Misi Mencari Tempat Praktikal | Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga

15
Assalamualaikum
Bismillah

As I mention before in my entry, I was so busy manage my internship placement. Calling sana sini, tanya itu ini. Hantar surat by email. Ada tempat yang nak kita hantar surat by manual. Lain lagi nak cari tempat yang sesuai dengan assignment for internship. Nak cari tempat yang dekat dengan rumah lagi memang sangatlah mencabar.


Hospital Queen Elizabeth II

Bagi pelajar yang mengambil Kursus Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga di UMS, you must choose the place for internship wisely because it will effect your grade for LP (Latihan Praktikum).

Selepas taklimat praktikal dijalankan bulan lepas, pelajar berebut mencari tempat praktikal kerana satu tempat hanya memuatkan 1 orang pelajar internship (Hanya pelajar psikologi kanak-kanak & keluarga sahaja). Seriously sangatlah susah nak cari tempat praktikal di bandar Kota Kinabalu ini. Tempat praktikal itu sangatlah banyak TETAPI mahu cari tempat yang menepati syarat itu sangatlah payah.

I'm writing this entry untuk panduan khusus kepada junior yang mengambil Kursus Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga di Universiti Malaysia Sabah. Hopefully dengan panduan ini sedikit sebanyak membantu korang untuk mencari tempat praktikal yang sesuai. Mungkin pada masa akan datang akan berlaku perubahan tetapi at least korang ada bayangan lah macam mana nak mengurus praktikal nanti.

Syarat Latihan Praktikum:
1. Bekerja minimum 5 jam sehari atau lebih.
2. Bekerja sekurang-kurangnya 5 hari dalam seminggu.
3. Tempat praktikal mempunyai 20 orang kanak-kanak atau lebih
4. Pemilihan tempat berdasarkan pilihan (Mini kajian, Kajian Kes, Menjalankan Program)



Pemilihan tempat berdasarkan pilihan (Mini kajian, Kajian Kes, Menjalankan Program) maksudnya, semasa menjalankan internship, korang bukan hanya bekerja gitu-gitu sahaja tau. Ada tugasan (task) yang perlu dibuat semasa praktikal. Tugasan korang berdasarkan 3 pilihan tersebut. 

Sekiranya korang pilih Mini Kajian, so pemilihan tempat praktikal itu mestilah sesuai dengan tugasan yang korang pilih di mana pelajar memerlukan ramai responden untuk menjalankan mini kajian (mengedarkan soal selidik) Sebagai contoh, sekiranya pelajar ingin membuat tugasan program, semasa menjalankan internship itu, pelajar dikehendaki untuk melaksanakan 3 program sebagai tugasan semasa praktikum. 

Dalam erti kata lain, korang bekerja seperti biasa tetapi dalam masa yang sama ada tugasan yang perlu diselesaikan. Thats why lah aku rasa sangat susah untuk mencari tempat yang sesuai untuk praktikal.

I'm not sure about others course, ada kursus yang tidak memerlukan syarat seperti di atas. Senior aku yang mengambil Kursus Perhutanan hanya perlu cari tempat yang sesuai dan kerja seperti biasa sahaja. Buat report thats all. Walaupun kursus yang aku ambil ini agak mencabar, tetapi aku anggap sahaja ini merupakan satu cabaran sebelum betul-betul berada di alam pekerjaan pada masa akan datang. 

Masa internship inilah kita kena betul-betul praktikkan apa yang dipelajari dan tunjukkan kemahiran yang kita ada. Bukan setakat praktikal then tunggu masa untuk graduate sahaja. Sekarang ini masih dalam pencarian mencari tempat praktikal yang sesuai. InsyaAllah semoga dipermudahkan. Doakan aku ya. 

Tags

Catat Ulasan

15Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. wah, dulu masa isi upu teringin nak ambil bidang psikologi, ada jugak apply UMS tapi bila mak check application, dia suruh tukar yang dekat sabah sarawak, taknak jauh katanya. And sebab tu jugaklah tak further psikologi TT

    may Allah ease your path !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Thes. Haha tidak apa. bukan rezeki nak belajar bidang ini bwat awak. Allah has a better plan :)

      Padam
  2. dah dpt kah tempat nya, nurul?
    moga dipermudahkan ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum dapat tempat lagi Adianiez huhu..
      InsyaAllah, amin~

      Padam
    2. salam akak. sy pelajar ha20 sesi 2018/2019. pada sesi 2020/2021 ini sy dah tahun 3. blh sy di mana akak menjalankan latihan praktikal ini?

      Padam
  3. assalamualaikum akak senior . semoga berjaya. so kak atika intern di mana skrg ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumsalam,, sy dah habis intern dik :)
      sebelum nie intern di Seri Mengasih Centre

      Padam
  4. Assalamualaikum,jadi sekarang sis dah dapat kerja tetap ke ?

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !