Review Simple Soothing Facial Toner

36
Assalamualaikum
Bismillah

Entah kenapa sekarang nak siapkan satu entri sahaja mengambil masa 2 -3 hari. Padahal dulu boleh ja siapkan dalam masa beberapa jam. Baiklah back to topic, to be honest, I had a really bad experienced with toner before. Aku mempunyai kulit berminyak dan sensitif. 

Review Simple Soothing Facial Toner

Jadi dalam rutin harian penjagaan muka, sku selalu skip bahagian toner walaupun aku tahu ada banyak sangat kebaikan pakai toner ni. Pengalaman pertama aku salah pilih toner menyebabkan aku lebih berhati-hati untuk mencuba apa-apa jenis toner. 

Sampailah satu hari aku tengok youtube pasal toner yang dikongsikan oleh Noel Faizal. Aku memang selalu tengok youtube Noel Faizal dan Maisarah Mahmud. Banyak infomasi berkenaan skincare yang boleh dipelajari daripada dua orang beauty youtuber ini. 

Sebelum ini aku menggunakan Safi Toner Cucumber and Aloe Vera Extract with Habbatus Sauda 100ml. Tetapi malangnya toner ini tidak sesuai dengan kulit wajah aku kerana ia menyebabkan iritasi dan berjerawat. So, aku memang dah stop pakai toner ini. 

Agak lama juga aku cari toner yang sesuai ini. Atas cadangan daripada abang Noel ini jugalah aku memilih Simple Soothing Facial Toner.

Fungsi Toner Simple Soothing Facial

Fungsi Toner Simple adalah untuk balancekan ph kulit kita. Apabila kita menggunakan cleanser ph  kulit kita dah lari dari biasa. So dengan adanya toner ini, ia membantu mengembalikan ph kulit wajah kepada ph asal. 

Selain itu, toner juga membantu menghilangkan sisa kotoran pada muka. Muka pun kurang mengeluarkan minyak apabila kita pakai toner berbanding tanpa toner. 

Seterusnya toner juga membantu menyerap moisturiser, menyegarkan serta melembapkan kulit dan meninggalkan kesan calm and soothing pada wajah. 


Kandungan Bahan (Toner Simple Ingredients)

Antara kandungan bahan (ingredient) yang ada dalam Simple Soothing Facial Toner ini ialah :
  • Chamomile (melembutkan kulit)
  • Witch hazel (mengecilkan pori sesuai untuk kulit berminyak)
  • Niacinamide (mencerahkan, mengurangkan liang pori)
  • Citric acid (bahan untuk korang yang mempunyai masalah kulit seperti pigmentasi, kedutan, pori tersumbat dan bintik hitam)
  • Pro-vitamin B5 and B3 - melembapkan kulit
  • No harsh perfume , colour or harsh chemicals (tak menimbulkan iritasi pada kulit)

Berdasarkan kandungan bahan dalam toner ini sahaja pun kita boleh lihat bahawa toner ini sangat bagus. Cuma sesuai atau tidak sahaja dengan kulit wajah aku sebab kita kan mempunyai kulit wajah yang berbeza. 

Produk ini mungkin sesuai dengan aku tetapi untuk korang mungkin tidak. Nak tau okay atau tidak teruskan baca review ini.. 

Simple Soothing Facial Toner

Cara Penggunaan Simple Soothing Facial Toner

Cara pakai toner ini mudah sahaja. Hanya tuangkan 3-5 titik pada cotton pad atau kapas dan sapu di bahagian seluruh wajah korang. Biarkan sehingga kering. Boleh juga korang tuang pada tapak tangan dan tepuk-tepuk manja di muka. 

Simple Soothing Facial Toner (200ml)
Harga Toner Simple Watson : RM18.80 

Packaging dan texture 

Dari segi packaging, Simple Soothing Facial Toner ini guys puas hati sangat sebab saiznya yang besar (200ml) yang aku rasa boleh tahan 2 - 3 bulan gitu. 

Mulanya aku nak beli trial set saja. Tetapi masalahnya aku dah ada produk lain untuk cleanser, hydrating lotion ataupun moisturiser. Aku cuma takda toner sahaja. Jadi aku beli sahaja lah dengan harapan toner ini sesuai dengan aku. 

Manakala dari segi texture pula, toner ini lebih kurang macam air mineral sahaja. Tidak mengandungi fragrance. 100% Alcohol Free! 

So memang tidak berbau. Toner ini pun cepat meresap ke dalam kulit dan sangat menyegarkan muka apabila pakai. 

Review Simple Soothing Facial Toner

Pengalaman pakai toner ini sangat best! Tidak menyebabkan iritasi pada muka aku. Mungkin disebabkan kandungan bahan yang bebas alkohol dan fragrance. 

Selain itu memang rasa smooth je, liang pori pun semakin berkurang dan ada nampak kesan pencerahan pada muka selepas beberapa minggu menggunakan toner ini. 

Aku suka pakai toner ini sebab moisturiser aku lagi cepat meresap berbanding sebelum ini aku tak pakai toner langsung. Muka pun nampak lebih bersih, tidak terlalu kering dan tidak juga tegang semasa menggunakan toner. 

Memandangkan aku mempunyai kulit wajah yang berminyak, apa yang aku nampak muka aku tidak melekit dan berminyak selepas menggunakan moisturiser. 

Malah harga pun sangat berbaloi dengan botolnya yang besar. Senang nak cari toner ini sebab di mana-mana drugstore pun ada. Jadi memang mudah untuk didapati. 

Adakah Simple Soothing Facial Toner Sesuai Untuk Kulit Berjerawat?

Pada pendapat aku toner ini sesuai untuk kulit muka berminyak dan berjerawat sebab tidak mempunyai bahan seperti alkohol dan bebas fragrance. Cuma dari segi keberkesanan untuk meghilangkan jerawat itu bergantung dengan kulit masing-masing. 

So far, toner ini sesuai untuk kulit wajah aku yang berjerawat dan apabila guna toner ini tidak rasa gatal ataupun ruam. Dalam erti kata lain, tiada apa-apa reaction terhadap kandungan bahan.

Recommended

Aku memang cadangkan korang untuk mencuba produk ini. Mostly kepada korang yang mempunyai kulit berminyak dan sensitif. Kalau yang baru berjinak-jinak untuk menggunakan toner seperti aku, bolehlah cuba pakai Simple Soothing Facial Toner. 

Toner ini pun bagus untuk kegunaan harian. Cepat meresap, meyegarkan tidak merengsakan kulit. Sekiranya toner korang dah nak habis dan ingin mencuba something new, bolehlah cuba produk ini sebagai alternatif. So far memang bagus sangat.

Boleh beli kat shopee juga. Aku beli kat sini SIMPLE Soothing Facial Toner 200ml (RM16.75) 

Repurchase?

Definitely yes! Aku rasa macam tak nak dah tukar-tukar toner. Since I really have sensitive skin. And for your infomation, ini toner yang keempat aku gunakan. 

(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. I bought all the products using my own money. Every skin is different. What works for me, might not work for you. This is just my personal experience)

Apa pendapat korang tentang Simple Soothing Facial Toner? Yay or Nay?


Tags

Catat Ulasan

36Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. simple ni saya baru try untuk double cleanser punya. yg lotion tu. tapi kulit mcm tak berapa suka je :(

    BalasPadam
  2. kulit kak tak sesuai pakai safi, huhu

    BalasPadam
  3. Iena pernah pakai Simple Soothing Face wash..bagus jenama ni

    BalasPadam
  4. excited pulak nak try tapi dah plannak pakai nutox je sebab malas nak pikir. tapi simple murahh. #dilema

    //afifahaddnan.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha Boleh cuba simple dulu sbb murah.. hehe~

      Padam
  5. Aku mau ambil itu kemarin tapi nampak safi lagi murah. Alhamdullilah Safi tu ok juga dengan kulit ku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yea ka.. Safi pula tak ngam dgn kulit sy huhu T-T

      Padam
  6. Sy baru guna toner simple..memang best��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah.. syukurlah sebab sesuai.. memang best toner nie ^^

      Padam
  7. Kulit berjerwat sesuai ke pakai toner ni sis ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adik sy berjerawat so far takda masalah pakai ni produk sbb kandungan bahan di free alcohol dan fragrance~

      Padam
  8. Kulit berjerwat sesuai ke pakai toner ni sis ?

    BalasPadam
  9. Tgk adik guna...sesuai...p grap jgk...mmg helok sgt...kulit rs lembab je...pas bangun tido...kulit krng bermyk...

    BalasPadam
  10. saya baru beli blm try harap serasi dgn skin..

    BalasPadam
  11. Saya kulit berminyak n berjerawat. Nk try pakai produk simple tp perlu ke saya beli cleanser,toner n moist skli? Tp takut xsesuai gn kulit

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pun jenis kulit yg berminyak dan sensitif juga.. boleh cuba yg trial kit punya kalau takda cleanser, toner & moisturiser.. kalau dah ada yg asas mcm cleanser ke boleh cuba beli toner sahaja..

      Padam
  12. If kulit kering, sesuai tak toner ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adik sy mempunyai kulit kering.. Dia guna sesuai dan xda masalah..

      Padam
  13. Saya memang guna toner ni tapi lepas pakai muka jdi berminyak.... maksudnya tak ngam dengan muka ke?

    BalasPadam
  14. Saya lama pakai produk nie....Alhamdulillah ok...merawat muka sy hee

    BalasPadam
  15. Saya baru beli set trial kit..harap kukit muka saya tsalah pakai produk okey lah hendaknya😂😂

    BalasPadam
  16. Saya kulit sensetive dry tau. Lepas pakai toner ni kulit pedih ii gitu dalam seminit dua. Tu maknanya tak sesuai ke

    BalasPadam
  17. nk tnye.. kalau pakai toner simple tu and cmpur ngn toner exfoliater hada labo boleh ke

    BalasPadam
  18. Sya pakai produk simple nie dr tahun 2010 dan sampai skrg masih setia dgn simple.. hehe

    BalasPadam
  19. sis spnjang guna toner ni kulit mengulupass tak?

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !