Powered by Blogger.

Cara Buat Ex Menyesal Tinggalkan Kita

Assalamualaikum
Bismillah

Aku sebenarnya dah lama nak kongsi tentang Cara Buat Ex Menyesal Tinggalkan Kita sebab selalu keywords ini yang keluar di blog aku. Jadi aku berbesar hati nak sharing pengalaman sendiri lah macam mana nak move on. 

Cara ini tidak semestinya berkesan untuk semua orang sebab proses untuk move on itu mengambil masa yang lama. Apatah lagi kalau hubungan itu dah bertahun-tahun. Kalau rasa tak sesuai boleh cari tips daripada orang lain. 



1. Jangan Hubungi


Biasanya apabila putus cinta ini kita rasa sedih sangat dan mencari sebab kenapa dia tinggalkan kita kan. So, we keep on calling, whatsapp, stalking, and begging. Tak boleh hidup tanpa dia. Dia sajalah yang kita sayang. Banyak memori yang kita bina bersama and so on. 

Jadi apa yang kita perlu buat? Jangan hubungi dia sama sekali. Buang contact dia. Dah dia nak putuskan hubungan kan. Dah dia tak sudi dengan kita. Buat apa diteruskan lagi hubungan dengan orang yang jelas dah buang kita? Move on sahaja lah. Any contact with him or her will hurt you even more. 

Kadang dia ingat apabila dia dah putuskan hubungan dengan kita dia rasa kita ini tak boleh hidup tanpa dia. Of course akan ambil masa untuk move on. Apatah lagi hubungan yang dah terbina bertahun. But you need to move forward and slowly forget it. 

Biar dia sendiri rasa menyesal. Kalau nak lagi cool, jawablah dengan penuh yakin "Dah lama saya tunggu peluang ni. Terima kasih banyak-banyak kerana telah memudahkan kerja saya."  Pasti dia akan sakit hati haha~

2. Jangan Jadikan Dirinya Sebagai Rakan


Sekiranya ada cebisan rasa sayang. Elakkan diri untuk berkawan dengan dia selepas break up. Sebab ia tidak akan berkesan. Ini adalah pengalaman aku sendiri. Apatah lagi kalau dah ada penganti. Kalau boleh janganlah contact lagi dengan ex dengan alasan "kami hanya berkawan sahaja". Ia akan merosakkan hubungan yang baru. 

Alasan untuk jadikan ex korang sebagai kawan akan menyukarkan diri sendiri untuk move on. Lagi-lagi kalau ex korang dah ada pengganti. Nanti diri sendiri yang akan sakit hati. 

3. Luangkan Lebih Banyak Masa Dengan Keluarga/Kawan


Kalau sebelum ini lebih banyak luangkan masa dengan kekasih. Apa kata luangkan masa dengan keluarga dan kawan-kawan. Kekasih boleh tukar ganti tetapi keluarga kita tiada siapa pun boleh ganti. Kalau sebelum ini asyik dating. Lepas break up tu cuba bercuti dengan keluarga ataupun kawan-kawan. 

Jangan duduk sendiri kerana ia akan menyebabkan anda teringat dengan kenangan lama. Luahkan dengan ibu bapa, adik-beradik mahupun kawan-kawan tentang kekecewaan yang dihadapi. Nikmatilah hidup sebagai seorang yang bergelar single dan bebas kerana tidak terikat dengan mana-mana hubungan. Apabila anda sihat dan bahagia ex pasti akan rasa menyesal haha~



4. Pulangkan Gambar/Hadiah 


Kalau boleh tak payahlah simpan benda yang boleh menyakitkan hati sendiri. Kita sedih dan meratapi hubungan yang tak pasti. Dia dah bahagia bersama orang lain. Pulangkan ja gambar atau hadiah yang ex pernah bagi. Jangan lupa selitkan sekali gambar lelaki kacak atau perempuan lawa. Pasti dia rasa menyesal sebab bukan dia sorang ja yang lelaki atau perempuan di dunia. Hehe~ 

5. Cuba Tampil Dengan Gaya Baru


Kalau sebelum ini anda seorang yang selekeh, cuba tampil lebih bergaya selepas putus hubungan. Pasti ex anda akan menyesal tinggalkan korang. Sebelum ini mungkin tak pernah bermekap, cuba belajar mekap. Tak payah lah mekap. 

Paling simple pun potong rambut ke, pakai baju yang tidak pernah korang dating dengan ex ke. Apabila kita ubah penampilan diri, ia akan membuatkan diri kita lebih berkeyakinan. Bagi yang muslim, gayakan penampilan yang menutup aurat ya. 

6. Remain Silent


Cara ini sangat berkesan dengan aku. Menyesal tau tinggalkan orang yang kita sayang. Sakit tu Tuhan ja yang tau. Syukurlah sebab masih disayang juga. When you just keep on silent. Tiada angin, tiada bunyi dia akan ingat bahawa kita telah kehilangan dia. 

Jadi sebaiknya biar dia fikir bahawa "kita telah kehilangan dia dan terima dengan hubungan yang diputuskan".  Let him or her experience the life without you. If it meant to be, pasti dia akan menyesal dan cari balik. 

Apabila korang hanya senyap, pasti ex akan fikir yang kita ini sebenarnya tidak peduli pun pasal dia dah. Biar dia tahu bahawa kita boleh hidup tanpa ex. 



7. Just Accept The Breakup And Move on


Terima sahaja kenyataan bahawa anda mungkin tiada jodoh dengan dia. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mula-mula memanglah payah. Aku pun dulu hari ini putus bukannya besok dah move on. Biar ex korang tahu bahawa anda telah cukup matang dan kuat untuk hadapi perkara seperti ini. 


11 comments:

  1. Alamakkk..sedihnyaaa...haihh..
    Saya otw la nih...setahun pun Tak cukup lagi nak move on nih ...adoiii..mesti terstalk n so on

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. tak pernah menyesal dengan aturan Allah yang tak menjodohkan saya dengan Ex. Saya anggap kami takde jodoh kerana aturan jodoh kami dengan pasangan lain. Alhamdulillah takde dendam mungkin sebab masa tu dah cukup matang. Sentiasa doakan yang terbaik untuk dia kerana dia pernah menjadi seseorang yang pernah kita sayang/menyayangi kita.

    ReplyDelete
  3. hehe kalo kita kawan dengan dia lepas broke up pun elok gak. biar dia tahuuu hellooo x terkesan pun k kita putuih..

    ReplyDelete
  4. ha yang umur2 balasan tahun tu masuk U dulu ya dek.usah becinta time sekolah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha xD
      Betul sgat tu... tak payah nak bercinta awal2 kan lagi bagus ..
      Jadi takda lah nak patah hati bagai..

      Delete
  5. waalaikumussalam. zaman silam yg dah dilupakan. haha

    ReplyDelete
  6. pada zaman dahulu. haha. Sekarang dah move on dengan jayanya. Alhamdullilah

    ReplyDelete
  7. susah nak move on ni tapi itulah hati kena kental baru boleh move on dengan jayanya..hehe
    nice sharing :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  8. ohh ada lagi 2 point tertinggal..

    1. minta, doa pada Allah supaya jauhkan kita dengan si dia jika itu yang terbaik. minta tolong.

    2. cari kekasih baru! wakakakaka

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.