التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Belajar Daripada Kesilapan

Assalamualaikum
Bismillah

Ramai orang takut untuk silap. Silap dan salah kadang kala dipandang sebagai suatu yang amat negatif dalam kehidupan. 

Tetapi sebagai manusia, kita tidak mampu untuk mengelak daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. 

learn-from-mistakes

Tidak kira sehebat manapun persiapan yang dilakukan tetap akan wujud keadaan-keadaan di mana kita melakukan kesilapan.

Ramai yang takut berbuat salah atau silap kerana merasakan ada celoreng hitam dalam perjalanan hidup. Kadang kala kita perlu buka minda kita dan memandang kegagalan itu daripada sudut pandangan yang berbeza.

Kesalahan bukanlah tanda kegagalan, tetapi justeru merupakan sebahagian penting dari proses pembelajaran. 

Ada ketika kita berasa bahawa diri sudah cukup bersedia sampaikan tahap yang mungkin kita rasa sudah benar-benar memahami dalam melakukan sesuatu perkara. 

Misalnya seseorang berasakan bahawa dia sudah boleh memahami setiap chapter yang dipelajari dan menghafalnya. Bagi tugasan kerja, dia merasakan bahawa dia sudah mampu untuk melakukan apa sahaja tugas-tugas yang mendatang.

Namun, tiba-tiba kita melakukan kesilapan. Apa yang kita faham adalah tidak tepat. Apa yang kita sudah siap sedia rupanya tidak kena dengan apa yang diinginkan dalam sesuatu pekerjaan. 
  • Kita tersalah.
  • Kita gagal mendapat keputusan yang cemerlang.
  • Kita gagal dalam melakukan kerja yang terbaik.

Jikalau keimanan itu bersama kita, kita akan bersangka baik dengan Allah SWT. 

Kita akan melihat semula kesalahan itu.

  • Mengapa aku silap?
  • Di mana aku silap?
  • Bagaimana aku boleh tersilap?

Apabila kita bermuhasabah, kita akan belajar sesuatu yang baru. Pengalaman dan pengajaran yang baru. Sekiranya Allah SWT izin kita tidak silap maka tidak mungkin kita akan mempelajari hikmah tersebut.

Namun dengan kasih sayang Allah SWT, Allah SWT ingin kita melihat sesuatu. Sebab itu disilapkan kita. Tidakkah kita memerhatikan?

Firman Allah SWT: Wahai orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah setiap diri melihat dan memerhatikan (muhasabah) terhadap apa yang dia sediakan (daripada amalannya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Hasyr, Ayat 18)


تعليقات

  1. dalam hidup tak dapat lari dari melakukan kesilapan
    tetapi kesilapan menjadikan kita lebih berhati-hati dan peka di masa akan datang

    ردحذف
  2. kita ni manusia ,bukan malaikat so kalau ada kesilapan ke apa benda tu memang common yang penting terus baiki diri sendiri untuk jadi lebih baik

    ردحذف
  3. Kita sebagai seorang manusia di bumi Allah, memang tidak akan lari dari kesilpan. Tiada manusia yang sempurna. Cuma adakah kita ingin belajar dari kesilapan atau terus melakukannya. Tepuk dada tanya selera

    https://tarotthefool.blogspot.my/

    ردحذف
  4. Manusia memang tak lari dari kesilapan.
    Buat silap tak salah asalkan berani mengakuinya dan membuatkan kita lebih berhati-hati di masa hadapan.

    ردحذف
    الردود
    1. Yeaa .. buat salah & perbetulkan apa yg salah .. Tidak semestinya perlu betul saja kan .. hehe

      حذف
  5. dengan kesilapan lah kita boleh betulkan segala kekurangan :)

    ردحذف
  6. Kesilapan mendewasakan kita. :)

    ردحذف
  7. Aida setuju.
    Bila silap, kita sedar yg kita x sempurna.
    Bila silap, ada peluang blaja bebda baru.
    Bila silap, kita ingat Allah.

    ردحذف
  8. org yg tak mengaku kesilapan biasanya org yg tinggi ego, takleh terima sendiri seadanya

    ردحذف
  9. Padahal kita bisa menjadi lebih hebat kalau mau belajar dari kesalahan ❤️. Orang yg tak pernah mengakui kesalahan atau takut berbuat salah, tak akan pernah bisa berkembang

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...