Dikuasakan oleh Blogger.

I Swear That Is The Rude Things They Did To Us!

Assalamualaikum
Bismillah

Hai bloggers sekalian. Semoga korang semua dalam jagaan ALLAH SWT. Senyum selalu dan jangan mood swing baca entry aku pula. Hehe~ Aku happy hari ini kerana disebabkan suatu peristiwalah maka tercetuslah idea untuk mengarang hari ini. Apa yang berlaku jadikanlah sebagai pedoman dan mana yang kurang baik itu buang jauh-jauh. Sesungguhnya yang baik itu hanya daripada ALLAH SWT. Yang buruk itu datangnya daripada kelemahan aku sendiri.

Google Image

Baiklah, mungkin ada yang tertanya-tanya apakah peristiwa yang telah berlaku? Bagi aku ini merupakan satu pengalaman hidup yang mana membuatkan aku berfikir untuk apa kita berbuat baik sekiranya kebaikan kita tidak dihargai? Menguji tahap kesabaran dan panas baran aku huhuhu~

Apa yang berlaku sebenarnya??

Sabar.... hehe..

Ini hanya sebuah kisah pelajar universiti. Yang tidak mendapat penempatan di dalam kolej kediaman dalam universiti. Sebelum itu, kalau korang berminat nak tahu tips bagaimana nak survive di luar kolej kediaman boleh baca 5 Tips Memilih Bilik/Rumah Sewa Untuk Pelajar Universiti

Kisahnya bermula apabila aku dan roommate sekarang tidak mendapat penempatan di dalam universiti. Dalam erti kata lain tinggal diluar universiti. Bagi aku tidak menjadi kejutan apabila tidak mendapat kolej kediaman kerana sebelum ini sudah setahun lebih aku tinggal menyewa. Alhamdulillah kami dapat sebuah bilik sewa dengan kadar sewa yang lebih murah berbanding sebelum ini dengan perabot yang lengkap seperti adanya tempat memasak, mesin basuh, meja belajar dan juga katil. 

Sebelum aku mula booking bilik itu, roommate aku whatsapp bertanya kalau ada lagi bilik sewa yang masih available sebab kawannya mahu juga menyewa. Alhamdulillah setelah membuat rundingan dengan tuan rumah akhirnya aku dapat booking dua bilik sewa sekaligus dengan kadar sewa sebanyak RM250 untuk bilik kami dan RM300 untuk bilik master room kawan kepada roommate aku. Setelah membuat perbincangan tentang sewa akhirnya kami semua bersetuju dan membayar sewa tersebut.

Memandangkan sewa master room lebih mahal. So aku pun cari lagi sorang kawan untuk mengisi kekosongan di bilik master room. Dengan ini mereka mempunyai 3 orang dalam 1 bilik dengan kadar sewa sebanyak RM100 untuk seorang. Mulanya agak payah juga nak cari orang tapi alhamdulillah ALLAH permudahkan segalanya.

Jeng jeng jeng.....

Masalah mula timbul apabila tiba masa untuk membayar deposit. 2 orang kawan kepada roommate aku hanya membayar separuh daripada deposit atas alasan tidak cukup kewangan walaupun PTPTN dah masuk masa tu. Mereka kata aku kena faham diri mereka sebagai seorang student. Di situlah terjadinya perselisihan faham antara aku dan mereka. Dan aku tak faham kenapa aku perlu faham mereka sebagai seorang student seolah-olah aku bukan pelajar seperti mereka.

Baiklah. Disebabkan tidak mahu masalah berlaku berpanjangan aku terpaksa terima sahaja duit deposit yang separuh dibayar itu. Dan pada hari yang sama aku terpaksa mengemis meminta dan memohon simpati untuk meminjam duit supaya dapat bayar sewa penuh pada hari tersebut. Seriously, aku rasa mereka berdua seperti tidak ada perasaan bertimbang rasa dan cuba memahami situasi aku pada ketika itu. Dah lah aku diberitahu yang mereka hanya dapat bayar separuh pada hari aku ingin membayar sewa. 

Pada saat kau memerlukan seseorang, pada masa itu jugalah kau akan mengenal kawan yang betul-betul setia pada saat kau susah. Alhamdulillah, bekas roommate semasa tahun 1 dia sanggup menghulurkan bantuan untuk meminjamkan aku duit pada hari tersebut. Aku terharu dan menangis apabila dia sanggup bantu tanpa aku menjelaskan keadaan aku pada masa itu. Katanya, "Aku tahu kau jarang pinjam duit melainkan terdesak". Alhamdulillah ALLAH temukan aku dengan seseorang yang sangat mengambil berat dan faham walaupun kami berlainan daerah. 

Settle bab sewa, aku anggap saja mereka berdua berhutang dengan aku. Dan mereka pun berjanji akan membayar hutang lebihan sewa pada akhir bulan nanti. Ku sangka masalah dah selesai rupanya satu masalah lagi timbul. Tanpa pengetahuan aku dan juga roommate aku rupanya mereka berdua memohon rayuan kolej kediaman di dalam universiti. Kami tidak akan tahu kalau aku punya kawan yang sebilik dengan mereka berdua bagitau aku. Dan yang lebih mengejutkan, hari ini mereka keluar daripada rumah itu, hari ini juga mereka bagitau aku. What the hell??

I don't know how I react at that time. But I swear that is the RUDE things they did to us!!

Mereka membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan kami. Dan paling mengecewakan mereka memberikan kunci original kepada penyewa baru tanpa meminta kebenaran kepada aku yang sepatutnya handle semua ini. OMG! How am I suppose to say to owner of the house if something bad happen?

Apabila aku minta nombor penyewa baru yang menggantikan tempat mereka, nak tahu apa reaksi dorang? Tak nak bagitau. Sehinggalah pada hari semalam aku berkeras dan mengugut kalau mereka tidak cuba untuk memberi kerjasama aku akan laporkan kepada tuan rumah dan datang sendiri ke kolej kediaman tersebut untuk ambil tindakan kerana melepaskan tanggungjawab macam tu saja. Ambil tindakan macam mana?Aku pun tak tahu huhuhu~ But at least dorang ada perasaan takut. After that barulah dorang bagi contact number penyewa baru tu.

Sekarang masalahnya, penyewa baru tu berjanji nak masuk esok katanya (esok yang tiada kesudahannya) sehinggalah pada hari aku menaip entry ini. Aku tidak nampak pun batang hidung penyewa baru itu. Ya Allah... Semoga apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Permudahkan segala urusan kami. Amiinn~

Baca dengan nada mendatar ya rakan-rakan sekalian.huhu~

Ini merupakan kisah benar dan kalau ada di antara korang yang mempunyai sikap tidak bertimbang rasa dan tidak bertanggungjawab. Aku mohon agar ALLAH berikan kegembiraan kepada korang kerana telah menyusahkan hidup orang lain. Semoga ALLAH membalas kebaikan dengan kebaikan.

18 ulasan:

  1. Allahu, teruknya perangai. Sampai hati depa buat awak macam tu :( be strong girl :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeaaa~ tak sangka sbnarnya dibuat mcm tue. Kita dah cuba tolong dorg pula bwat mcm tue :)

      Padam
  2. Ish bahayanya macam tu....Tak tahu adab ke.

    BalasPadam
  3. kesiannya.. xbaik buat mcmtu.. pentingkan diri.. tu belum lg kesah penyewa student pengotor..aduhai..lepasni lebih bhati2 ye.. kena lg tegas bab2 menyewa ni..lg2 perempuan senang je nak pijak kepala.. xrespect. please sabar n tabah hadapinya.. ni pengajaran..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah.. sy pun x tau apa salah sy sampai dorg sanggup lepas tgan mcm tue..
      Insya'Allah.. Thanks Puan Ena

      Padam
  4. bertabahlah Nurul..hidup ni memang tidak selalu indah, tapi tidak pula selalu sukar ... ada pasang surutnya... tinggal dgn orang lain ni mmg banyak cabaran. semoga dipermudahkan semuanya ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yea betul tue Mrs Pip huhu
      Insya'Allah smoga hati sado

      Padam
  5. geramnya kalau dpt housemate mcm ni,,sabar byk2 yaa

    BalasPadam
  6. OMG geramnya...rasa nak lepuk2 je diorang tu.

    BalasPadam
  7. ok, I yang baca pun mula rasa geram.. sabar ea..

    BalasPadam
  8. Akak geram sb napa dorg xbgtau kmurg yg stay serumah tu napa urusan direct terus dgn owner pula ? At least kasitau la ba roomate awal2 ka.. nda jua tkajut bgini.. aduii.. susa btl dpt roomate yg btl2 btggjawab

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yea kak,, susah nak cari org yg b'tanggjwb even kwn sndiri 😭😭😭

      Padam
  9. huhu.. selfish la sangatt! Padahal sama-sama student.. sabar je la...huhu...

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.