Cara Buat Pengesahan Alamat Email SPA9 (Updated 2023)

0
Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Setelah 4 tahun, permohonan kali kedua untuk jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 telah melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh suruhanjaya.  

Aku pun bukalah laman web SPA9 untuk lihat status permohonan semasa. Kemudian, aku nampak alamat email yang didaftarkan di SPA9 perlu pengesahan dahulu. 

Cara Buat Pengesahan Alamat Email SPA9

Pengesahan Maklumat Akaun

Pengesahan pada seksyen di bawah diperlukan bagi membantu pihak pemohon; dan juga pihak SPA dalam menguruskan keselamatan akaun pemohon.

Oleh itu, semua pemohon wajib buat pengesahan email untuk memastikan permohonan jawatan yang dipohon terus diproses. 

Cara Buat Pengesahan Alamat Email SPA9 (Updated 2023)

Cara untuk membuat pengesahan alamat email SPA9 mudah sahaja. Ikuti perkongsian di bawah :

1. Login ke laman web SPA9 → https://spa9.spa.gov.my/login. Masukkan nombor kad pengenalan beserta kata laluan yang telah didaftarkan.

2.  Korang boleh terus klik PENGESAHAN EMEL seperti yang ditunjukkan dalam gambar. 

Cara Buat Pengesahan Alamat Email SPA9

3. Sekiranya pengesahan belum dibuat, korang akan nampak 'Tiada Pengesahan Dibuat'. Pastikan alamat email yang didaftarkan adalah betul. 

4. Seterusnya, korang klik Hantar Kod Baru ke Emel. Email pengesahan akan dihantar ke alamat email yang didaftarkan. Masukkan PIN yang korang terima di email dan SAHKAN. 

Cara Buat Pengesahan Alamat Email SPA9

5. Pengesahan email telah berjaya dibuat! Korang boleh lihat gambar di bawah contoh korang telah membuat pengesahan emel SPA9. 

Cara Buat Pengesahan Alamat Email SPA9

Untuk melihat status permohonan jawatan korang boleh klik pada bahagian Semakan Permohonan. 

Nota (Status Pemohonan Semasa) :
  • Jika terdapat urusan pengambilan sesuatu jawatan dijalankan, permohonan yang diterima sebelum tarikh tutup iklan/tapisan akan diproses.

  • Kekerapan pemohon mengemas kini permohonan SPA9 akan mengubah tarikh pendaftaran kepada tarikh terkini dan boleh menjejaskan urusan yang sedang dalam proses tapisan.

  • Status urusan bagi jawatan berkaitan akan dipaparkan di Bahagian ini setelah proses tapisan selesai dilaksanakan. (Contoh : Melepasi syarat-syarat semasa yang ditetapkan oleh suruhanjaya)

  • Bagi calon yang berstatus Calon Simpanan/Simpanan Lantikan, tempoh sah laku calon simpanan adalah selama satu (1) tahun dari tarikh kelulusan Suruhanjaya.

  • Rekod urusan dalam dua (2) tahun terakhir akan dipaparkan di Bahagian ini bagi jawatan yang dimohon dan telah diproses.
Cara Buat Pengesahan Alamat Email SPA9

Sebarang pertanyaan teknikal berhubung Sistem SPA9, sila layari Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPA (https://spa.spab.gov.my/)
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !