Cabaran Tahun Pertama Perkahwinan

5
Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Akhirnya genap setahun perkahwinan kami. Banyak suka dan duka telah kami lalui. Aku percaya untuk tahun hadapan lebih banyak cabaran yang kami akan lalui bersama. 

Perkahwinan sesuatu yang sangat indah bagi aku. Allah mengurniakan seseorang yang menemani kala suka dan duka. Yang sentiasa menyokong dan membimbing. Yang sentiasa mengingatkan diri untuk jadi lebih baik lagi.

Cabaran Tahun Pertama Perkahwinan

Tahun pertama perkahwinan memang banyak yang indah dan banyak juga cabaran dan dugaan. Lebih manis lagi apapun semua ujian-ujian itu dilalui bersama-sama dengan pasangan. 

Entri kali ini aku bukan nak bagi tips rumahtangga. Aku cuma nak berkongsi cabaran tahun pertama perkahwinan. Mungkin perkongsian ini tidak memberi makna apapun pada kalian. 

Aku cuma ingin merakam moment di blog ini sebagai ingatan kami selama setahun dalam rumahtangga.

Cabaran Tahun Pertama Perkahwinan

1. Cabaran Kewangan

Tidak dinafikan masalah kewangan merupakan cabaran paling besar pada awal perkahwinan. Pada awal perkahwinan suami isteri kena merancang nak tinggal di mana selepas berkahwin.

Ada pasangan yang tinggal dengan mertua, ada pasangan yang memiliki kediaman sendiri dan ada juga yang memilih untuk menyewa sahaja dulu. Sudah menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan tempat tinggal buat isteri.

Selepas kami berkahwin, aku dan suami bahagikan masa untuk tinggal di rumah keluarga aku dan keluarga sebelah suami. Kami tidak menetap lama pun di Sabah sebab suami bekerja di Pontian.

Selepas sebulan, kami merantau dan memulakan kehidupan baharu sebagai pasangan suami isteri di Pontian. Alhamdulillah, rezeki kami dapat sewa rumah yang murah.

  • Kos kediaman & Barang Keperluan Rumah
Untuk menyediakan keperluan rumah pun memerlukan kos yang sangat besar. Itupun sekiranya korang bermula dengan ZERO.

Korang kena fikir deposit rumah dan barang-barang keperluan rumah yang asas. Anggaran kos :
  1. Sewa + Deposit - RM1500 - RM2000 ( bergantung dengan sewa)
  2. Barang keperluan dalam rumah - RM2500 - RM3000 (Barangan elektrik / Peralatan memasak)

  • Kos Perbelanjaan Dapur
Pada awal perkahwinan memang tak boleh elak untuk beli barang perbelanjaan dapur lebih banyak. Korang baru mendirikan rumahtangga. Apapun tiada. Jadi kena sediakan bahan-bahan asas memasak memerlukan kos perbelanjaan dapur yang banyak. 

Kalau tinggal kat rumah mak kita ataupun mertua tak perlu fikir pun nak beli kicap, sos, garam dan bahan memasak yang lain sebab memang dah lengkap. Biasanya kita beli bahan belanja memasak untuk bulanan sahaja. 

Berbeza apabila dah tinggal sendiri. Beras pun tiada. Ada yang kata beli sikit-sikit. Terpulang dari pasangan sendiri. Ikut kemampuan dan poket masing-masing. 


  • Kenderaan 
Bagi aku kenderaan sangat penting. Ikut pekerjaan korang samada memerlukan kenderaan atau tidak. Pada awal perkahwinan kami sangat memerlukan kenderaan untuk memudahkan suami pergi ke tempat kerja. 

Hal ini demikian kerana tempat kerja suami jauh dari rumah. Zaman sekarang kenderaan sudah menjadi keperluan. Bergantung dengan korang nak beli kereta baru, kereta terpakai, basikal mahupun motorsikal. 

Nak lagi jimat guna motorsikal. Kalau mampu boleh beli kereta terpakai atau kereta baru. 

  • Jangan berhutang
Jangan sesekali berhutang tidak kira susah macam mana pun. Boleh berhutang tetapi pastikan langsaikan hutang secepat yang mungkin. 

Jangan berhutang dengan orang lain. Sebaik-baiknya jangan minta suami berhutang dengan sesiapa. Mula-mula berkahwin memang semua kehendak kita tidak dapat dipenuhi. 

Hidup berumahtangga tidak semuanya indah-indah belaka seperti dalam drama. Apa kita mahu suami dapat tunaikan. 

Sebagai seorang isteri kena faham suami semakin banyak tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap keluarga dan isteri. Oleh itu, jangan bebankan lagi dengan hutang. 

  • Simpanan
Perancangan kewangan yang baik sangat penting. Apa yang penting pada awal perkahwinan ialah simpanan. Tidak kiralah nak simpan di ASB, Tabung Haji ke, tabung di rumah ke. Sangat penting suami isteri ada simpanan untuk kecemasan.

Kami sentiasa asingkan duit untuk simpanan kerana memang tidak tahu apa masalah yang akan jadi pada masa akan datang. 

Alhamdulillah, syukur kalau ada simpanan tidak perlu berhutang dengan orang. At least for us, tidak mahu menyusahkan orang lain dan keluarga dengan masalah-masalah seperti kewangan. 

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang sangat tinggi memerlukan simpanan pada saat-saat terdesak. 

2. Cabaran Dalam Kenali Pasangan

Cabaran yang kedua ialah dalam mengenali pasangan. Orang kata bercintalah berapa tahun pun, belum tentu akan kenal dengan pasangan kita sampailah kita sebumbung dan tidur sebantal dengannya. 

That is true! Aku dan suami kenal dalam tempoh yang sangat singkat. Dan boleh dikatakan tidak mengenali sangat pun kerana suami bekerja di Pontian dan aku pula tinggal di Sabah. Jumpa hanya sekali. Hanya contact melalui whatsapp sahaja. 

Tempoh pertunangan kami pun hanya 2 minggu sahaja. Alhamdulillah ijab kabul dipemudahkan, sekarang dah bergelar isteri. 

Selepas kahwin banyak benda yang kena adapt dengan pasangan. Bayangkan tinggal dengan parents 26 tahun kemudian tak sampai setahun tinggal dengan pasangan terus nak expect suami atau isteri faham kita? Memang tidaklah!

Pada masa inilah suami isteri kenal perangai masing-masing. Apa yang suami atau isteri kita suka. Apa makanan favourite dia, hobi dan macam-macam lagi tabiat yang baik dan buruk pasangan kita nampak.

Adakah kita terima atau tidak kekurangan pasangan kita?

Dan cabaran paling besar bagi aku ialah mengurus emosi. Perempuan kalau emosi boleh buat lelaki pening kepala layan karenah kita kan? Bukan itu sahaja, emosi lelaki pun isteri kena faham juga. 

3. Kesefahaman dan Tolak Ansur

Dalam perkahwinan perlukan persefahaman dan banyak bertolak ansur antara pasangan. Bukan mudah nak faham antara pasangan. Suami dengan penat dia, isteri dengan penat dia juga. 

Sorang nak perhatian, sorang pun perlu perhatian. Kalau semua pun nak menangkan ego memang sentiasa akan ada salah faham. 

Tidak boleh samakan cara kita masa bujang dengan sudah berkahwin. Awal perkahwinan rasa susah nak bertolak ansur dan punya persefahaman mungkin disebabkan belum betul-betul mengenali pasangan. 

Memang kena banyak bersabar. 

4. Perselisihan Pendapat

Tidak dinafikan banyak sangat perselisihan pendapat dengan pasangan. Hal ini demikian kerana cara didikan dan dibesarkan dengan cara yang berbeza. Apatah lagi kalau ada perkara yang kita tak suka pasangan kita buat. 

Memang kalau boleh antara suami isteri tidak mahu ada perselisihan pendapat. Tetapi percayalah kita memang tidak boleh elak. Sekecil-kecil perkara pun boleh buat suami isteri berselisih. 


5. Komunikasi

Apapun masalah, komunikasi antara pasangan sangat penting. Dan apabila tiada komunikasi memang buat apapun tak senang. 

Bayangkan hari-hari hadap pasangan masing-masing boleh tahan ke tak bercakap? Tidur sebantal, makan bersama. How can you not comnunicate?

Selepas dah berkahwin, bagi aku yang paling penting jangan sesekali pendam dengan suami. Kalau ada nak sesuatu cakap. Kalau penat bagitau. Kalau tak nak masak kena bagitau. 

Hal ini demikian kerana aku tidak boleh expect suami faham apa yang aku fikir. Kadang orang perempuan memang suka cakap berlapis. End up merajuk sebab suami tak faham. Padahal kita tak bagitau pun apa yang kita mahu. 

Orang perempuan memang complicated, orang lelaki lagi complicated. Haha

6. Ujian Zuriat

Tidak dinafikan setiap pasangan menginginkan zuriat selepas kahwin. Sebulan dua berkahwin kami tak kisah pun kalau ada rezeki cahaya mata, kami bersyukur sangat. Kalau belum ada lagi, tak apa berdoa dan bersabar.

Tetapi selepas beberapa bulan, sentiasa ternanti-nanti bilalah ada anak. Kadang rasa sedih, tetapi kami yakin Allah lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami. 

Ujian dikurniakan cahaya mata pun ujian juga. Hal ini demikian bukan senang nak jadi ibu bapa. Bertambah besar amanah dan tanggungjawab dalam membesarkan anak. 

Tiada anak ataupun tidak semuanya ujian. 

Kesimpulannya

Banyak sangat cabaran dalam tahun petama perkahwinan. Ada yang kata, ala baru tahun pertama itupun nak heboh. Orang yang kahwin 5 tahun, 10 tahun chill je. 

Tak apalah ujian kita memang tak sama pun. Lain orang lain ujian yang dilalui dalam perkahwinan. 

Apa yang aku nak kongsi hanya sekadar pengalaman dan journey yang aku nak simpan dalam blog ini untuk tatapan pada masa akan datang. Maybe 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun nanti aku akan baca dan ingat balik betapa banyaknya aku dan suami telah lalui bersama.

Tidak kira apapun dugaan yang akan dilalui kami hanya ingin mencari keredaan Allah SWT dalam perkahwinan dibina. Semoga Allah sentiasa merahmati hubungan perkahwinan ini hingga ke syurga-Nya. 


Catat Ulasan

5Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Begitulah nurul... dlm kehidupan berumahtangga ni mesti byk komunikasi dan juga give and take... jgn semua benda nk digaduhkan, dirajukkan... sekali sekala tu xpe... sbg pemanis rumahtangga org kata... semoga dipermudahkan ye

    BalasPadam
  2. ye... kahwin bukan tentang raja sehari sahaja.. tapi juga bagaimana halatuju kita menjadi rakyat jelata nanti, tinggal bersama dengan orang yang kita belum kenal hati budi dan warna sebenarnya sangat mencabar ye.

    BalasPadam
  3. InshaAllah dari masa ke semasa kita akan makin mengenali pasangan. Bertolak ansur dan berkomunikasi dengan baik inshaAllah dapat menghasilkan hubungan yang harmoni.

    Saya pun masih pengantin baru jugak. Baru tahun ketiga kawen. Hihi

    BalasPadam
  4. banyak tips dan perkongsian yg menarik. saya setuju dgn apa yg nurul taipkan sebab sy dah mengalami semuanya.

    BalasPadam
  5. setiap hari di alam perkahwinan ada ceritanya, nurul.
    aida, thn 2023 ni, bakal lengkap 20 tahun bersama sebagai isteri husband.
    alhamdulillah.
    ada je pe'el baru antara kami. handling anak-anak yg now da besar. cabaran!

    aida doakan nurul dikurniakan zuriat pertama dgn cepat ye.
    jgn henti doa tau.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !