التخطي إلى المحتوى الرئيسي

المشاركات

عرض المشاركات من 2019

Things I Must Do In 2020

Assalamualaikum Bismillah Aku tidak mahu letak azam berat sangat. Jadi aku cuma fokuskan kepada dua perkara sahaja pada tahun 2020 : Kerjaya Sebagai Blogger Sepenuh Masa Sebenarnya aku sendiri tidak pasti sampai bila aku mahu menjadikan blogging ini sebagai kerjaya sepenuh masa. Aku cuma rasa bahawa blogging ini sesuatu yang dapat memberi kepuasan kepada aku.  Walaupun hasil yang diperoleh itu tidak besar, kadang lambat, ataupun makan bertahun tetapi once dapat hasil, ia memberi satu kepuasan bahawa apa yang aku buat itu sebenarnya tidak sia-sia.  Aku ada juga memohon jawatan dalam spp tetapi keputusan belum keluar. Sekiranya temuduga aku berjaya, aku terpaksa melepaskan jawatan blogger sepenuh masa ini kepada part-time blogger sahaja. Yang itu aku serahkan sepenuhnya kepada Allah untuk tentukan yang mana lebih baik untuk aku.  So, aku just assume sahajalah Tahun 2020 aku masih fulltime blogger.  Things I Must Do In 2020 as fulltime bl...

Blog Bertukar Domain | siinurul.com

Assalamualaikum Bismillah Pada bulan Februari yang lalu aku pernah kongsi tentang  Perlu Ke Tukar Domain Blog?   Masa ini memang aku agak dilema nak tukar atau tidak. Lagipun pageviews aku pun semakin meningkat jadi kalau tukar mungkin akan memberi kesan sedikit sebab berlaku perubahan url.  Tetapi itu bukan faktor aku tidak mahu tukar domain.  Masa tu aku masih terumbang-ambing lagi. Baru melepasi fasa konvo dan dalam proses mencari kerjaya yang sesuai. Jadi blog pun kejap update. Kejap menghilang. Aku belum bersedia untuk lebih komitmen dalam berblog. Jadi aku kuburkan saja hasrat untuk tukar domain walaupun aku tahu banyak kepentingan apabila menggunakan domain sendiri. Sii Nurul Kekal Dengan Blogspot Sejujurnya pada awal November aku membuat keputusan untuk kekal dengan blogspot. Aku memang dah fikir masak-masak dah masa tu. Siap tulis entri lagi cuma belum publish sahaja.  Tetapi itulah, kita hanya mampu merancang sa...

Resepi Brownies Kedut Simple Sukatan Cawan

Assalamualaikum Bismillah Kredit: Nora Syikin Bahan A : 1/2 cawan butter 1 cawan dark chocolate Beryl's Cara-caranya  1. Cairkan chocolate dengan kaedah double boiler. 2. Bila chocolate dah cair, masukkan butter dan kacau hingga cair. Biarkan suam. Bahan B : 1 cawan gula perang 1/2 cawan gula castor 2 biji telur Gred A Cara-caranya : 1. Pukul semua bahan hingga sebati. Dalam 3 minit. Kacau bagi sebati saja (tidak perlu hingga kembang) 2. Guna whisk atau senduk, tak perlu guna mixer Bahan C : 1 cawan tepung naik sendiri 2 sudu besar serbuk koko  Secubit garam  Ayak semua bahan Cara untuk satukan semua bahan : 1. Masukkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B. Kacau sebati guna whisk. Nanti akan jadi likat. 2. Kemudian masukkan bahan yang diayak tadi. Kacau sebati guna senduk. (Penting : Cuma kaup balik bagi sekata je, jangan terlebih kacau) 3. Sapukan butter pada loyang "8x8". Alas d...

Pencapaian Sepanjang Bergelar Blogger

Assalamualaikum Bismillah Setiap orang mengukur tahap pencapaian dalam berblog adalah berbeza. Ada yang menilai tahap pencapaian mereka dengan melihat jumlah pageviews setiap bulan ataupun tahun. Ada yang mengukur tahap pencapaian blog melalui pendapatan blog yang diperoleh setiap bulan.  Everyone defined success differently. Don't compare yourself to others or your blog to other blogs. Especially if your definition of success differs from others.  Itulah yang seperti aku katakan sebelum ini. Pencapaian aku sepanjang berblog tidak sama dengan orang yang dah berpuluh tahun dalam dunia blog.  Kalau kita nak bandingkan sesuatu kejayaan atau tahap pencapaian, jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Tetapi bandingkan diri kita sekarang dengan diri kita yang dulu.  Adakah semakin baik ataupun tiada perubahan langsung.  Pencapaian Sepanjang Bergelar Blogger 1. Pageviews dari ratus kepada ratus ribu Pencapaian pertama dalam berb...

Lirik Lagu Cinta Luar Biasa - Andmesh

Assalamualaikum Bismillah Lirik Lagu Cinta Luar Biasa - Andmesh Waktu pertama kali Kulihat dirimu hadir Rasa hati ini inginkan dirimu Hati tenang mendengar Suara indah menyapa  geloranya hati ini tak ku sangka Rasa ini tak tertahan Hati ini selalu untukmu Terimalah lagu ini dari orang biasa Tapi cintaku padamu luar biasa Aku tak punya bunga Aku tak punya harta Yang kupunya hanyalah hati yang setia tulus padamu Du... Du... Du... Hari hari berganti Kini cintapun hadir Melihatmu, memandangmu bagai bidadari Lentik indah matamu Manis senyum bibirmu Hitam panjang rambutmu anggung terikat Rasa ini tak tertahan Hati ini slalu untukmu Terimalah lagu ini Dari orang biasa Tapi cintaku padamu luar biasa Aku tak punya bunga Aku tak punya harta Yang kupunya hanyalah hati yang setia tulus padamuu. Ooooooo Terimalah lagu ini. Hmm... Dari orang biasa Terimalah lagu ini Dari orang biasa Tapi cinta ku padamu lu...

Punca Anak Susah Tidur Malam & Tips Agar Anak Mudah Tidur

Assalamualaikum Bismillah Ada beberapa sebab yang menyebabkan anak susah hendak tidur malam. Antaranya ialah : 1. Tidur itu membosankan Anak-anak merasakan bahawa aktiviti tidur adalah suatu perkara yang membosankan. Secara semula jadinya kanak-kanak suka bermain. Oleh itu, apabila ibu bapa menyuruh anak-anak untuk tidur, mereka mempunyai kesukaran untuk tidur kerana belum puas untuk bermain dan berasa bahawa tidur suatu yang boring.  2. Tidur bersendirian/berasingan dengan ibu bapa Ada ibu bapa yang biasakan anak-anak untuk tidur berasingan menyebabkan anak-anak sukar untuk tidur.  Biasanya orang barat mengamalkan budaya mengasingkan anak-anak daripada ibu bapa semasa tidur.  3. Bilik yang gelap Anak-anak biasanya tidak selesa tidur di dalam bilik yang terlalu gelap. Ibarat tiada elektrik kat rumah gitu. Ia membuatkan mereka berasa cemas terutama apabila tidur sendirian. 4. Tabiat membaca atau menonton sesuatu yang menakutkan Ibu bapa y...

Resepi Bebola Kentang Kegemaran Anak-Anak

Assalamualaikum Bismillah Percubaan pertama masak  Resepi Bebola Kentang , alhamdulillah menjadi. Hanya menggunakan 3 jenis bahan sahaja.  Bahan-Bahan : Kentang Tepung Jagung Garam Rebus kentang sampai empuk.   Toskan dan sejukkan sekejap. Setelah itu kupas kulit kentang. Lenyek kentang tersebut. Bubuh sedikit tepung jagung (aku just main agak-agak saja).  Dan tambah sedikit garam. Uli dengan tepung jagung sehingga menjadi doh.  Agak-agak dah tak melekit dekat tangan okaylah.  Bentukkan ikut suka dan goreng sehingga kemerahan.  Dah siap untuk dihidang. Tak payah cucuk pun okay je.  Nak ketak inti pun boleh. Nak tambah lobak atau sayur ke pun sedap juga.  Selamat Mencuba :)

12 Soalan Tentang Zaman Kanak-Kanak Anda

Assalamualaikum Bismillah 12 Soalan Tentang Zaman Kanak-Kanak Anda | Aku dapat soalan ini daripada blogger lama. Aku dah tak ingat blogger yang mana satu. Entri ini lama dah dalam draf, so aku pun takda idea nak tulis apa kan. Jom layan soalan zaman kanak-kanak aku.  1. Apa perasaan jadi kanak-kanak? Perasaan semasa jadi kanak-kanak tu memang seronok sangatlah sebab asyik ingat main ja memanjang. Aku ingat lagi dulu sekolah rendah aku jauh sangat. Biasalah sekolah kampung kan. Setiap hari aku tinggal dengan arwah nenek & atuk aku sebab rumah mereka dekat dengan sekolah. Hanya hujung minggu sahaja aku balik rumah mama bapa.  Budak-budak sekarang ada tak yang masih tinggal dengan nenek dan atuk mereka? Rasanya tak kot. Mungkin segelintir sahaja. Dibesarkan oleh arwah nenek dan atuk memang sangat berbeza. Tambahan pula dengan suasana kampung.  2. Time kecil dulu, permainan apa korang selalu main? Dulu hanya aku dan abang aku sahaja. Gap antara...

Dah Habis SPM? Lepas Ini Nak Sambung Mana....

Assalamualaikum Bismillah Sebelum ini aku pernah kongsi juga  Hala Tuju Selepas SPM tetapi entri itu lebih kepada pengalaman aku nak sambung mana selepas habis SPM. Jadi mungkin adik-adik lepasan SPM yang baca sedikit kecewa sebab masih tak tahu nak sambung mana kan. Aku pasti ramai yang bingung, keliru dan tak tahu kan. Cita-cita nak jadi guru tapi tak tahu nak sambung mana. Akhirnya, ramai yang salah pilih haluan selepas SPM. Akulah antara orang yang keliru nak sambung mana dulu.. Yang kebanyakkan orang tahu habis belajar saja sambung Tingkatan 6, Diploma atau Matrikulasi kan. So, kali ini aku berkongsi panduan nak sambung mana selepas habis SPM.  1. STPM (Tingkatan 6) Mesti dah ramai tahu pasal Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kan. Yang berminat bolehlah sambung ke Tingkatan 6. Aku pun dulu bekas pelajar Tingkatan 6 juga. Form 6 dah tak macam dulu, sebab Tingkatan 6 dah dikategorikan sebagai Pra-Universiti.  Peperiksaan pun ...

Tempat Makan Paling Sedap di Penang

Assalamualaikum Bismillah Sempena dengan cuti sekolah ini ada merancang nak pergi mana-mana tak? Banyak tempat menarik di Malaysia ini sampai tak tahu nak pilih destinasi percutian?  Sekiranya korang ingin bercuti di tempat yang mempunyai pasir putih beserta laut yang nyaman tetapi berkonsepkan bandar yang moden. Korang pasti tidak akan kecewa memilih Pulau Pinang.   Siapa rakyat Malaysia yang tak kenal Pulau Pinang? Salah satu negeri yang mempunyai lapangan terbang kedua yang tersibuk di Malaysia. Keunikan dari segi budaya, makanan, tempat bersejarah, reka bentuk bangunan yang ada di sini juga telah menjadikan Penang sebagai pusat pelancongan yang terkenal di dalam dan juga di luar negara. Dengan berbekalkan cheap Jetstar promo ticket , sesiapa pun boleh terbang ke Penang. Yang dari Sabah tu, jomlah bercuti di Penang.  Bah yang nak ke Penang lepas ni boleh dah mula survey untuk book cheap flights from Kuala Lumpur to Penang . Manalah tau da...