Pengertian Bersuci, Hukum dan Alat-Alat Bersuci

1
Assalamualaikum
Bismillah

Aku tahu setiap umat Islam sudah pasti tahu pengertian bersuci, hukum serta alat-alat untuk bersuci. Namun, izinkan aku berkongsi juga sedikit ilmu daripada Kursus Kahwin Online tahun lalu. Semoga bermanfaat dan menjadi bekal amal jariah sepanjang hayat.

Bersuci

Islam menggalakkan umatnya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih serta suci dari segi rohani dan jasmani, lebih-lebih lagi ketika menunaikan ibadah.

Pengertian dan Hukum Bersuci

Bersuci adalah satu tuntutan agama. Setiap orang Islam dikehendaki bersuci sama ada untuk melaksanakan ibadah atau sebaliknya. Hukum bersuci adalah wajib. 

Kelebihan Bersuci

Antara kelebihan bersuci ialah menjadikan badan segar, sihat, menguatkan rohani dan jasmani serta menjauhkan diri daripada penyakit. Bersuci juga dapat menjauhkan sifat keji dan godaan syaitan.

Dalam konteks ibadah, bersuci membolehkan seseorang itu menunaikan ibadah dengan sempurna bagi memperoleh keredhaan Allah swt.

Alat-Alat Bersuci

Alat yang boleh digunakan untuk bersuci ialah :
  • Air mutlak
  • Tanah atau debu tanah
  • Benda-benda yang kesat seperti kertas, tisu, batu, kain daun atau kulit kayu
  • Benda yang bersifat tajam zatnya seperti cuka, kapur, tawas, dan bahan kimia bagi tujuan menyamak kulit bangkai binatang

Cara-Cara Bersuci

Cara bersuci terbahagi kepada lima :

1. Istinjak 
Menghilangkan najis dari qubul dan dubur sama ada dengan air atau lain-lain yang diharuskan oleh syarak. Selain air, benda-benda yang kering, keras, suci dan kesat seperti kayu, batu dan kertas tisu boleh digunakan untuk menghilangkan najis. Ia tidak termasuk bahan-bahan makanan dan tulang.

2. Wudhu
Salah satu cara bersuci dengan air bagi menghilangkanhadas kecil dengan cara tertentu, iaitu membasuh muka, tangan sehingga ke siku, menyapu sebahagian kepala, dan membasuh kaki sehingga ke buku lali dengan syarat-syarat tertentu.

3. Tayamum 
Mengangkat hadas kecil atau besar dengan cara menyapu debu tanah ke muka dan kedua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu. Tayamun adalah kelonggaran (rukhsah) yang diberikan untuk menggantikanwudu' atau mandi wajib atau menggantikan anggota wudu' yang tidak boleh terkena air sebagai keringanan bagi orang yang tidak dapat menggunakan air kerana halangan tertentu. 

4. Mandi
Menghilangkan najis dan kekotoran serta meratakan air ke seluruh anggota badan dengan syarat-syarat tertentu. Ia terbahagi kepada dua jenis :
  • Mandi wajib - dengan sebab jimak (bersetubuh), keluar mani, mati, haid, nifas dan wiladah.
  • Mandi sunat - seperti mandi pada pagi hari Jumaat dan pagi hari raya
5. Samak
Menghilangkan bahan-bahan yang selain daripada kulit yang terdiri daripada darah, lemak, daging, lendir dan juga bulu dengan menggunakan alat-alat menyamak seperti yang dinyatakan tadi dan menyucikan bahagian anggota badan dan tempat terkena najis anjing dan khinzir dengan menggunakan tanah dan air. 


Semoga bermanfaat~


Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !