Kerjaya Blogger Sepenuh Masa Bukanlah Suatu Kerjaya Yang Boleh Dibanggakan

17
Assalamualaikum
Bismillah

Hai semua, apa khabar. Hari ini menulis random post ja. Sesuatu yang dah lama bermain dalam fikiran cuma tak tahu macam mana mahu luahkan. Adakala mengganggu, kadang-kala tu aku abaikan saja. 

Sepanjang aku berblog, aku cuma nak bagitau korang kerjaya blogger sepenuh masa bukanlah suatu kerjaya yang boleh dibanggakan. 

Hmm macam mana ya nak cakap? Dia macam ni tau. 

Aku belajar dari peringkat sekolah rendah sehinggalah Universiti. Ada Ijazah dalam bidang psikologi. Of course kalau orang tanya latar belakang pendidikan tu nampak wow sudah. 

Tetapi bila kena tanya "Kau kerja apa?"  Biasanya aku cakap "Menulis artikel" 

Kalau cakap "Blogger sepenuh masa" orang kadang tak faham kerja ni macam mana. Kadang malas nak explain satu-satu apa aku buat. Tak macam "Youtuber" ramai yang faham. Kalau blogger ini kasihan kadang tak ramai yang tahu. 

Kerjaya Blogger Sepenuh Masa Bukanlah Suatu Kerjaya Yang Boleh Dibanggakan


Kerjaya Blogger Sepenuh Masa Bukanlah Suatu Kerjaya Yang Boleh Dibanggakan

Apabila orang tahu kerja aku tu first impression orang boleh nampak dah. Belajar tinggi tetapi kenapa pilih kerjaya ini? 

Aku dah biasa dengan reactions orang macam tu. 

Cuma kadang ada rasa sedih sikit apabila orang tanya orang tua aku. "Anak kau kerja apa?". 

Disebabkan parents pun tak tahu macam mana nak explain kerjaya anaknya. So kebanyakkan respon dorang "Anak aku duduk di rumah saja, buat kerja online". 

Then adalah kadang suara sumbang kata "Kenapa tak memohon kerja kerajaan". Ada kerja macam ni, macam tu. Actually, aku hargai sangat sebab ramai yang rekomen aku kerja kerajaan. Keputusan aku pun tak teruk. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki aku banyak dapat offer kerja cuma aku yang menolak. 

Ada ramai sangat yang nak aku kerja kerajaan sebab latar belakang pendidikan aku. Rugi belajar tinggi-tinggi. Kalau kerja kerajaan banyak benefits, ada potongan, bonus dan macam-macam lagi. Boleh beli macam-macam untuk ibu bapa. 

Dan aku rasa yang buat aku sedih sebab ramai kot yang kata aku belum balas jasa ibu bapa lagi sebab tak dapat kerja yang lebih baik. 

Aku tahu walaupun family aku tidak pernah larang pun dengan apa yang aku buat. Tetapi mungkin jauh di sudut hati mereka nak juga aku kerja yang lebih baik. 

Entahlah.

Aku sebenarnya happy dengan apa yang ada sekarang. Duit tak banyak tetapi aku dikurniakan oleh Allah masa bersama keluarga. Tambahan lagi dalam keadaan pandemik sekarang pasti ramai nak luang masa dengan family.

Dulu aku fikir macam tu. Apabila poket tebal kita boleh beli macam-macam untuk family. Aku pernah rasa juga. Aku mula kerja dari Tingkatan 2 lagi sampai Universiti. Duit banyak memang dah pernah pegang. Tetapi aku kehilangan banyak masa dengan keluarga.

Sedar-sedar adik aku dah besar. Pejam celik aku perasan adik-adik aku they always look at me. Jadikan aku role model. Dorang bangga ada kakak macam aku, nak jadi macam aku. Tetapi dorang tak boleh catch up dari segi akademik. 

Sejak aku sakit aku banyak luang masa dengan adik-beradik. Selalu dengar luahan mereka. Banyak sangat benda yang aku terlepas pandang. Aku sedar sebenarnya banyak benda lagi aku belum buat untuk family aku. 

Cuma kebahagiaan bagi aku bukanlah dari segi pekerjaan. Aku boleh kerja macam orang lain tetapi aku rasa tiada kepuasan dengan apa yang aku buat. Aku rasa aku tidak suka dengan kerja yang aku buat sebelum ini walaupun gaji besar. 

Tidak semua orang faham. Lagipun kehidupan setiap orang tidak sama. Mungkin bagi orang lain kerja kerajaan merupakan salah satu cara untuk balas jasa ibu bapa. Ataupun pekerjaan tu boleh buat dorang happy. 

Hakikatnya kita semua memang tidak akan pernah sama. Kemahuan, jalan hidup, tujuan hidup, cita-cita. Ada orang bahagia punya kereta mewah. Ada orang bahagia dengan naik basikal. Ada orang dia bahagia dengan apa yang dia ada. 

Andai ada dalam kalangan korang yang seperti aku, yang rasa belajar tinggi-tinggi tetapi mungkin hampa sebab tak dapat tunaikan hajat ibu bapa kita. Aku cuma nak bagitau satu ja. Hidup kita ini PILIHAN. 

Kita berhak memilih. Ada banyak cara untuk bahagiakan orang tua. Tidak semestinya dengan kekayaan dan kemewahan. Kalau korang happy dengan kerja korang tu, teruskan. Biarlah orang nak pandang apapun. Selagi mana ibu bapa kita redha dengan pekerjaan kita. Teruskan :)

Sabda Rasulullah SAW: “Reda ALLAH bergantung kepada reda ibu bapa, manakala kemurkaan ALLAH bergantung kepada kemurkaan ibu bapa.” (Riwayat at-Tirmidzi)


Catat Ulasan

17Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. kerja la apa pun asalkan halal dan pekerjaan tu dpt bahagiakan kita.. Smoga awk sntiasa dimurahkan rezeki..

    bahagia itu pilihan.. jika kita pilih untuk bahagia, maka bahagialah kita.. jgn dekatkan diri dengan aura negatif.. love!!

    BalasPadam
  2. Rabia singgah ke sini
    Kerja menulis pun best
    Asal kerja halal

    BalasPadam
  3. Nasib baik la mak tak bising pasal kerja kerajaan ni. Stay strong nurul. Ramai yang tahu youtuber pun sebab platform visual. Blog pula dah kena anggap tak relevan.

    BalasPadam
  4. semua orang ada jalan hidup yang berbeza, yang penting keluarga faham dengan keadaan nurul. semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki nurul :)

    BalasPadam
  5. I know that feeling. Berada di rumah, orang ingat teda kerja. Automatik orang fikir teda duit. Padahal masa dengan keluarga itu lagi berharga dari semua tu. Janji hati kita gembira. :)

    Semoga dimurahkan rezeki nUrul dan dipermudahkan semuanya.

    BalasPadam
  6. Betul tu, Nurul. Kita tak boleh dapat semua tapi kita boleh pilih yang mana kebahagiaan yang kita inginkan. Gaji besar boleh beli macam-macam tapi kena korbankan masa dengan family.

    BalasPadam
  7. alhamdulillah syukur
    Allah dah atur yg terbaik. utk. setiap. hambaNya
    walau berbeza
    yg penting kita usaha.
    apapun. akak ucapkan. tahniah dan beruntung Nurul masa. dgn. keluarga byk. Menulis kerjaya yg diimpikan akak dulu he he
    kadang2 tak perlu fikirkan kata2 org pun. Kita lebih mengetahui.
    byk nk kena belajar dgn. Nurul ni

    BalasPadam
  8. Betul tu apa yg Nurul katakan. Pernah mengalami situasi mulut2 org duk cakap itu ini. tapi biarkan je. yg penting Nurul happy apa yg awak ada skrg. macam saya yang berjauhan dgn keluarga ni, masih tertunggu-tunggu kerajaan bg kebenaran utk rentas negeri. kdg cemburu tgk kwn-kwn yg duk dgn family. tapi kita kena bersyukur apa yang Allah dah tentukan. Be strong okay :)

    BalasPadam
  9. Biasalah sis, kite dlu kje swasta wlaupun kje ok pun masih org pertikaikn knapa x kje kerajaan, eh2, pilihan kita kan, kang klau semua kerajaan sapa nak kje swasta, lanie dah jdi blogger full time lagilah...xtau apa org nak kata pulk..

    BalasPadam
  10. takpa teruskan apa yg anda suka buat..insyaallah Allah akan sentiasa memberi rezeki kepada hambaNya yg suka berusaha

    BalasPadam
  11. Kerja apa pun, asalkan mendapat keberkatanNya itu dah cukup baik bagi kak Net. Jika menulis yang baik-baik akan ada pahalanya juga untuk penulis blogger. InsyaAllah..

    BalasPadam
  12. biasalah manusia takkan puas hati dgn segala jawapan. kalau keje kerajaan nanti dia tanya pula nape tak keje jabatan sekian..sekian etc.. biaq pi la taoxin semua tu ye

    BalasPadam
  13. Saya selalu dapat "Kenapa tak memohon kerja kerajaan" Lahhhh kerajaan yang taknak saya. Saya tak ada cable. Jawab SPA exam berpuluh kali masih belum ada rezeki. salah saya ke tk dpt kerja kerajaan? Tapi saya sangat-sangat bersyukur sebab duduk dekat dengan keluarga. masih ada masa untuk emak ayah alhamdulillah

    BalasPadam
  14. Biasalah org sekeliling mmg akn kecam kalau anak yg keluar u x keja gomen.. i feel u.. tp bila dh stat keja br org diam.. skrg ni musim pandemik kalaulah kita keja gomen yg tpksa berjauhan dgn famili mst dh hilang golden time dgn keluarga.. setiap yg berlaku ada hikmahnya nurul.. ignore je negative vibes ok.. teruskan menulis

    BalasPadam
  15. Abaikan suara-suara yang bercakap2 tu, Nurul. Buat apa yang kita suka. Kenapa nak kena ikut apa yang orang suruh kita buat?Hidup kita, kita yang tentukan. Kerja apapun, sama saja. Tak semestinya kena kerajaan saja, boleh dikategori kita balas jasa mak ayah kita. So kalau kerja swasta, kerja sendiri tak dikira ke?Kerja kerajaan saja dikira? Yang penting, mak ayah kita reda & tahu kita buat apa, abaikan saja orang lain. Ramai je org yang jadikan sosial media sebagai kerjaya macam youtuber, instafamous. Cuma blogger ni, orang tak kenal sebab di Malaysia ni blog tak popular macam IG, Facebook. Ada yang tak tahu pun blog tu apa.Tapi biarkan je, kita keep blogging & kenalkan pada orang apa fungsi kita sebagai blogger.

    BalasPadam
  16. yup setuju dengan hidup ni pilihan.
    dan kita berhak untuk pilihnya.

    Apa ysaja yang kita pilih, moga kesemuanya ada redha Allah disitu dan semoga dimurahkan rezeki selalu ^_^

    Kadang blessing in disguise ni jarang kita hargai...

    BalasPadam
  17. Setuju . Perjalanan hidup setiap orang berbeza

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !