Patutkah Kerja Sambil Belajar?

22
Assalamualaikum
Bismillah

Dah lama tak melawat blog nie. Selepas kejadian yang tidak disangka berlaku minggu lepas aku rasa agak sedikit tekanan. Tambahan pula dengan kesihatan yang tidak berapa baik sejak belakangan ini sedikit sebanyak mengganggu fokus aku untuk belajar. 

Alhamdulillah, aku dah lepas presentation untuk Subjek Kaunseling Industri minggu nie walaupun persediaan agak kelam-kabut but still presentation aku mendapat pujian daripada pensyarah dan rakan-rakan. Hehe


Aku sebenarnya nak cerita kisah housemate lari part 2 sambungan entry lepas haha tapi nantilah. Tak pasal-pasal aku jadi mood swing tengah-tengah malam nie. So malam nie aku nak cerita sikit pasal kerja sambil belajar. 

Nak tanya siapa yang pernah kerja sambil belajar? Angkat kening ^^ hahaha Patutkah kerja sambil belajar?

Aku dah banyak pengalaman kerja sambilan masa cuti. Setiap kali cuti sekolah ja aku akan cuba cari kerja part time selama seminggu atau kadang sebulan bergantung dengan lamanya cuti sekolah. Aku mula berjinak-jinak dengan kerja sambilan nie semasa umur 14 tahun lagi (Tingkatan 2). Dan kali terakhir aku bekerja sebelum aku masuk ke Universiti Malaysia Sabah. 

Agaknya kalau nak apply job bolehkah masukkan pengalaman kerja sambilan tu? hahaha~

Mungkin ada yang hairan, awalnya kerja? Aku pun tak tahu apa yang mendorong aku untuk bekerja pada usia awal. Mungkin sebab ekononi keluarga yang tak seberapa. 

Lagipun parents aku tak kata banyak sangat kalau aku kerja. Asalkan tidak menggangu pelajaran. Dan aku tak susahkan keluarga untuk bagi belanja kat aku. Dan apabila aku bekerja, aku mula faham sebenarnya nak cari duit tu bukannya perkara yang mudah. Sejak dari tu aku dah mula segan nak minta family belikan macam-macam kat aku.

Walaupun aku dah banyak kali kerja part time. Aku cuma ada sekali saja pengalaman kerja sambil belajar. Itupun semasa aku di Tingkatan 6. Apa beza kerja part time dengan kerja sambil belajar? Kerja part time pada pandangan aku adalah seseorang yang bekerja dalam tempoh singkat. 

Manakala kerja sambil belajar pula ialah seseorang yang masih bergelar pelajar di sekolah ataupun penuntut di kolej mahupun universiti yang masih belajar namun bekerja dalam masa yang sama. Hmmm macam takda beza ja kan maksud tu.. Lupakan ja.

Berbalik kepada cerita pengalaman aku bekerja sambil belajar semasa di Tingkatan 6 tu pun secara tidak sengaja. Rezeki tak diduga. Seperti biasa semasa cuti sekolah, aku ambil peluang untuk mencari kerja, tetapi selepas habis cuti bos aku tu offer aku kerja sabtu dan ahad pula. Alhamdulillah, walaupun aku rasa agak sibuk dengan study Isnin sehingga Jumaat, hujung minggu pula sibuk kerja tetapi sedikit pun tidak menganggu fokus aku untuk belajar.

Salah satu manfaatnya apabila bekerja sambil belajar adalah kita kurang untuk menghabiskan masa untuk perkara yang tidak berfaedah. Bayangkanlah, weekdays korang ke kelas pada hujung minggu pula korang bekerja. 

Memang takda masa sangat nak fikir benda lain. Haha Kalau ada masa free pun aku pasti akan sibuk untuk siapkan tugasan supaya tidak bertangguh. Dalam kelas pula aku akan cuba berikan fokus yang sepenuhnya pada kuliah dan buat revision kejap.

Thats why lah masa aku Tingkatan 6 dulu, kawan aku tegur aku nie rajin sangat belajar dalam kelas. Hahaha Kadang kalau ada masa aku akan cuba siapkan homework pada hari itu juga. Sebab aku tahu apabila aku kat rumah aku memang tak ada masa pun nak layan homework semua tu, apatah lagi nak ulangkaji. Memandangkan aku kakak sulung jadi aku memang agak sibuk dengan urusan kat rumah. Lagi-lagi kalau ada adik-beradik yang ramai. Kecil-kecil pula tu. Hahaha

Ada orang dia tak boleh bekerja sambil belajar kerana susah nak bagi komitmen. Mana nak fokus belajar, mana lagi nak siapkan tugasan, kerja lagi. Jadi mungkin dia akan jadi serabut dan susah nak urus masa dengan baik. Terpulang dengan individu masing-masing sama ada nak bekerja atau tidak. Bagi aku memang agak penat dan stres sikit. 

Tetapi makin aku sibuk dengan belajar dan kerja aku akan kurangkan masa dengan perkara yang kurang bermanfaat. Dalam erti kata lain, aku manfaatkan masa 24 Jam itu dengan sebaik-baiknya. Kalau aku rasa bekerja itu menjejaskan pelajaran aku, then aku berhenti sajalah.

Sebab itulah sebelum nak bekerja sambil belajar kena fikir masak-masak. Kalau sebelum ini korang aktif dengan persatuan atau kelab, apabila dah mula kerja mungkin korang terpaksa kurangkan aktiviti kelab sedikit. Apapun dari kau saja bah tue (kata orang Sabah)

Akhir kata, mulai hujung minggu nie (Sabtu dan Ahad) aku dah mula bekerja di Shopping Mall 1Borneo berdekatan dengan UMS. Yup! Bekerja sambil belajar. Pada mulanya kawan aku ajak cari kerja part time. Aku just isi ja borang tu kononnya nak teman dia ja. Tak sangka pula rezeki aku yang dipanggil untuk bekerja. Kawan aku tu pula yang tak dapat huhu~

Lama dah aku tinggalkan zaman bekerja nie. Jadi ada jugalah rasa nervous nak bekerja lagi balik haha. Apapun thanks sebab sudi layan aku membebel tengah malam. 

Tags

Catat Ulasan

22Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Suami dah 4thn pjj.. mmg letih hari mggu kelas dri muar ke jb..klu kelas 2ari tdola dlm kereta kn.. dia kata pg2 mmg ramai je yg mandi..tula kita dgr pon sedih mesti penat skait badan tdor xselesa .tp percayalah itula yg akan senangkan kita pada masa depan. Kena banyak sabar n support each other.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tue Puan Ena. Insya'Allah susah2 dulu, senang kemudian. Semoga dipermudahkan semua urusan :)

      Padam
  2. Alhamdulillah rezeki tu nurul. xpa la ada rezeki yg lebih baik utk kawan nurul sorg tu, jga kesihatan tau. kalo kaka bkerja masa bljaar mmg xdpt nk carry. Suka baxca entry nurul, jga diri tau =)

    BalasPadam
  3. Belajar sambil bekerja tu xda masalah nurul.. yg penting jaga kesihatan tu.. jgn sampai sakit sudah.. sekali sekala bagi masa rest k.. ^^

    BalasPadam
  4. best keja part time kan nurul. kak syu dlu pon lps form 3, keja kejap time cuti skolah tu sbb nak beli hp. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha yeaa kak syu..biasanya niat nak kerja kononnya nak merasa pegang duit sendiri hahaha

      Padam
  5. Kalau kerja masa bljr kena pandai uruskan masa dan diri ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya'Allah CR .. Terima kasih atas nasihatnya..

      Padam
  6. My dad took his master while working and just seeing him having a hard time juggling time between work, study, and family looks hard so hats off to those who doing both.

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu~ He must be really tired right.. apapun pengalaman juga tue..

      Padam
  7. Sy pernah kerja sambil sekolah. Hehe.. Pagi sekolah, petang pergi kerja..Waktu cuti sekolah panjang , part time. Tapi dekat STPM resign. Nak fokus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestnyaa.. kerja part time best sbanarnya.. tp mmg kena pandai urus masa lah.. Alhamdulillah walaupun sy kerja sy still boleh fokus belajar..

      Padam
  8. Rabia sambung diploma pulak bulan 10 ni.doakan rabia ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya'Allah Rabia.. smoga d'permudahakan .. :D

      Padam
  9. depends juga, ada yg bole angkat, ada yg xdpt angkat bila kerja smbil bljar, klu xdpt bole part time time cuti sem, klu cm sha part time jual brgan online ja..cukup ringan dah tu haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha betul tue kak Sha.. bergantung dgn diri masing2 :D

      Padam
  10. Terima kasih sebab berkongsi pengalaman dan pendapat :)

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !