Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah, belum sampai seminggu entry tentang Blog Sii Nurul Skor SEO 100% aku dikejutkan lagi dengan email daripada Google Adsense bahawa permohonan Google Adsense telah diluluskan buat pertama kali. Yuhuuuu~ Sejak akhir-akhir ini banyak sangat menerima kejutan terutama berkaitan dengan blog. Apabila SEO blog mencecah 100% tu yang aku bersemangat mahu memohon adsense pula. Dulu aku pernah memohon tetapi masa tu Blog Sii Nurul ini belum wujud. Setelah aku menggunakan blog ini, aku berfikir agak lama juga untuk memohon adsense sebab nak memohon itu mudah saja tetapi untuk Google menerima permohonan kita itu agak payah sekali. Banyak tips yang aku baca daripada blogger lain dan aku cuba aplikasikan dalam blog sebelum aku memohon adsense. Malah aku sanggup menempah design blog baru daripada Mayy Jie supaya nampak lebih kemas. Thanks a lot to her~~ Muuaahh! I really inspire her and makes her blog as references in blogging. Selai...
I just love to write