Kisah Aku [Part 1]

12
Assalamualaikum
Bismillah

Sejak belakangan ini, aku dah jarang nak berkongsi cerita di blog. Nak cakap sibuk tidak juga. Cuma tak tahu nak mula dari mana. Semua benda aku rasa mahu share. Perasaan gembira, sedih, ketawa dan menangis aku. Aku suka bercerita dengan orang. Hari ini aku mahu cerita lagi.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan usia yang panjang untuk aku habiskan perjalanan sebagai seorang pelajar "degree". Walaupun pelbagai halangan yang mendatang, cabaran dan ujian. Aku bersyukur sangat-sangat kerana aku tidak sangka akan sampai ke tahap ini. 

Aku sebenarnya sudah berputus asa untuk sambung belajar sejak dapat keputusan SPM aku. Sebab yang pertama kerana keputusan aku yang tidak berapa baik. Walaupun sebenarnya lulus. Tetapi bagi aku tetap tidak memuaskan. Sebab yang kedua, keluarga tidak mampu nak tanggung persekolahan aku lagi. Kami ada ramai adik-beradik. Dan semuanya bersekolah pada masa itu. Aku kasihan dengan ibu bapa aku, that's whylah aku sanggup mengalah dan tidak mahu sambung belajar dah. 

Sebaik mana perancangan kita buat, ALLAH dah atur perjalanan hidup kita dengan cantik. ALLAH hantar Cikgu Addmaths aku, pujuk aku untuk sambung belajar ke Tingkatan 6. 

Dan tahun 2018 ini juga, cikgu aku telah meninggal dunia. Aku menangis apabila tahu tentang berita kematiannya akibat kanser. Aku rasa sedih sebab ada lagikah cikgu yang sanggup datang ke tempat kerja kau, pujuk supaya kau sambung belajar?

Kata-kata cikgu yang masih terpahat dihati aku :
"Nurul, cikgu mahu kamu sambung belajar. Cikgu tahu kamu ada potensi untuk melangkah lebih jauh. Sambunglah study dan ambil aliran yang kamu betul-betul minat dan kamu yakin boleh angkat."
Atas nasihat beliau aku sambung ke Tingkatan 6. Aku mula dengan ambil subjek di luar bidang aku masa SPM. Dulu aku ambil aliran sains dan akaun. Sejujurnya, aku rasa berat sangat subjek tu, tetapi aku gagahkan juga belajar walaupun kurang minat. Syukurnya aku mempunyai ramai kawan yang tidak lokek dengan ilmu. Sentiasa bagi nasihat dalam study. Dan mereka sangat memahami. Masuk tingkatan 6, aku ambil subjek Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Pengajian Am dan Bahasa Melayu.

Aku mengalami perubahan yang drastik sejak masuk Tingkatan 6. Mungkin sebab kawan-kawan masa SPM dah takda, semua benda aku belajar sendiri. Memandangkan aku sambung belajar tanpa restu keluarga. 

It's hard for me actually~ Tiada yang support aku masa Tingkatan 6. Tapi aku ada kawan-kawan dan cikgu yang memahami. Aku belajar sambil bekerja. Isnin hingga Jumaat aku sekolah, hujung minggu aku bekerja. 

Walaupun penat, I'm happy! Mulanya family aku tidak bersetuju aku sambung study, mungkin sebab utama adalah kewangan. Maybe, because they saw my effort~ Akhirnya, family aku dah boleh terima aku sambung study. Everyday I felt so hard back then.

Alhamdulillah, aku habis Tingkatan 6 dengan keputusan yang memuaskan walaupun tidak cemerlang. Aku menangis. You know what, feeling bila kita betul-betul study sampai tidak tidur malam. Actually, ia satu kepuasan buat aku.


After that, aku dapat peluang ke Negeri Sembilan for the first time in my life sebab dapat naik kapal terbang. Hahaha~ Aku ikut kursus Bahasa Inggeris selama 3 bulan. 

Walaupun family tidak setuju, tetapi aku pergi juga sebab bukan selalu dapat peluang macam tu. Pengalaman pergi ke negeri orang merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Banyak perkara yang aku pelajari. Budaya, makanan, dan ragam manusia yang berbilang bangsa. I want to travel again~ 

Tidak sampai sebulan aku di sana, aku dapat tawaran di Universiti Malaysia Sabah. Aku ambil bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, Fakulti Psikologi dan Pendidikan. 3 tahun di UMS, banyak perkara yang telah dipelajari, pengalaman suka dan duka aku dengan Geng Crazy Rival BFF aku~ Seronoknya waktu muda. 

Cepat betul masa berlalu. Sedihnya sebab zaman belajar dah habis.

Alhamdulillah. Thank Allah for all this blessing~
Tags

Catat Ulasan

12Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Anda memang cekal dan tabah, tahniah.. walau macamana pun, ayah ibu tetap menyokong dalam diam.. dengan berkat doa ayah ibu kamu pasti berjaya.... teruskan usaha...

    BalasPadam
  2. sedih kakak baca nurul,nak baca part 2 jagn malas2 tulis blog tau kakak nak baca part 2 pulak huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh haha.. Terima kasih kak.. InsyaAllah, sy nti sy update part 2

      Padam
  3. Alhamdulillah syukur alhamdulillah nurul :')

    BalasPadam
  4. yang kat negeri sembilan tu yang kolej dr hamzaid ke heheheh tahniah dah habis degree!

    BalasPadam
  5. Pengalaman yang mendewasakan dan mematangkan.. Setiap kesusahan yang dilalui akan menjadi satu memori yang tak dapat ditukar ganti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yea.. Pengalaman mmg m'matangkn diri kita..terima kasih..

      Padam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !