Assalamualaikum Bismillah Peti sejuk merupakan peralatan elektrik yang digunakan untuk menyimpan makanan dan minuman agar tahan lebih lama. Peti sejuk biasanya dikategorikan kepada tiga (3) ruang iaitu ruang pembeku (freezer), ruang penyejuk (chiller) dan ruang penyejuk kedua (second chiller). Tips Penjagaan Peti Sejuk 1. Jangan buka pintu peti sejuk terlalu lama kerana akan meningkatkan suhu bumi dan penggunaan elektrik. Udara panas akan masuk dan udara sejuk dari peti sejuk akan keluar dan menyebabkan suhu peti sejuk meningkat. 2. Pastikan muatan di dalam peti sejuk tidak terlalu berlebihan kerana ini boleh menghalang peredaran suhu sejuk ke segenap ruang. Penyimpanan makanan yang terlalu padat dalam peti sejuk akan menyebabkan udara sejuk tidak dapat beredar dengan baik untuk menyejukkan makanan. 3. Elakkan menyimpan terus makanan yang terlalu panas ke dalam peti sejuk. 4. Jangan menggunakan bekas kaca untuk menyimpan makanan. 5. Pastikan p...
I just love to write