Tahun 2020, Permulaan yang Baik

7
Assalamualaikum
Bismillah

Apa khabar? Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk bernafas pada hari ini. Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk menaip lagi.

Rindunya dengan bunyi keyboard laptop. Rindu nak baca entri blogger lain. Rindu nak menulis di blog. 

Tahun 2020, Permulaan yang Baik

Alhamdulillah, sejak masuk tahun 2020 ini aku semakin sibuk. Haha~

Sibuk mengurus adik bongsu yang baru masuk Tadika. Dah masuk 3 hari aku hantar dan ambil adik aku ke sekolah. Hari ini baru aku ada peluang untuk rehat.

Walaupun jadual seharian agak padat dengan mengurus adik-adik, buat kerja di rumah dan juga bisnes kecil-kecilan, syukur kerana aku masih dapat menulis sehingga ke saat ini untuk berkongsi dengan kalian. 

Bagi aku Tahun 2020 ini merupakan permulaan yang baik buat aku.


Hari ini genap seminggu kita di tahun baru. Banyak sangat benda aku nak tulis dan cerita dengan korang. Mencurah-curah ilham datang tetapi kekangan masa untuk menaip.

Aku agak sedih juga sebab adsense masih tak dapat berfungsi selepas beli domain hari tu. Tak tahu macam mana nak selesaikan. 

Apapun kepada yang bekerja tu, selamat bekerja. Hati-hati semasa memandu. 

Yang sekolah tu, belajar baik-baik.

Yang di rumah pula, jaga diri juga baik-baik.

Di manapun korang berada aku doakan semoga Allah melindungi kalian semua. Aaminn~



Tags

Catat Ulasan

7Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Semoga permulaan yang baik ni berpanjangan sampai akhir tahun nanti

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan untuk segalanya...

    BalasPadam
  3. Dah setting kat AdSense new domain ? Rasanya blogger noormaizandotcom pernah tulis tutorial setting new domain kat AdSense.

    BalasPadam
  4. may 2020 be a better year for all of us. aamiin.

    BalasPadam
  5. Selamat tahun baru semoga 2020 menjanjikan 1000 kemanisan

    BalasPadam
  6. moga 2020 ni baik saje utk kita dan persekitaran kita, kan :)
    dunia makin mencabar.
    so, moga semua yg kita hadapi tiap hari dpt ditangani dgn elok elok jer.
    aida xde pasang azam pe pe serius.
    just berazam nak memasak kat rumah dgn lebih kebaboom.
    more dessert. more kuih melayu. more and more...
    anak makin besar, nurul. makan da byk. tak larat nak beli!
    kena buat sendiri dah semua nya :) ha ha ha ha ha...

    BalasPadam
  7. semoga baik - baik aje untuk tahun ni..
    masalah global, serangan virus sedikit sebanyak merencatkan permulaan 2020 huhu

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !