التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Things I Must Do In 2020

Assalamualaikum
Bismillah


Aku tidak mahu letak azam berat sangat. Jadi aku cuma fokuskan kepada dua perkara sahaja pada tahun 2020 :

Kerjaya Sebagai Blogger Sepenuh Masa

Sebenarnya aku sendiri tidak pasti sampai bila aku mahu menjadikan blogging ini sebagai kerjaya sepenuh masa. Aku cuma rasa bahawa blogging ini sesuatu yang dapat memberi kepuasan kepada aku. 

Walaupun hasil yang diperoleh itu tidak besar, kadang lambat, ataupun makan bertahun tetapi once dapat hasil, ia memberi satu kepuasan bahawa apa yang aku buat itu sebenarnya tidak sia-sia. 

Aku ada juga memohon jawatan dalam spp tetapi keputusan belum keluar. Sekiranya temuduga aku berjaya, aku terpaksa melepaskan jawatan blogger sepenuh masa ini kepada part-time blogger sahaja. Yang itu aku serahkan sepenuhnya kepada Allah untuk tentukan yang mana lebih baik untuk aku. 

So, aku just assume sahajalah Tahun 2020 aku masih fulltime blogger. Things I Must Do In 2020 as fulltime blogger :

1. Tulis 15 entri setiap bulan

Memandangkan azam ini tidak tercapai pada tahun 2019, jadi aku ingin tetapkan azam yang tak tercapai ini tahun 2020 pula. Menulis sekurang-kurangnya 15 entri setiap bulan itu bukannya mudah sebab blogger ini pun manusia biasa juga. Kadang kala mood bagai roller coaster sekejap naik dan turun. Semoga tahun 2020 ini aku dapat menulis dengan pengisian yang baik dan konsisten. 

2. Target 5000 pageviews di Google Analytics

Wow.. target yang agak tinggi juga sebenarnya. Alhamdulillah kalau di dashboard blogger tu dah capai target 4k - 5k pageviews setiap hari. Tetapi sebenarnya kalau di data Google Analytics memang tak sampai pun. Paling tinggi pun 2k - 3k pv. Jadi tahun 2020 ini aku mahu fokus UV dan PV di Google Analytics sahaja. 

3. 2 Juta Pageviews 

Tinggi sangat angan-angan tu haha~ Tetapi tidak mustahil kalau usaha. InsyaAllah tahun depan dah jadi jutawan pv walaupun tak kaya. Ada orang tak suka target susah-susah macam aku ni. Tak apa lah ikut kemampuan kan. Aku target sebab aku rasa mampu kot. InsyaAllah kalau takda halangan. Harap-harap bukan sekadar angan-angan saja lah kan. 

4. Cashout adsense 2 kali

Cewah~ Yang ini macam melampau pula nak target. Dah lah ada masalah nak review domain baru ini entah dapat balik adsense atau tak. Kalau adsense dapat berfungsi balik syukur alhamdulillah sangat. Tetapi memang serius lah ni nak target cashout 2 kali.

Aku rasa cukuplah itu saja. 

Berniaga Kecil-Kecilan

Perkara kedua yang aku nak fokuskan selain berblog adalah berniaga kecil-kecilan. Alhamdulillah, hasil daripada berblog adalah modal permulaan aku untuk berniaga. 

Itulah sumber pendapatan kedua aku selain berblog. Apa yang aku jual? 

Aku jual minyak wangi dan minyak angin di kampung. Kalau nak berniaga di area bandar ini memang susah sikit. Kena ada tempat, sewa lagi, ada yang perlu lesen perniagaan. Sebenarnya bukan tak boleh, tetapi modal belum cukup.

Alhamdulillah hasil berblog aku jadikan modal untuk berniaga. Aku just order barang kat shopee saja dan hantar kat kampung. Aku jual minyak wangi, keronsang, dan minyak angin. Bergantung dengan permintaan barang apa yang laku di kampung. Aku tak jual makanan sebab senang orang nak hutang. 

Salah satu sebab aku hantar barang ke kampung ialah kampung aku jauh di Pulau. Nak dapatkan kenderaan pun payah. Memerlukan tambang RM300 lebih sekali jalan. Biasalah kawasan pedalaman kan. Alhamdulillah setakat ini ada 2 buah kampung dah target untuk aku berniaga. 

Memang mengambil masa untuk barang habis. Kadang hampir 2 -3 bulan juga. Tetapi tidak apalah sebab orang kampung susah nak keluar kan. Habis sahaja jualan, aku boleh order barang lebih banyak. 

1. Sewa Vendor

Alhamdulillah rezeki daripada berniaga di kampung aku dapat sedikit modal untuk sewa vendor. Permulaan menjual di vendor ini memang risau jugalah. Takut tak laku, takut tak mampu nak bayar sewa vendor. Tetapi alhamdulillah 2 bulan aku sewa jualan aku semakin naik. 

Sekurang-kurangnya dengan berniaga di vendor aku dapat hasil setiap bulan walaupun tak banyak. InsyaAllah kalau takda halangan aku akan sewa vendor kedua lagi. 

2. Target Beli Freezer

Tahun 2020, aku target nak beli frezeer untuk hantar di kampung. Di kampung masih belum ada yang menjual ais atau minuman sejuk. Pakcik aku kat kampung tidak mempunyai sumber pendapatan kerana sakit teruk. 

Jadi aku berharap tahun 2020 ini aku dapat beli freezer dan hantar di kampung untuk mereka berniaga. Nampak macam susah tetapi tak mustahil. Insyaallah dengan duit adsense, hasil menjual di vendor aku pasti dapat beli. Ada 365 hari untuk aku kumpul duit. Haha

Doakanlah aku semoga apa yang aku inginkan menjadi kenyataan atau tercapai. Aku berharap dengan usaha kecil ini aku dapat bantu keluarga aku, orang kampung, mahupun masayarakat sekeliling. 

Semoga azam bukan sekadar azam. 



تعليقات

  1. Semoga tercapai apa yang dihajati untuk tahun 2020. Happy New Year!

    ردحذف
  2. mudah - mudahan semuanya tercapai.. terutama freezer tu..

    ردحذف
  3. Semoga dipermudahkan urusan Sii Nurul dan Nurul Aziz. Hehehe. Allah tahu mana yang terbaik untuk kita.

    ردحذف
    الردود
    1. InsyaALLAH.. Aamiinnn~
      Semoga dipermudahkan semuanya..

      حذف
  4. Happy New Year! Wish you all the best and I hope everything goes just like how you want it to be 😊

    Syaza | www.syazaraihanah.com

    ردحذف
    الردود
    1. Terima kasih Syaza .. Semoga Allah permudahkan juga buat Syaza ^^

      حذف
  5. Kak nuruk boleh tak explain pasal UV and PV kat google analytics?

    ردحذف
    الردود
    1. sy belum explain lagi kan kat blog UV & PV nie mcm mana.. InsyaAllah soon I will update about it..

      حذف
  6. Semoga sukses ya Nurul.
    Bagus tu berniaga, lagi2 bila Ada peluang mcm Nurul. Gunakan sebaiknya.

    ردحذف
    الردود
    1. Terima kasih Kak..
      semoga dipermudahkan juga buat Mrs Pip dan sekeluarga..AAmiinnn

      حذف
  7. الردود
    1. InsyaAllah.. Aaminnn...
      May Allah ease everything for us :)

      حذف
  8. waah! semoga akak berjaya capai semua target!! :D

    https://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ردحذف
  9. Amin..insha Allah.moga Allah permudahkan...sama2lah kita mencapai azam kita!

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...