Resepi Sayur Kobis Masak Kicap Paling Ringkas

16

Assalamualaikum
Bismillah

Perasan tak kalau semua resepi aku buat mesti ringkas dan paling simple punya. Jangan tanya kenapa aku tak letak banyak bahan sebab memang itu sahaja bahan ada kat rumah. Dalam erti kata lain tak sempat nak beli bahan lagi-lagi ketika pkp nie kan. Dalam seminggu kami beli belanja dapur 3 kali sahaja. 

So kerja aku di rumah, apa yang aku boleh masak dengan bahan yang begitu sikit. Sekiranya korang mempunyai masalah seperti aku, bolehlah mencuba resepi sayur kobis masak kicap yang paling ringkas ini. 

Bahan-Bahan

1 mangkuk sayur kobis
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 mangkuk fishcake
Sos tiram
Kicap manis
Garam / Perencah cukup rasa

Boleh letak bahan lain seperti : lobak, cili merah, ikan bilis


Cara-cara memasak :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dah dihiris sehingga naik wangi.

2. Masukkan fishcake, sos tiram dan kicap secukupnya. Gaul rata.

3. Masukkan sayur kobis. Kacau rata sehingga lembut. Jika perlu, masukkan sedikit air, untuk melembutkan sayuran. 

4. Akhir sekali masukkan garam atau perencah maggi cukup rasa. Siap untuk dihidang.

Sayur Kobis Masak Kicap


Tags

Catat Ulasan

16Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. simple ja ni, tapi nampak sedap, then tambah daging or ayam pun sedap juga kan

    BalasPadam
  2. Nk contact akak mcm mna eh?ig or fb ada? Boleh share tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Contact :
      Fb : Sii Nurul
      IG : @ciknurul23
      email : nurulatikayunus23@gmail.com

      Padam
  3. simple je resepi, yg penting sedap. saya pula kalau masak sayur gini suka letak sos tiram..hehe

    BalasPadam
  4. Simple. Mudah nak masak. Sedap ratah². Atau makan dengan nasi panas

    BalasPadam
  5. selalu jugak masak simple macam ni. lagi sedap.

    BalasPadam
  6. sedapnya..boleh cuba nanti :) tq nurul!

    BalasPadam
  7. teringat pulak masa pkp dulu... sayur yg senang nak simpan ialah kobis... so kobis tu memang wajib beli utk stok... hehehe... take care sis.. salam kenal

    BalasPadam
  8. Senang masak simple2, mudah dan cepat disediakan..

    BalasPadam
  9. Akk suka makan sayur kobis. Lagi suka letak bilis yang kecik2 kat dalam sayur kobis hehehe

    BalasPadam
  10. Mudahnya. Bolehlah cuba buat, baru beli kobis semalam. :)

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum, terima kasih kongsi resepi, resepi simple, senang ikut :)

    BalasPadam
  12. teringat mama ni lauk feveret masa kecik ni. dah lama tak makan

    BalasPadam
  13. Kobis menu sayur yang mudah... tapi saya tak boleh dah makan kobis... berangin satu badan...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !