Assalamualaikum
Bismillah
Percubaan pertama masak Resepi Bebola Kentang, alhamdulillah menjadi. Hanya menggunakan 3 jenis bahan sahaja.
Bahan-Bahan :
Kentang
Tepung Jagung
Garam
Rebus kentang sampai empuk.
Toskan dan sejukkan sekejap. Setelah itu kupas kulit kentang.
Lenyek kentang tersebut.
Bubuh sedikit tepung jagung (aku just main agak-agak saja).
Dan tambah sedikit garam.
Uli dengan tepung jagung sehingga menjadi doh.
Agak-agak dah tak melekit dekat tangan okaylah.
Bentukkan ikut suka dan goreng sehingga kemerahan.
Dah siap untuk dihidang. Tak payah cucuk pun okay je.
Nak ketak inti pun boleh. Nak tambah lobak atau sayur ke pun sedap juga.
Selamat Mencuba :)
boleh cuba nanti ni...
ردحذفHehe.. Cuba lah..
حذفMudahnya. Boleh cuba nanti. letak cheese lagilah sedap tu.
ردحذفYea.. Letak cheese pun sedap..
حذفSedapnya! Yummy! I love kentang
ردحذفHehe..
حذفwowww mudah je rupanyaaa! thanks for sharing this easyy recipe! boleh buat bekal kan? hehe
ردحذفYea.. bahan pun mudah.. Bole buat bekal haha
حذفwahh.. senang je ni.. bahan pun sikit je.. boleh try buat ni.. buat bekalan anak2 sekolah pun ok gak ni..
ردحذف