Akhirnya Pulang Ke Kampung Halaman Setelah 12 Tahun

18
Assalamualaikum
Bismillah


Akhirnya Pulang Ke Kampung Halaman Setelah 12 Tahun duduk kat bandar di Kota Kinabalu, Sabah. Lamanya tak balik kampung. Kali terakhir balik semasa umur aku 10 tahun, darjah 4. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa tak balik kampung? 

Kampung bapa dan mama aku kat Pulau Balambangan, Kudat. Setelah arwah atuk meninggal dunia, nenek dan pakcik berhijrah ke Pulau Banggi, Kudat dorang bina rumah sendiri kat sana dan terus menetap di sana. 

Memandangkan mama dan bapa aku selepas kahwin saja terus menetap di bandar Kota Kinabalu, jadi kami tak pernah balik sekeluarga. Mama dan bapa tak pernah berpeluang untuk balik kampung kerana kekangan masa dan kewangan. 

Tambahan pula kami mempunyai adik-beradik yang ramai (8 orang), amat memerlukan bajet yang boleh tahan banyak juga. RM1000 tak cukup sekali balik. 

Sebenarnya aku rindu mahu balik kampung jumpa nenek. Kali terakhir jumpa pada tahun 2012, semasa kenduri arwah atuk. Aku ni mahu ja balik setiap tahun kalau boleh, tetapi bapa aku nie takut aku balik sendiri. Maklumlah anak perempuan sulung kesayangan kan. 

Kali ini aku berkeras sikit nak balik kampung, walaupun tidak diizinkan balik. Alasan sebab takda bajet, tetapi aku dalam diam kumpul bajet tambang sendiri. 

Terima kasih juga kepada para bloggers yang anjurkan giveaway. Alhamdulillah rezeki daripada giveaway tu lah yang buat belanja balik kampung. Semoga dimurahkan rezeki korang semua. Amin~~~

Apabila family tahu aku dah cukup bajet balik kampung sorang, dorang diam-diam saja. Ya! Aku dah nekad nak balik. 
Dear my grandmother, I apologize for not visiting after grandfather passed away. I'm so sorry for not bring along my siblings to see you. They are still studying. Mom and dad sometimes busy and don't have any holiday. My elder brother also worked. So, I'm the only one whom still on semester break and have a long holiday. I've been missing you so much! Aku dah cuci gambar family untuk tatapan bila rindu, termasuk gambar arwah atuk. I'm so sorry for neglecting you for so many years. I want to meet you but I just can't. That's why this year I force myself to meet you even though they might be angry at me. Don't worry this Wednesday I will go back hometown for the first time at Banggi Island. I'm looking forward to see your happy face. Cheers~ Don't cry and sad anymore💛Love from me

Semoga perjalanan ke kampung berjalan dengan lancar. Doakan aku ya :) 

Post ini dipublish agak lewat sedikit daripada tarikh aku balik kampung sebab aku mungkin tak bawa laptop ke sana. So aku dah setkan kepada auto publish.
Tags

Catat Ulasan

18Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Semoga selamat pergi dan selamat pulang..

    BalasPadam
  2. waaa.. rupanya sekampung kita di kudat.. Semoga selamat pergi dan pulang sis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haslina pun org Kudat juga? hahaha kecilnya dunia :)
      Terma kasih Haslina Kasbulah

      Padam
  3. lama jugakk tu awak. wahh. have a safe trip! kirim salam nenek awak ye. thanks tinggalkan link kat facebook uyul. dah masukkan awak dalam bloglist julai. jom laaa ke blog uyul.

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeaa lama dah.. haha ^^ terima kasih Uyul jap lgi sy tinggalkan jejak :)

      Padam
  4. SElamat sampai tujuan Nurul. Pasti seronok dapat balik kampung kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Jasmi Bakri.. Insya'Allah. Yup! Mmg best balik kampung haha xD

      Padam
  5. same goes to me dear, dari kcil xprnah balik kg arwah bapa, sdgkan kg tu area kk juga..apapun smoga dipermudahkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhu .. tak apa.. Insya'Allah dapat balik juga tue.. Terima kasih Sharina :D

      Padam
  6. Lama tu 12 tahun. Alhamdullilah diberi kesempatan untuk balik kampung tahun ni =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Siqah Hussin.. Mmg dah lama terigin nak balik.. Syukurlah dpat balik tahun nie

      Padam
  7. bagusnya simpan duit. tahniah and while you're there have lotta fun with your grandma okay!

    // afifahaddnan

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !