3 Perasaan Yang Akan Kau Rasa Bila Habis Cuti Semester

Assalamualaikum
Bismillah


Perkataan yang masyarakat kita paling suka adalah "CUTI". Tak kisahlah cuti apapun. Cuti musim perayaan, cuti sekolah, cuti hujung minggu asalkan "CUTI". Bagi siswa dan siswi pula of courselah "Cuti Semester" tu yang dinanti-nantikan.

Perasaan apabila berada di kampung halaman ataupun di rumah memang best tetapi paling tak best juga apabila kita terpaksa melangkah meninggalkan rumah ataupun kampung halaman. 

Ada 3 Perasaan Yang Akan Kau Rasa Bila Habis Cuti Semester

1. Kita rasa cuti cepat sangat habis

Yang ini setiap semester mesti akan terasa punyalah. Walaupun cuti semester 3 bulan pun tetap tak cukup. HAHAHA. Sebanyak manapun cuti yang diberi tetap tidak akan merasa puas duduk kat kampung ataupun di rumah. Masa berlalu terlalu pantas. Sedar tak sedar cuti pun dah habis.

Padahal di rumah tak buat apapun. Hahaha~ Sesiapa yang tak tahu nak buat apa time cuti tu bolehlah usha >>Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Cuti Semester<< Biasanya kalau kampung halaman yang jauh dari rumah tu memang tak puaslah. Lagi-lagi yang pelajar yang belajar kat negeri orang. Huhu~

2. Sedih sebab bukan hanya kampung yang ditinggal, tetapi ibu bapa juga

Sebenarnya bukannya rumah yang membuatkan kita berat hati nak tinggalkan kampung halaman. Tetapi ibu bapa dan juga adik-adik kat rumah tu yang kita rasa berat hati nak habiskan cuti. Sometimes, balik rumah pun sebab nak tatap ibu bapa je. Bercerita dengan adik-adik. Untunglah kalau rumah dekat dengan tempat kerja atau tempat belajar. Hari-hari boleh balik rumah.

3. Dah tak dapat rasa masakan ibu

Yang nie sebak tak terkata. Life at Universiti nie asyik maggi ja. Sekali sekala ja dapat makan sedap-sedap. Dengan harga makanan kat kafe yang mahal memang rindu teruslah masakan mak. Apapun aku bersyukur juga sebab tak tinggal kat hostel. At least aku boleh jimat dari segi makanan dan minuman sebab boleh masak sendiri kat rumah sewa. Kalau ada student yang akhir tahun tak dapat kediaman/hostel boleh ikuti >>5 Tips Memilih Bilik/Rumah Sewa Untuk Pelajar Universiti<<

Itu sajalah perkongsian perasaan bila habis cuti nie. Kalau ada sesiapa >>Terima Tawaran Ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) Walaupun Terpaksa<< Aku nak ucapkan tahniah dan selamat datang ke UMS.



16 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Kalau cuti memang cepat je habis kan. Kalau belajar pulak, rasa lamanya la hai. Hihi. Selamat kembali belajar ye Nurul :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yea Kak Siqah.. hahaha kalau dah masuk sem mesti ternanti2 bilalah nak cuti balik hahaha

      Padam
  2. Hihi bukan setakat cuti belajar jea, cuti untuk orang yang bekerja pun habis jugak..anyway selamat menyambung kembali pembelajaran Sii Nurul😉...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha betul tue.. kalau dah start keja mmg itu sajalah rutin hariannya. dgn menghadap trafik hari2.. huhu terima kasih kak shikin ^^ ~Selamat bekerja juga

      Padam
  3. Hihi bukan setakat cuti belajar jea, cuti untuk orang yang bekerja pun habis jugak..anyway selamat menyambung kembali pembelajaran Sii Nurul😉...

    BalasPadam
  4. Kalau cuti semesti ni diisi dengan sebaik yang mungkin memang rasa sekejap je habisnya .

    Jemput ke entri CCL
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2017/08/rezeki-top-commentor-blogger-shikin.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup betul tue.. lau manfaatkan masa time cuti mmg tak terasa ~

      Padam
  5. sejak masuk degree ni, cuti ke tak cuti rasa sama je. sebab still tak boleh balik. huhuhuhu
    enjoy ur moment sii nurul! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhu sedihnyaaa.. nie mesti stay jauh kan..
      Tak apa, Insya'Allah hopefully dipermudahkan Sofie utk balik :)

      Padam
  6. Hahaha tang no 1 tu memang. Penghujung cuti tu mula lah rasa macam tak sempat nak buat itu ini, rasa kejap je cuti padahaaal berbulan mereput kat rumah je. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhaha tue lah.. adehh..
      Cuti mmg tak pernah cukup haha xD

      Padam
  7. assalammualaikum =D lama xpegi sni sejak offline blog =D rindu blogwalking. btw semoga nurul sihat slalu amin ya rabb =D salam jumaat dan salam kemerdekaan =D gitewww

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Kak Jun.. haha yeaa.. lama akak nda update blog
      Tp x apa bhaa.. ada juga group Sabahan blog kan hehe~

      Padam
  8. Hai nurul... bila visit blog nurul, eh template baru ..lepas tu perasan mcm kenal ja siapa yg design blog ni ... bila scroll2 eh, betullah sishawa ...
    Yeah ... cute template ni kan, lebih friendly ..
    Kak pip pun guna template yg sama ...
    Mau bagitau nurul, kak pip tag nurul join segmen cikla ...
    Boleh baca entry kat sini ...
    http://www.mrspip.com/2017/09/segmen-bloglist-oktober-disember-2017.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.