SAPS Ibu Bapa 2021: Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Online

5

MANUAL SEMAKAN UNTUK IBUBAPA/PENJAGA DALAM SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS IBU BAPA ONLINE)

SAPS Ibu Bapa merupakan satu sistem semakan keputusan peperiksaan secara online yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di portal SAPS Ibu Bapa melalui link berikut https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/

SAPS Ibu Bapa 2021: Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Online

SAPS ibu bapa diwujudkan untuk membolehkan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak-anak dengan cepat dengan hanya melalui internet tanpa perlu ke sekolah dan berjumpa Guru Kelas anak-anak.

Cara Buat Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Online

Untuk membuat semakan keputusan peperiksaan online melalui sistem SAPS ini, sila ikuti langkah berikut:

1. Sila login ke alamat berikut : https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/

saps-ibu-bapa


2. Masukkan No. Kad Pengenalan Anak

3. Kemudian pilih Sekolah, Negeri, Daerah, Nama Sekolah

saps-ibu-bapa


4. Kemudian Pilih Tahun.

5. Pilih Jenis Keputusan Peperiksaan yang ingin diperolehi.

Contoh : PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

6. Kemudian pilih sama ada Papar Slip Keputusan / Papar Markah Peperiksaan 

saps-ibu-bapa


SAPS Ibu Bapa - Contoh slip peperiksaan

saps-ibu-bapa



SAPS Ibu Bapa - Contoh Paparan Markah Peperiksaan


Sila buat cetakan untuk rujukan dan kegunaan anda mengikut keperluan.

Data yang direkodkan dalam sistem ini sangat penting bagi rujukan dan analisis oleh ibu bapa, guru besar, pegawai PPD, kementerian dan lain-lain pihak yang mahu meningkatkan taraf pembelajaran dan pengajaran di sekolah di Malaysia.

Sistem SAPS boleh diakses dan digunakan untuk memeriksa keputuan peperiksaan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Sistem ini juga boleh digunakan untuk membuat semakan keputusan tahun-tahun sebelumnya untuk membuat analisis dan mempertingkatkan usaha anak-anak di bahagian tertentu.

Sekiranya anda mempunyai sebaran kemusykilan, sila rujuk saluran berikut untuk pertanyaan:
  • Talian Hotline SAPS : 012-6497579
  • Isnin hingga Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg (kecuali pada cuti umum)
  • Waktu Rehat pada 1:00 ptg – 2:00 ptg (hari jumaat rehat pada 12:00 – 2:50 petang)


Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !