Cara Dapatkan Adsense Balik Selepas Tukar Domain

13
Assalamualaikum
Bismillah

Aku rasa bersyukur sangat sebab dah dapat balik akaun adsense selepas tukar domain hari tu. Aku punya mood blogging beberapa minggu ini memang down jugalah apabila aku tukar domain. Apatah lagi bila nak submit domain baru kat adsense tidak diterima. 

Setiap kali aku rasa nak putus asa dengan adsense. Aku gagahkan juga buka blog untuk cari info dan baca lebih banyak perkongsian orang lain pasal adsense. Aku segan dah nak tanya blogger lain. 

Cara Dapatkan Adsense Balik Selepas Tukar Domain


Seperti yang korang sedia maklum, once tukar domain adsense akan tidak berfungsi. Jadi apa yang korang perlu buat hanya perlu masukkan url domain di bahagian SITES google adsense tu. 

Untuk lebih details boleh rujuk Apa Perlu Buat Jika Adsense Hilang Bila Tukar Domain Blog? yang dikongsikan oleh Mai. 


Tetapi sekiranya korang dapat kes macam aku pula. Selepas submit domain baru kena reject oleh adsense. Bolehlah teruskan membaca untuk tahu jalan penyelesaian. 


Lebih 5 kali juga sebenarnya aku submit tetapi tetap tidak diterima. Jadi aku buat keputusan untuk tidak update apa-apa dulu kat blog sampailah masalah ini selesai. Aku syak mungkin disebabkan konten dalam blog aku kot. 

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan policy tips for creating high quality sites tu? Kalau tanya adsense ini apa ciri-ciri website yang berkualiti? Antaranya ialah :

  • Don't create multiple pages or sites with duplicate content
  • Provide content that gives users a reason to visit, and return, to your site.
  • Provide the information or service promised.
  • Pages should provide originality and added value
  • Strive for well-organized and information-rich content
  • Avoid placing ads on non-content-based pages

Apa yang aku buat untuk menepati ciri-ciri yang dinyatakan? 

Buang entri yang hampir sama konten 

Contohnya entri yang aku selalu buat setiap bulan iaitu prestasi google analytics dari segi pageviews, alexa rank, segmen dan giveaway yang bertahun punya aku padam. Agak banyak jugalah. Jadi selepas ini aku memang dah tak update lagi pasal tu. Mungkin aku akan tulis kalau yang views gempak kot dalam sehari melonjak sampai ribuan. 

Walaupun entri itu lebih kepada penghargaan kepada diri sendiri dan pembakar semangat, tetapi dari segi kualiti tidak baik kot. Lagipun views bukannya banyak sangat berbanding entri yang berbentuk infomasi. Jadi aku buat kesimpulan bahawa entri begitu tidak dipandang oleh adsense. Ini pendapat aku ya.

Edit balik entri yang kurang dari 500 patah perkataan

Serius aku nak bagitau korang, nak edit balik setiap entri yang dah ditulis bertahun lamanya tu bukan senang. Entri yang jadi tumpuan aku adalah tips dan panduan. Memang kena tambah point mana yang perlu. 


Ada entri lama yang aku edit dan perbaiki konten terus meningkat views. Jadi apa yang aku buat, mana-mana entri yang kurang views tu aku cuba edit balik dan tambah point penting. 

Buang broken link 

Boleh baca Tutorial Lengkap Cara Buang / Padam Broken Links Pada Blog yang ditulis oleh Sis Hawa. Masa pertama kali aku submit domain baru tu aku dapat email daripada adsense tentang Valuable Inventory - No Content 

No content macam mana pula. Aku pun binggung juga. Aku cuba google dan tengok video kat youtube. Apa yang aku dapat hasil dari bahan bacaan pakcik Google rupanya yang dimaksudkan No Content tu ialah 404 ERROR tu. Jadi aku pun buanglah semua broken links yang ada di blog. 


Buang kod iklan yang ada 

Yang ini pun ambil masa juga nak buat. Kalau tengok yang kena mention oleh adsense tu disebabkan oleh excessive advertising juga salah satu punca adsense tidak terima. Biasalah dulu kan pasang iklan nuffnang lah, babab.net  lagi. Bila dah tak main benda tu pula, lupa nak padam. 

Sekarang ini ada bagus sikit kalau adsense sebab boleh setting auto ads. Jadi tak payah susah-susah lagi nak letak iklan tu kat mana. 

Webmaster quality guideline

Selain itu Webmaster quality guideline pula lebih fokus kepada Google Search Console. Aku sendiri pun tak berapa mahir nak jelaskan pasal ini. Boleh register di https://search.google.com/search-console/about 

Bila dah daftar jangan lupa submit sitemap korang kat Google Search Console. Boleh baca Kepentingan Google Search Console dan Tutorial Menggunakan Google Search Console



Cara lain pula aku setting balik bahagian "search preferences" seperti error and redirections, crawlers and indexing, dan monetization. Selepas dah puas hati barulah aku request untuk review balik domain. 

Akhirnya setelah banyak kali review. Aku berjaya atasi masalah ini dan dapatkan adsense aku kembali. 


Aku menulis semua ini untuk berkongsi pengalaman dengan korang terutama yang berhadapan masalah yang sama macam aku. Ada banyak tips lagi yang aku peroleh daripada sahabat blogger yang lain. Cuma untuk masalah yang aku hadapi, inilah jalan penyelesaian yang aku buat untuk mendapatkan kembali akaun adsense.

Semoga info ini bermanfaat buat semua. 



Catat Ulasan

13Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. wah tahniah nurul dah dapat pasang balik adsense. saya still lagi kena reject lepas tukar url.. btw nice sharing :)

    BalasPadam
  2. Informasi yang menarik. Dulu saya pun kena reject adsense berkali-kali dan bertahun-tahun. Akhirnya dapat pada tahun 2019. Haha.

    Rasanya try sekejap-sekejap dari tahun 2015 macam tu.

    BalasPadam
  3. alahai... Misa mmg kena edit 100% tbh ahahahhaa nyway tahniah ^^

    BalasPadam
  4. waalaikumussalam. alhamdulillah. tahniah !! tumpang gembira untuk adik ^_^

    BalasPadam
  5. Content is king. Mungkin ramai blogger sibuk nak naikkan trafik tapi isi blog setakat ala kadar je. Kalau content bagus barulah trafik naik, kalau trafik naik, hasil google adsense pun mencanak naik.

    BalasPadam
  6. Bila baca entry ni... Adehhh.. Tak jadilah tukar domain... Banyak pula kerja nak buat tu... 🤣 Baik stay je lah walaupun direject fb asalkan ada traffic kat Google... Terima kasih kongsi...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah dpt GA balik.. pernah lalu yg sama dulu.. tp lega dah approve semua..

    BalasPadam
  8. awak syee nk tnye. syee pon nk GA ni...tp blog kite tu kann. sye tk nak beli domain. takpe kee?

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !