Blog Sii Nurul Capai 2 Juta Pageviews Dalam Masa 6 Bulan

18
Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, syukur sangat kerana blog ini akhirnya telah mencapai 2 juta pageviews dalam masa 6 bulan.  Nampak gayanya aku kena tulis azam baru kerana 3 daripada 4 azam blogging tahun 2020 telah tercapai. 



Pada awal tahun ini aku telah tetapkan beberapa target blogging untuk dicapai iaitu :
  • Tulis 15 entri setiap bulan
  • 5000 pageviews di Google Analytics
  • 2 Juta Pageviews 
  • Cashout adsense 2 kali
Alhamdulillah aku telah capai semuanya kecuali "tulis 15 entri setiap bulan" aku gagal untuk capai. Sebenarnya tiada yang mustahil sekiranya kita berusaha. 


Azam tulis 15 entri awal-awal lagi dah failed. hehe~ Namun, start dari bulan Mac sehingga Mei aku berjaya konsisten untuk tulis 15 entri setiap bulan. Ada blogger dia tak kisah pun pasal tulis berapa entri asalkan ada update. Ada juga yang menulis apabila ada idea, masa dan mood. 

Pada pendapat aku, salah satu usaha untuk menaikkan pageviews blog juga bergantung dengan berapa banyak entri yang ditulis secara konsisten. 

Kenapa perlu KONSISTEN? 

Misalnya sekiranya ada blogger yang letakkan blog kita di bloglist, setiap kali update entri baru nama kita pasti akan naik di senarai paling atas betul tak? Bukan tu ja ada juga sesetengah pembaca yang akan lihat bila kali terakhir kita update blog. Khasnya kepada followers kita. 


Nampak kan perubahan PV dan UV apabila aku menulis secara konsisten. Apabila aku tetapkan target macam ini ia akan memaksa diri aku untuk lebih fokus menulis. Sudah tentu aku semakin lebih bersemangat apabila nampak peningkatan dalam blog. 

Kalau nak PV tinggi nak tak nak memang kena buanglah perasaan malas tu.

5000 pageviews di Google Analytics

Sebenarnya aku tak sangka juga boleh capai target 5000 pageviews per day di Google Analytics. Apa yang aku buat untuk naikkan pageview aku dah kongsikan di entri sebelum ini. Boleh baca Cara Menulis Artikel Sehingga Boleh Mencecah 10k Sehari 

InsyaAllah kalau korang ikut je cara tu even blogger beginners pun boleh capai seperti apa yang aku dah berjaya capai.

01 Mei 2020


30 Mei 2020 


Hasilnya aku berjaya capai 2 juta pagevies dalam masa 6 bulan. Bagi yang menjana pendapatan Google Adsense, pageview blog juga mempengaruhi earning adsense terutama bagi yang niche personal macam aku. 

Alhamdulillah cashout 2 kali google adsense untuk tahun ini juga dah berjaya dicapai. Boleh dikatakan aku dah berjaya konsisten untuk dapat income setiap bulan. Pencapaian ini merupakan titik permulaan aku untuk lebih bekerja keras lagi dalam dunia blog.

Apapun terima kasih kepada semua pembaca setia, rakan blogger khasnya kepada Team BITERS yang banyak berkongsi ilmu berkenaan blog. Tidak lupa juga sokongan daripada keluarga, sahabat dan orang tersayang. 

Syukur ke hadrat Allah atas nikmat kurniaan-Nya kerana memberikan ilham setiap kali kekurangan idea dan diberikan masa dan kesihatan yang baik untuk terus berkongsi manfaat. Doakan aku semoga terus konsisten dan menulis perkara yang baik. 



Tags

Catat Ulasan

18Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Tahniah nurul!! waaaaaa dalam masa enam bulan je boleh cecah sampai dua juta. Hebatnya. By the way, selamat berkenalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. selamat berkenalan Qbal :)
      sy dah blogwalking juga ~

      Padam
  2. Tahniah Nurul.. Semoga awak terus sukses dalam penulisan blog dan memberi ilmu yang manfaat kepada semua pembaca dan yang mencari maklumat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak shikin.. InsyaAllah.. Aamiin..

      Padam
  3. Bestnya 2 juta dalam masa 6 bulan. Tahniah Nurul. Semoga terus diberi ilham dalam penulisan dan boleh memberi manfaat pada pembaca.

    Bagusnya Nurul ada target sekian2 untuk blog. Apa² nak dan capai. Dah 2x cashout. Best tu 😊

    BalasPadam
  4. Tahniah.. semoga sentiasa trus update artikel..

    BalasPadam
  5. wow 2 kali cashout tu kira memang dah konsisten sangat tu,
    congrats..

    BalasPadam
  6. Wow hebat. Tahniah sis Nurul !♡ dah boleh cash out tu memang best

    BalasPadam
  7. Semua tips yang Nurul share ni memang penting untuk dapatkan pageviews ribu riban dan Cashout GA.

    Thanks sharing.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !