التخطي إلى المحتوى الرئيسي

DIY Gambar Polaroid

Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya aku tak tahu dari mana datangnya idea nak memandai buat gambar polaroid sendiri ni. Haha~ But, who cares. Sebab lepas ni dah boleh cuci gambar sendiri. hehe


Aku tertanya-tanya juga sebenarnya macam mana nak print atau cuci gambar sendiri. Apa materials yang diperlukan untuk print gambar ini. Selepas minta tunjuk ajar daripada pakcik Google dan Youtube, akhirnya aku berjaya cuci gambar polaroid sendiri. 

Seriously, memang puas hatilah. Sebab kita sendiri yang tetapkan kualiti gambar yang macam mana, kertas photo yang macam mana kita mahu guna. No wonder lah ramai student yang cari pendapatan sampingan dengan ambil order sesiapa yang mau cuci gambar polaroid. 

Hari ini aku just share saja bahan-bahan yang digunakan untuk cuci gambar polaroid ni. Insya'Allah lain hari aku ajar step by step cara nak buat gambar polaroid nie ya. 


Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

Komputer
Printer
Glossy paper
Photoshop/Photo editor/Canva (untuk edit gambar)
Gunting

Part yang susah tue bila nak edit gambar. Haha~ Sebab aku tak tahu size polaroid nie yang macam mana. Memang ambil masa beberapa jam jugalah nak siapkan untuk pertama kali. Alhamdulillah, once dah siap tue kan memang puas hatilah. 


Glossy paper yang aku guna adalah 
Kodak (Photo glossy paper for Inkjet Prints). 

Korang boleh juga beli glossy paper jenama lain. Aku suggest beli online sebab lagi murah. Kalau cari kat kedai pula susah sikit. Tapi rasanya kat kedai-kedai komputer glossy paper ini mudah untuk didapati. Aku beli murah saja RM10.

Sekeping kertas boleh print gambar 5-6 keping. Tengok size gambar juga. Dari segi editing gambar pula aku guna CANVA. Sangat simple dan cepat. Yang nie kemudian aku share pada entry yang akan datang ya.


Baca : Cara Print Gambar Polaroid



تعليقات

  1. Hehehe Mai pun terjebak beli gambar polaroid ni haritu, haha.

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha tu lah.. rasa mcm nak bwat kerja part time bwat polaroid

      حذف
  2. Menarik ni nurul.
    Aida memang tgh planning nak print gambar tau.
    Emak abah dah bising, mana gambar cucu-cucu? ha ha ha...
    Nak anjurkan album fizikal in shaa Allah.

    ردحذف
  3. kaella pun lama dah fikir nak buat gambar polaroid ni, berguna sangat ciknurul bagi tips. nnt boleh survey glossy paper dekat online

    ردحذف
    الردود
    1. hehe thanks you~
      Happy kalau ia bermanfaat kepada semua :)

      حذف
  4. Part nak edit gambar tu yang tak berapa nak rajin.. kikiki

    ردحذف
  5. Waahhhh tak payah susah-susah beli polaroid. memang affordable untuk Najihah yang masih student ini huhu

    ردحذف
  6. Wahh boleh try lepas ni.. baru ja beli printer sendiri heheh

    ردحذف
  7. Rabia tak guna gambar polaroid. biasa cuci gmbr dkt kedai.rabia minta gmbr saiz gmbr tu 4R. Suka letak dalam album.kdg3.letak dlm frame.photobook famous jgk skrg kan.

    ردحذف
  8. dah lama rasanya tak cuci gmbr..one day i will..ehehe

    ردحذف
  9. الردود
    1. Kalau boleh pakai printer yang jenis inkjet sbbnya kualiti gambar lebih baik dari printer laser. . :D

      حذف
  10. nurul,nak tanya berapa saiz lebar dan panjang bagi ukuran satu polaroid ye...

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau sy ukuran tue sy ikut size ini ..
      https://i.pinimg.com/236x/68/c1/17/68c117369ac50fbc7e438e886e4c24cf--nap-times-polaroid.jpg

      حذف
  11. Nak tanya , kalau print tu , terus masuk kan kertas glossy paper ke ?

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...