sedang usaha banyakkan content.

    ردحذف
  29. Bestnya.. Tahniah Nurul.. bilalah agaknya blog kak net nak cecah 1 dollar sehari tu.. dok sen sen saja.. hahaha

    ردحذف
  30. hai guys. salam dari sabah. ini sedikit tips untuk korang. kalau nak lebih 1usd setiap hari. fokuskan 1niche untuk blog anda. kalau blog mengenai memasak. memasak la u olzz tulis. kenapa??? sebab ini pengalaman aku 2 3 tahun lalu. setiap hari rajin update blog tetapi atrikel tak ketentuan. sekijap review sekijap tips sekijap lagi mengenai lifestyle. lalu? kesan yang saya dapat. saya boleh lihat penurunan pendapatan adsense saya. Dari situ la guyss. dulu.. boleh cecah 9usd. sekarang? 0.01usd je biarpun view tiap hari 1k lebih. hemm sedih guys. peringatan untuk saya dan korang semua. ok tq

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...